Saudara Pengarang,
SURAT terbuka ini saya tujukan kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Tun Razak dan Presiden LDP, Datuk Liew Vui Keong berhubung ‘5 Dalil Kenapa Datuk Chin Su Phin (Timbalan Presiden LDP) tidak layak dilantik sebagai Ahli Dewan Negara (Senator)’.
DALIL 1: TIDAK ADA KELULUSAN
Chin Su Phin tidak mempunyai sebarang kelulusan akademik dan tiada pendidikan rasmi yang dapat menyokong kredibiliti dan kemampuan beliau menjalankan tugas sebagai seorang Ahli Dewan Negara (Senator). Ketiadaan kelulusan dan pelajaran yang sesuai menyebabkan Chin tidak dapat memahami isu-isu pembentukan kerajaan dan pentadbiran negara. Kesannya kelak akan menyebabkan Chin tidak akan dapat memahami falsafah politik dan kecundang dalam perdebatan mempertahankan polisi-polisi ekonomi negara sehingga boleh menjejaskan imej Kerajaan dan seterusnya kepimpinan Perdana Menteri dan juga Barisan Nasional.
DALIL 2: TIDAK MENGHORMATI
Chin gagal menghormati dan menjaga maruah Perdana Menteri apabila berulang-kali mendesak Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman digugurkan tanpa alasan yang munasabah. Ini menunjukan Chin tidak memahami bahawa Datuk Musa Aman telah dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Barisan Nasional di Negeri Sabah berdasarkan kepercayaan 59 Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah dengan perkenan TYT atas nasihat Perdana Menteri selaku Pengerusi BN Malaysia.
Kegagalan Chin memahami prinsip ini dan seterusnya mempersoalkan kewibawaan Ketua Menteri Sabah menunjukan Chin seorang yang kasar, barbarian, naif, pendek akal dan tidak menghormati keputusan Perdana Menteri.
DALIL 3: KEPENTINGAN DIRI
Sebagai seorang KONTRAKTOR yang hidup atas ehsan pemimpin kerajaan dan mempergunakan nama parti untuk mencari makan dengan melobi projek-projek dari Kerajaan Negeri dan Persekutuan sejak 90-an lagi; Chin amat terdesak dan ingin membalas dendam kerana kesemua kontrak kerja yang diperolehi Chin ditamatkan kerana Chin bersekongkol dengan Mantan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Chong Kah Kiat untuk menjatuhkan kepimpinan Datuk Musa melalui LDP.
Kemelut Chong-Musa berterusan apabila Chong kalah dalam memperjuangkan kes Mazu di Mahkamah dan dengan hati yang geram telah menggunakan Chin sebagai ‘Robot’ yang boleh dikendali dari jauh (remote control) untuk terus menyerang Musa Aman secara habis-habisan.
Apakah jaminan yang dapat diberikan bahawa Chong tidak akan terus mempergunakan Chin dalam Dewan Negara itu nanti untuk memperjuangkan agenda-agenda mereka dan seterusnya mengunakan kedudukan Chin untuk terus membuat tohmahan dan dakwaan yang tidak berasas mengenai isu-isu peribadi antara Datuk Musa Aman dan Chong itu? Di manakah kewibawaan dan kehormatan Dewan Negara apabila perkara ini berlaku?
Majoriti rakyat Sabah mengetahui Chin antara Kontraktor Utama yang kerap melobi projek daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sejak ‘Taiko’ Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjadi Menteri KKLW dan kini telah memperolehi projek berjumlah tidak kurang daripada RM300 juta.
Chin telah berazam dan dizahirkan kepada ramai kontraktor untuk menyapu bersih semua projek KKLW agar mereka (Chin-Chong) dapat menjadi orang yang paling kaya di Sabah. Layakkan ‘Orang Gila’ harta dan tamak ini menjadi seorang Senator?
DALIL 4: PENIPU
Chin telah menipu rakyat Sabah terutama komuniti Tiong Hua dengan tohmahan dan desakan yang tidak berasas terhadap Perdana Menteri dan Kerajaan Negeri Sabah yang dipimpin oleh Datuk Seri Musa Aman semata-mata mengambil kesempatan untuk melobi kerusi Ahli Dewan Negara.
DALIL 5 : BUKAN AHLI POLITIK
Sekalipun kedudukannya sebagai Timbalan Presiden LDP, namun hakikatnya Chin bukanlah seorang ahli politik Sabah yang memperjuangan komuniti Tiong Hua atau mana-mana komuniti di Sabah. Chin tidak pernah memberikan gagasan atau menuliskan pandangan beliau dalam surat khabar mengenai agenda-agenda atau polisi-polisi beliau untuk membangunkan aspek kehidupan dan ekonomi komunitinya.
Persoalannya ialah komuniti Tiong Hua tidak pernah menganggap Chin sebagai wakil mereka dalam isu-isu yang melibatkan mereka. Persoalannya, komuniti manakah yang akan Chin wakili sekiranya dilantik sebagai Senator?
Dengan 5 dalil yang ternyata di atas, jelas menunjukkan bahawa rakyat Sabah berpendapat bahawa Chin tidak layak dilantik sebagai Senator. Sehubungan itu, saya merayu agar YAB Perdana Menteri membatalkan perlantikan Chin (jika sudah dilantik) dengan SERTA MERTA.
Pada masa yang sama, rakyat Sabah merayu ehsan agar Presiden LDP mencadangkan pemimpin lain dalam LDP yang lebih layak untuk menjawat kerusi Ahli Dewan Negara demi bangsa, negara dan agama.
Salam 1 Malaysia.
PEJUANG LAMA LDP
Penulis nampaknya lebih mirip kepada perasaan dendam terhadap Chin daripada dahlil yang ditulis.Kalau diteliti secara halus semua dahlil tersebut tidak berasas dan hanya mengelikan hati pembaca.
ReplyDeleteSaya harap Chin akan berdiri teguh dengan perjuangan LDP dan menegur mana-mana pemimpin BN yang sudah 'sesat jalan' dan lupa kepada asas dan sebab bertapaknya UMNO/BN di Sabah.Pemimpin yang banyak skandal mesti digugurkan demi membersihkan nama baik BN dan jangan pula kerana seorang semua pemimpin BN hitam seperti arang dan berbau seperti najis.
Bagi saya penulis ini bukan lah seorang yang waras dan mempunyai pengetahuan luas mengenai apa yang berlaku dan terjadi dalam arena politik Sabah.Hanya suka tulis kerana nak bodek Musa Aman dan dengki kepada Chin.Kalau pun tahu sedikit saja jangan lah tulis panjang panjang dan sebut pasal dahlil pula.Baca dulu pasal 81 dahlil baru fikir nak tulis atau tidak pasal 5 dahlil.Mungkin marah kerana LDP tak 'recommend' dia senator kut dan sekarang tulis macam macam pasal Chin.
Secara ringkas saya nak komen sikit pasal 5 dahlil yang ditulis.
1.Tak payah ada kelulusan akademik masuk Dewan Negara kerana sebelum ini Musa sudah lantik Ketua wanita Sibuga yang tidak mempunyai kelulusan akademik pun dan sekarang duduk kat Dewan Negara.Tak silap saya jadi speaker Dewan Negara pula tu.Seterusnya tanya Musa Aman berapa wakil rakyat UMNO yang di Negeri atau Parlimen tidak mempunyai kelulusan akademik.Banyak pula tu.Penulis tak tahu ?
Dahlil yang lain saya akan jawab besok bagi pihak saudara chin.Saya buat ini secara ikhlas untuk beliau kerana bagi pendapat saya beliau adalah dijalan yang benar.