Friday, 25 March 2011

BILAKAH MASALAH PATI DAPAT DISELESAIKAN?



Saudara Pengarang,

AGAK biasa kedengaran janji ditabur oleh mana-mana parti politik untuk memancing undi. Namun begitu, sebagai anak jati Sabah, saya agak kecewa kerana tiada satu pun parti politik yang BERANI menjanjikan untuk mengatasi masalah PATI di Sabah ini.

Adakah semua parti politik memang perlukan undi dari PATI ini? Saya berasakan kebanjiran PATI di Sabah ini adalah seperti bentuk penjajahan secara dominasi. Bila PATI kelihatan dominan di jalan raya dan kaki lima bangunan, mental kita tertanya tanya 'di Filipina atau di Indonesiakah kita ini?'

Walhal di Sinsuran sekalipun, perasaan tidak selamat ketika berjalan terutama di kawasan Pasar Besar, Sinsuran, Segama dan Centre Point adalah kerana kebanjiran PATI; sama ada yang mendapat IC secara halal ataupun sebaliknya.

Mahukah kita rakyat Sabah merempat di negeri sendiri? Kini sudah ada ADUN kita daripada PATI dan apakah sampai suatu ketika nanti semua ADUN kita pun terdiri asal ibu bapanya mendapat IC haram; barulah kita mahu menepuk dahi dan mungkin ketika itu sudah terlambat untuk bertindak.

Cubalah PM kita dibawa turun secara random ke Centre Point, atau Kampung Numbak di Sepanggar. Biar melihat sendiri pekerja yang bekerja 80% adalah orang Filipina dan penduduk Kampung Numbak 99.99 % orang Filipina.

Saya menyeru sekiranya ada parti politik yang betul-betul ingin memperjuangkan untuk mengatasi masalah PATI di Sabah sudah tentu undi saya kepada mereka ketika pilihan raya nanti.

Sekian

ANTI PATI

12 comments:

  1. Every party claim that they will end the illegal immigrant issue. But none of them have the right sort of idea how to do it.

    ReplyDelete
  2. "BILAKAH MASALAH PATI DAPAT DISELESAIKAN?"

    I was wondering that myself too.

    ReplyDelete
  3. But I'm sure the government is putting effort in finding solutions to solve this illegal immigrant issue.

    ReplyDelete
  4. Masalah PATI rasanya boleh diselesaikan dengan adanya kerjasama antara semua pihak.

    ReplyDelete
  5. Selagi kerajaan persekutuan tidak serius menangani masalah ini selagi itulah masalah PATI ini tidak dapat diselesaikan.

    ReplyDelete
  6. Saya yakin semua pihak pun mahu hal ni diselesaikan. Jadi kita harapkan saja hal ni dapat diselesaikan segera.

    ReplyDelete
  7. semoga usaha untuk membanteras masalah PATI ini akan dilakukan secara berterusan. harap masalah ini akan dapat diselesaikan satu hari nanti.

    ReplyDelete
  8. saya pun tertanya tanya sendiri, bilalah isu PATI ini akan selesai.

    ReplyDelete
  9. masalah PATI amat sukar diselesaikan, namun kita kena terus berusaha untuk selesaikan masalah ini.

    ReplyDelete
  10. kalau ikutkan semua parti politik masing2 mahu berjuang menangani masalah kebanjiran PATI di negeri ini. tapi apa perancangan mereka? memberikan status PR atau sekadar cakap2 untuk menarik undi?

    ReplyDelete
  11. kerajaan telah berusaha menyelesaikan masalah ini dengan melakukan banyak operasi serta penubuhan makmal khas, namun masalah ini masih liat untuk diselesaikan. sebenarnya banyak punca kenapa terlalu ramai PATI di negeri ini dan antara punca itu termasuklah layanan baik rakyat Sabah terhadap mereka.

    ReplyDelete
  12. masalah ini akan selesai jika semua pihak bekerjasama dan bersatu hati menghalang kemasukan PATI ke negara ini.

    ReplyDelete