Sunday 1 February 2015

Mohd Azri : Perniagaan DRZKY semakin berkembang di Borneo


Oleh : ARSHAD HUSSIN


PRODUK DRZKY...Mohd Azri memperagakan dua jenis produk keluaran DRZKY,Bio Rzky dan Active Stemcell plus yang menjadi pilihan utama pengedar dan pelanggan.


KOTA KINABALU: Perniagaan networking  DRZKY International Sdn.Bhd. yang dilancarkan pada awal September di sini  semakin mendapat tempat dalam kalangan usahawan tempatan dari pelbagai lapisan masyarakat Sabah,Sarawak dan Negara Brunei Darussalam.

Pengurus DRZKY International Sdn Bhd. BORNEO (DRZKY Borneo),Mohd Azri Mohamed Ridzwan,33 berkata,sehingga Januari tahun ini sahaja ahlinya kian bertambah mencecah lebih lima ribu orang di seluruh daerah negeri  Sabah sejak dilancarkan September tahun lepas.

Perniagaan DRZKY yang berteraskan networking online dan offline itu menyediakan plan marketing yang cukup menarik dan mudah disertai golongan kurang berkemampuan dengan memulakan rangkaian perniagan bermodalkan serendah RM110.



SEMANGAT NIAGA...Sebahagian ahli DRZKY sentiasa memberikan sokongan padu di setiap Seminar Pencerahan Perniagaan dan Pelan Pemasaran Produk di Borneo DRZKY Centre Kota Kinabalu.

Setiap ahli yang menyertai plan marketing DRZKY perlu berdaftar dan membayar yuran RM110 dan diberikan produk Bio Rzky garam bukit Himalaya sebagai modal memulakan perniagaan disamping diberikan akaun networking bagi mengendalikan perniagaan dari masa kemasa serta mampu menjana pendapatan RM1,200 sehingga RM37,000 sehari.

Produk BioRzky yang ditawarkan  merupakan produk kesihatan berasaskan Garam Bukit Himalaya dan Air Zam Zam yang cukup berkesan menjadi penawar kepada pelbagai penyakit dalaman dan luaran termasuk menjadi penawar kepada penyakit Gout, Masalah Jantung, Darah Tinggi,bKencing Manis,bKanser, Athma@ampus, Migrain, Masalah Rambut, Masalah kulit, Penglihatan@katarak dan sebagainya.


PELAN PEMASARAN...Sebahagian ahli baharu DRZKY  menghadiri Seminar Pencerahan Perniagaan dan Pelan Pemasaran Produk di Dewan Perpustakaan Papar.

Garam Bukit  mempunyai 1001 khasiat, seperti dapat membantu meningkatkan aura dan potensi diri, bahkan antara rahsia alam yang mempunyai tenaga atau energi. Sama seperti air. Dua bahan ini mempunyai kekuatan memerangkap gelombang dalam cara berbeza. Sebab itu dalam perubatan Islam, air dan garam banyak digunakan. Tapi bukan garam laut, garam bukit. 

Ini kerana, garam bukit tidak disukai jin dan syaitan. Banyak lagi rahsia garam, air sejuk, tulang dan darah dan lain-lain lagi yang menjadi rahsia dalam diri kita. Gabungannya sangat membantu membentuk aura diri yang baik!


MAMPU TERSENYUM...Mohamad Bidin Musa dengan gaya tersendiri menyampaikan pencerahan perniagaan dan produk DRZKY sempena Business Opportunity Preview di Papar.

Garam bukit juga sesuai untuk kanak-kanak dan bayi. Terutama bagi mengelakkan gangguan halus yang mudah mendekati bayi. Biasanya bayi suka mandian garam ini.

Amalan mandi dengan air garam bukit adalah satu keperluan harian untuk merasai kesegaran dalam merangsang semula mana-mana bahagian organ dalam badan yang telah kehilangan tenaga dan getarannya. Berendam dengan air garam bukit tulen akan merangsang vitamin tertentu dan mengurangkan homosistina iaitu sejenis bahan yang gagal dicerna dan akan mengotorkan darah dalam tubuh.



