Saudara Pengarang,
MERUJUK kepada kenyataan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin mengenai isu ‘First Lady’ pada 14.Mac lalu jelas sekali bahawa Zuraida seorang wakil rakyat yang tidak faham bahasa.
Dalam kenyataannya, Zuraida menuduh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dangkal, memutar belit fakta dan menghina Perlembagaan Negara dalam isu Wanita Pertama.
Saya tidak bersetuju dengan kenyataan yang di buat oleh Zuraida kerana jelas sekali bahawa kenyataan beliau sudah jauh terpesong daripada fakta realiti.
Nazri dalam kenyataannya sebelum ini berkata; "This is an old convention in international politics. For instance, in the United Kingdom, Queen Elizabeth is not referred to as the ‘First Lady’ because her title is Queen. The First Lady is the wife of the Chief Executive, namely the wife of the Prime Minister. The same goes in Japan.".
Terjemahannya lebih kurang berbunyi : “Ini merupakan konvensyen lama dalam politik antarabangsa. Misalnya, di United Kingdom, Ratu Elizabeth tidak disebut sebagai First Lady kerana kedudukannya sebagai Ratu. ‘The First Lady’ adalah isteri dari Ketua Pegawai Eksekutif, iaitu isteri Perdana Menteri. Hal yang sama berlaku di Jepun."
Pada hemat saya, tidak ada sebab untuk pembangkang menjadikan isu ini sebagai suatu isu yang besar. Jelas sekali pembangkang hanya suka ‘menjual ubat’ dan menjadikan hal kecil sebagai isu politik. Pembangkang perlu berfikiran lebih terbuka dan bukan cuba memanipulasikan isu sebenar.
Zuraida antara pemimpin PKR yang suka memanipulasikan sesuatu isu. Beliau bukan sahaja seorang yang suka berpura-pura malah, suka membuang masa dan membohongi rakyat. Sedarlah wahai Zuraida!
Salam Hormat,
SENJA PERMAI
No comments:
Post a Comment