Sunday, 27 March 2011

KENAPA HARUS ADAKAN PILIHANRAYA AWAL?



Oleh: CHANG SHAK HUNG

PENANGGUHAN pemilihan parti di pihak komponen Barisan Nasional (BN) pada tahun ini jelas membuktikan pilihanraya ke-13 semakin hampir dan dijangkakan akan diadakan pada tahun ini.

Namun persoalannya adalah mengapa kerajaan BN mengambil kesempatan ini untuk membubarkan parlimen sedangkan masa tamat tempoh untuk penggal ini hanya akan berakhir pada 7 Mac 2013.

Pilihanraya yang ke-12 telah diadakan pada 8 Mac 2008 dan ini telah menyaksikan beberapa negeri telah tumbang ke tangan pihak parti pembangkang dan negeri-negeri tersebut adalah seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kedah serta Perak pada asalnya dikuasai oleh Pakatan Rakyat (PR), namun atas sebab-sebab yang tidak munasabah, 3 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereke melompat parti ke pihak lain dan menyebabkan kerajaan Perak dikuasai semula oleh BN.

Namun yang demikian, mengapakah kerajaan harus membubarkan Parlimen dalam masa yang terdekat ini? Apakah logiknya membubarkan Parlimen semata-mata kerana keadaan dan senario politik di pihak pembangkang yang dikatakan goyah hasil daripada beberapa orang Ahli Parlimen daripada PR yang keluar parti dan ini memberi keselesaan kepada BN untuk membubarkan Parlimen?

Ataupun kerajaan akan memberikan alasan bahawa memberikan peluang kepada golongan muda untuk menerajui kerajaan? Adalah tidak adil sama sekali kepada rakyat Malaysia yang telah mengundi tidak kira sama ada mereka memilih pembangkang mahupun BN kerana mereka memilih pemimpin mereka untuk berkhidmat bagi tempoh 5 tahun dan tidak wajar sama sekali sekiranya Perdana Menteri membubarkan Parlimen atas sebab yang tidak munasabah sekiranya benar Parlimen dibubarkan pada tahun ini.

Perlu diingat bahawa untuk membubarkan Parlimen memerlukan peruntukan yang amat besar dan ini akan membazirkan duit rakyat sekirannya tempoh maksimum 5 tahun untuk setiap sesi tidak digunakan sehingga tamatnya tempoh tersebut.

Sekiranya Perdana Menteri membubarkan pada tahun ini, ini bermakna sesi ke-12 ini hanya mampu bertahan selama 3 tahun dan kerajaan tidak mampu untuk meneruskan pemerintahan sehinggakan satu pilihanraya umum yang baru diadakan bagi menggantikan barisan kabinet yang tersedia ada.

Persepsi ketidakmampuan kerajaan sekiranya membubarkan Parlimen sebelum tamatnya tempoh lebih-lebih lagi sekiranya diadakan dalam masa 3 tahun ini, akan menyebabkan persepsi ini yakni ketidakmampuan barisan kabinet serta Ahli-ahli Parlimen dari kalangan BN tidak mampu untuk memerintah serta mengubal dasar memandangkan tanggungjawab setiap Ahli Parlimen adalah mengubal dasar yang akan dipraktikkan oleh rakyat selepas ia diluluskan oleh Dewan Negara.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa pihak pembangkang juga hanya menunggu saat pembubaran ini memandangkan kehendak rakyat untuk melihat kehebatan pihak pembangkang menjadi pemerintah negara pada PRU ke-13 ini.

Namun yang demikian, adalah amat tidak wajar dan tidak patut Parlimen dibubarkan sebelum tamatnya sesuatu tempoh pemerintahan yakni 5 tahun untuk setiap sesi melainkan jikalau ia betul-betul terdesak untuk dilaksanakan iaitu kerajaan sekarang ini tidak mampu untuk membela rakyat lagi.

Duit rakyat adalah untuk kegunaan rakyat dan kerajaan sepatutnya menggunakan duit rakyat ini dengan bijak dan bukan hanya membazirkannya dengan mengadakan pilihanraya umum lebih awal sebelum tamatnya tempoh pemerintahan.

Salurkan duit rakyat dengan mengurangkan kesengsaraan rakyat yang miskin dan memberikan kemudahan infrastruktur yang begitu mendesak terutamanya di Sandakan serta penduduk di Sabah secara keseluruhannya!

Mandat diberikan kepada pemimpin untuk menerajui sesebuah kerajaan dan mereka tidak seharusnya mensia-siakan hasrat rakyat untuk mendapatkan keselesaan dan kesejahteraan hidup tanpa berlaku apa-apa mushibah politik yang sempit untuk membubarkan Parlimen!

11 comments:

  1. It doesn't matter when the elections are held. As long as the people are ready to vote.

    ReplyDelete
  2. Bila semuanya sudah tersedia tidak perlulah tangguh lama2, lagi cepat lagi bagus.

    ReplyDelete
  3. Semua pastinya sedang bersedia untuk melakukan yang terbaik, harap rakyat dapat memilih dengan sebaik-baiknya.

    ReplyDelete
  4. apa pun, tidak perlulah terburu-buru. yang penting persediaan rapi perlu dibuat dan pastikan rakyat juga sudah bersedia.

    ReplyDelete
  5. Kita tunggu sajalah apa yang akan berlaku dengan politik kita. Mungkin mereka mempunyai sebab tersendiri berhubung masalah ini.

    ReplyDelete
  6. belum tahu lagi samada PRU akan diawalkan atau tidak.

    ReplyDelete
  7. mereka sendiri yang membuat jangkaan bahawa pilihanraya akan diawalkan, kemudian mereka sendiri juga mempersoalkan kenapa perlu diawalkan.. bukankah ini menunjukkan pembangkang di negara ini semakin terdesak sehingga sanggup mencipta isu sendiri untuk dikritik..

    ReplyDelete
  8. ketika isu tarikh pilihanraya sedang hangat bermain di media sebelum ini, tiada pula yang membantah. hanya selepas Pakatan berhadapan dengan berbagai2 masalah barulah isu ini keluar. mungkin pembangkang takut pilihanraya diawalkan kerana mereka masih belum bersedia dan terlalu banyak masalah yang sedang dihadapi lebih2 lagi dengan kekalahan berturut2 dalam setiap PRK.

    ReplyDelete
  9. Awal atau tak, yang penting semua pihak harus mainkan peranan masing2 sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  10. Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah apa yang bakal berlaku nanti kerana semuanya pasti akan diketahui juga.

    ReplyDelete
  11. Pilihan raya bakal diadakan pada bulan Jun ataupun Julai tahun ini.

    ReplyDelete