KENANGAN PENCERAHAN...Manager Borneo DRZKY, Mohd Azri(duduk tengah);Core Leader Mohamad Bidin Musa(enam kiri);Core Leader Jidy Danis(enam kanan) mengabadikan gambar kenangan bersama sebahagian  prospek perniagaan Borneo Drzky Team Daerah Papar.


Seorang Core Leader  DRZKY Team Borneo, Mohamad Bidin Musa menjelaskan sangat  teruja dengan konsep, plan dan produk  kesihatan yang berasaskan Garam Bukit Himalaya yang mampu membantu mereka yang bermasalah dengan kesihatan atau pelbagai penyakit di samping boleh meningkatkan lagi taraf ekonomi diri  dan masyarakat tanpa mengira latarbelakang ahli.

Ujarnya, bermula dari media sosial, beliau menemui platform yang sangat membantu menyelesaikan kewangan  kerana peluang menjana pendapatan di era teknologi maklumat hanya berada di hujung jari beliau untuk merebut peluang itu dengan penuh azam dan semangat ingin maju dalam industri perniagaan networking online dan offline.

Mohamad  yang telah menyertai  perniagaan DRZKY International  tujuh bulan selepas dilancarkan pada 21 Mei 2014 di Negara ini, sudah  mampu tersenyum dengan meraih pendapatan hampir RM80,000 secara keseluruhan.

Beliau yang juga salah seorang usahawan berjaya,menyeru  segenap lapisan masyarakat terutamanya golongan muda belia dan beliawanis merebut peluang dalam perniagaan itu bagi menjana pendapatan serta meningkatkan taraf ekonomi keluarga.

Katanya, perniagaan DRZKY International sangat mudah, semudah ABC dijamin mendapat pulangan keuntungan berlipat ganda, yang penting rajin berusaha mempromosi produk dan menaja rakan-rakan baru kerana perniagaan ini bukan perniagaan skim cepat kaya tetapi perniagaan nyata. Anda rajin berusaha,anda boleh kaya.

Seorang pesara, Ab.Gulam Mearalam, 54 tahun dari Semporna memberitahu, beliau menyertai perniagaan DRZKY selepas mendapati produk Bio Rzky Garam Bukit Himalaya berkesan mengubati ibunya yang koma selama dua hari dengan otak sebelah kiri disahkan mati  oleh doktor.

Menceritakan saat-saat kritikal itu, Ab.Gulam berkata, pada awal Januari 2015,  ibunya yang berusia 87 tahun koma dan dirujuk ke hospital Daerah Semporna kemudian esoknya dirujuk pula ke  Hospital Besar Tawau.


KASIH IBU...Ab.Gulam Mearalam(kanan) dan rakanya Hj.Abd Dani Togolan(kiri) bersama produk  yang dibeli untuk mengubati ibunya yang mula sembuh dari koma awal bulan lalu.

“Doktor mengesahkan otak sebelah kiri ibu saya mati dan seluruh anggota dan pancaindera lumpuh iaitu jantung turut lemah dan berhenti,” kata Ab.Gulam.

Ujarnya lagi ditambah dengan kecekapan kakitangan perubatan CPR, jantung ibu berfungsi kembali tetapi masih lemah dan doktor mengesahkan ibunya berhadapan saat-saat kritikal, pada bila-bila masa sahaja jantung tidak berfungsi kerana ibunya lanjut usia.

“Alhamdulillah, keesokan harinya saya dipertemukan sahabat yang budiman memperkenalkan penawar BioRzky ini dan tanpa berlengah terus mencuba menggunakannya merawat ibu sebelah tengahari  dan sebelah malam  air liur ibu mula meleleh, mulut ternganga serta biut diikuti dengan  darah banyak keluar dari mulut  ibu, kemudian jam 11.00 malam nafas  ibu tenang dan darah tak keluar lagi. Lega rasanya hati kami malam itu,” katanya penuh yakin.

Keesokan harinya, Ab.Gulam dan keluarga cukup gembira, anggota badan , tangan dan kaki ibunya mula bergerak serta mata terbuka malah mulut tertutup normal.

