Sunday 27 March 2011

37 TAHUN MASIH GUNA IC MERAH!



Saudara Pengarang,

SAYA adalah pemegang IC merah (Penduduk Tetap) walaupun lahir di Sabah (Malaysia) sejak 37 tahun lalu kerana setiap kali saya rujuk ke Jabatan Pendaftaran Negara, jawapan yang diberikan amat menjengkelkan, “masih dalam proses”.

Walaupun Sabah sudah merdeka hampir 48 tahun, namun saya tidak menyangka masih menggunakan undang-undang rimba kerana bapa saya warganegara Malaysia tetapi saya hanya diberi taraf penduduk tetap.

Nampaknya Kerajaan Malaysia begitu prihatin terhadap warganegara asing, terutama daripada India dan Pakistan yang langsung tidak tahu asal usul mereka tetapi diberi kerakyatan Malaysia secara mudah.

Saya kini sudah putus asa kerana menjadi ‘pelarian’ di negara sendiri; terpinggir dari segala kemudahan sedangkan saya anak negeri Sabah yang tulen. Sesekali terfikir untuk meninggalkan Sabah, namun mengenangkan tembuni saya ditanam di Sabah, hasrat tersebut saya tangguhkan.

Tidak tahu di mana silapnya kerajaan lebih mengutamakan warga asing yang bukan sahaja tidak tahu menyanyikan lagu negaraku; malah masih berkiblatkan negara asal mereka sekalipun diberi kerakyat Malaysia secara PERCUMA dan diternak sebagai pengundi tegar yang menjadi Fixed Deposit; sedangkan saya belum boleh mendaftar sebagai pemilih!

Salam Hormat,

MOHD ISMAIL QAMALUDEEN

8 comments:

  1. Those that are born to Sabahan parents should automatically be known as citizens. Hope that this issue will be rectified.

    ReplyDelete
  2. Isu berhubung taraf kewarganegaraan ini agak sensitif. Salah komen, ada pula perang di alam maya nanti. hihi

    ReplyDelete
  3. Apapun, saya berharap agar perkara ini mendapat perhatian sewajarnya.

    ReplyDelete
  4. harap pekara ini dapat diberikan perhatian yang sewajarnya.

    ReplyDelete
  5. dia adalah anak jati sabah tetapi diberi status PR. hal ini perlu diambil perhatian.

    ReplyDelete
  6. jika benar beliau warga asal negeri ini, beliau tidak akan diberikan IC merah ketika diawal permohonan dibuat.

    ReplyDelete
  7. pemegang IC merah akan dianugerahkan taraf kewarganegaraan setelah melalui pertimbangan yang rumit dan teliti. bukan senang menyelesaikan masalah IC merah sekaligus. di Sabah sahaja berpuluh ribu yang mahu memohon kewarganegaraan. mungkin ini juga merupakan punca kelewatan. atau mungkin penulis perlu datang sendiri ke JPN dan minta penjelasan kenapa proses itu memakan masa yang terlalu lama.

    ReplyDelete
  8. 37 tahun??Betul juga..Kalau india senang dapat kewarganegaraan kalau kawin dengan orang kita. Tapi ini 37 tahun sudah masih belum dapat kewargenagaraan.

    ReplyDelete