Sunday, 27 March 2011

JANGAN FITNAH SHAFIE, ANWAR FIRAUN MODERN!



Saudara Pengarang,

PADA saya tidak adil kepada Datuk Seri Shafie Apdal kerana secara tiba-tiba beliau dilibatkan dalam isu ‘Skandal Seks Anwar’. Jika seorang mertua hendak makan atau minum, tidakkan dia harus meminta izin pada menantu?

Datuk Shuib mempunyai akal yang waras untuk berfikir, tidak mungkin beliau harus merujuk kepada sesiapa sebelum bertindak atau melakukan sesuatu. Beliau bukan seorang kanak-kanak yang perlu mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa atas sesuatu perkara.

Saya tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak, namun saya tidak berpuas hati kepada Abdullahsani Haji Abdul Salleh dalam kenyataannya bertarikh 26 Mac yang bertajuk ‘Mungkinkah Shafie Turut Terlibat’. Walaupun beliau tidak bermaksud untuk menuduh Datuk Seri Shafie, namun kenyataan beliau itu akhirnya akan menyusahkan orang lain.

Kita harus berfikiran waras dan terbuka dalam mengulas sesuatu isu, seharusnya Abdullahsani berfikiran jauh sebelum mengulas isu itu.

Kenyataan beberapa pemimpin yang sudah menonton video itu memberikan ulasan dan komen yang sama. Hujah ini dikuatkan lagi apabila Datuk Zaid Ibrahim turut memberikan komen yang serupa. Zaid seorang pemimpin yang lurus dan suka lepas cakap.

Pada hemat saya tiga orang yang terlibat dalam kes ini hanya melakukan ‘khidmat awam’ kerana mereka memberikan maklumat kepada umum tentang sikap sebenar Ketua Pembangkang itu.

Anwar mungkin bakal menjadi Perdana Menteri di masa akan datang, adakah kita mahu seorang PM yang bersikap ‘curang’ seperti Anwar. Seharusnya kita berterima kasih pada Datuk Trio yang mendedahkan hal ini. Kita boleh tahu siapa sebenarnya Anwar, pemimpin yang suka memutar belitkan fakta, pembohong dan beberapa sikap keji lagi, itu lah Anwar. Anwar merupakan Firaun Moden!

Soal bukti jam Omega, Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah memberikan bukti yang kukuh. Beliau berada di tempat kejadian dan turut berada dalam rakaman video itu. Kenapa sehingga kini Anwar tidak menunjukkan jam Omega miliknya, Anwar hanya membuat kenyataan bahawa jam tersebut berada pada isterinya, Wan Azizah, namun mereka tidak menunjukkannya.

Setelah membaca kenyataan Abdullahsani, saya dapat membuat kesimpulan bahawa beliau menyimpan perasaan dengki dan dendam pada Shafie Apdal, ini pada pandangan peribadi saya.

Abdullahsani juga sanggup memfitnah Datuk Seri Shafie Apdal merampas kuasa politik daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman. Datuk Shafie tidak pernah bercita-cita untuk merampas kedudukan Musa kerana beliau merupakan seorang Menteri dan juga Naib Presiden UMNO.

Salam Hormat,

SENJA PERMAI

7 comments:

  1. Hope that this case will be investigated before making more accusations.

    ReplyDelete
  2. Jika tidak terlibat janganlah dilibatkan tapi harus dijalankan siasatan untuk memastikan tidak ada yang terlepas dari kesalahan.

    ReplyDelete
  3. Saya sangat2 berharap tidak akan ada isu seperti ini timbul lagi.

    ReplyDelete
  4. berhubung kes video tersebut. tunggu sajalah sehingga siasatan selesai.

    ReplyDelete
  5. kenapa nak dlibatkan Shafie dalam kes video tersebut, tuduhan ini langsung tak ada asas.

    ReplyDelete
  6. kononya Anwar difitnah.. tapi sedarkah pihak2 pro Anwar atau pihak yang cuba mempertikaikan tindakan Datuk T dengan menuduh pihak lain melakukan fitnah adalah juga sedang melakukan fitnah?? malah tidak disokongpun dengan bukti sepertimana tuduhan Datuk T terhadap Anwar..

    ReplyDelete
  7. untuk mencari kebenaran dan keadilan, tidak perlulah ahli2 politik atau orang awam bertindak melebihi polis atau mahkamah. tidak wujud kebenaran dan keadilan dalam setiap kenyataan yang berbentuk emosi dan berniat politik.. biarlah polis sahaja yang menyiasat kes ini..

    ReplyDelete