“Alhamdulillah, dengan izin Allah serta khasiat prodak BioRzky Garam Bukit Himalaya,  ibu saya sudah tidak tenat  dan sedang dalam rawatan pemulihan sepenuhnya,” kata Ab.Gulam gembira sambil berdoa ibunya akan sembuh seperti sedia kala.

Atas keyakinan itu  beliau terus memperkenalkan produk BioRzky kepada rakan-rakanya dan beliau kini merupakan Pengedar BioRzky Drzky4all.com bagi Daerah Semporna.

Bagi Mohd Safreh Mohd Yussof, 45 tahun, sudah pun menyertai perniagaan  DRZKY International Sdn.Bhd setelah menggunakan produk BioRzky Garam Bukit Himalaya selama seminggu merawat ibunya yang menghidap penyakit Kanser Paru-Paru.

Katanya, sebelum ini pergerakan ibunya amat terbatas dengan sesak nafas apabila banyak bergerak dan mengalami kesakitan yang amat sangat.

“Setelah menggunakan BioRzky Garam Bukit Himalaya, perubahan kesihatan ibu saya sangat ketara iaitu ibu sudah boleh melakukan kerja-kerja rumah dan membasuh serta menjemur kain,”kata Mohd Safreh.

Selain itu katanya, dia juga kini tidak perlu lagi menggunakan kacamata untuk membaca Al-Qur’an dan buku selepas menggunakan BioRzky Garam Bukit Himalaya.

Bagi Jidy Danis, 49 tahun, salah seorang Pengedar produk DRZKY memperolehi pendapatan RM5K  sejak menyertai perniagaan networking DRZKY lima bulan lalu sehingga sekarang.


JIDY DANIS,49 TAHUN

Perniagaan ini sangat mudah, hanya menaja dua orang rakan kongsi niaga dan mengikuti sistem perniagaan yang diajar syarikat, kita sudah memperolehi bonus dibayar setiap hari dan tidak perlu menunggu gaji bulanan.

Haji Aliakhbar Hj Ag Matusin, 51 tahun, merupakan  Pengedar DRZKY Daerah Beaufort telah pun menyertai perniagaan itu sejak dua bulan lepas dan kini sudah memperolehi pendapatan lebih RM2K.


STOKIS DRZKY...Hj.Aliakhbar Hj.Ag.Matusian,51 stokis Daerah Beaufort.

Beliau mengakui, produk kesihatan BioRzky Garam Bukit Himalaya mempunyai khasiat menyembuhkan pelbagai penyakit tanpa mengira usia.

Selain itu katanya, perniagaan sampingan ini mampu menjana pendapatan harian networking dan keuntungan runcit secara tunai dari RM300-RM700 sehari.

“Saya menyeru kepada belia-belia dan golongan muda yang masih belum mempunyai pekerjaan tetap supaya menyertai perniagaan ini untuk menjana pendapatan sebagai sumber ekonomi keluarga,” katanya.


BIORZKY...Produk BioRzky Garam Bukit Himalaya sebagai penawar kepada 1001 jenis penyakit.

DRZKY International Sdn.Bhd merupakan pengimport dan pembekal produk halal yang berasaskan Garam Bukit Himalaya dan berazam untuk menempatkan diri dalam industri yang mengeluarkan produk-produk berasaskan garam bukit di Malaysia. 

Produk tersebut antaranya BioRzky, Fuel Booster dan Active Stemcell Plus.

Antara visinya adalah menyediakan satu platform yang 'mesra ahli' dari sudut pengurusan yang cekap, pelan pemasaran yang mudah dan adil, produk yang berkesan dan berkualiti dan sistem yang efisyen terutama 2 perkara yang asas iaitu pembayaran bonus dan produk dengan misi menjadi antara syarikat yang maju yang mampu bersaing dan berdaya tahan di dalam dunia jaringan baik di dalam mahupun di luar negara.

1 comment:

  1. Salam. Saya nak beli bio rezky. Macam mana nak beli. Saya sekarang berada di kota kinabalu.

    ReplyDelete