Sunday, 27 March 2011

MUNGKINKAH PEMUDA INI KERACUNAN PLUMBUM?



SEORANG pemuda sedang menjalani perbicaraan di hadapan majistret atas tuduhan mencuri basikal seorang gadis. Berikut antara petikan Nota Prosiding di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu.

Majistret: Adakah anda mengaku salah?

Tertuduh: Tidak! Saya tidak mengaku bersalah. Mana ada saya curi basikalnya.

Majistret: Janganlah menipu. Sumandak itu buat laporan polis anda curi basikal dia.

Tertuduh: Temberang bah dia itu. Dia bagi saya free bah.

Majistret: Apa maksud anda?

Tertuduh: Macam ini bah tuan Majistret. Masa saya mahu pulang dari sekolah tadi, adakah patut gadis itu pelawa saya naik basikal dia. Dia suruh saya kayuh. Dia duduk di palang basikal. On the way, sewaktu kami melalui kawasan semak, dia minta saya berhenti, jadi saya pun berhentilah. Terus dia buka baju sama seluar dia dan dia cakap; "Kau boleh ambil 'barang saya' secara Free of Charge". Jadi saya fikir-fikir kalau saya ambil baju dia, baju perempuan pula, mana saya boleh pakai kerana saya ini lelaki. Lepas itu mau ambil seluar dia pun macam itu juga, seluar fit lagi, manalah muat kalau saya pakai. jadi saya buat keputusan ambil dia punya basikal. Nah! macam itupun kira mencuri jugakah?

Majistret: ????(Memang sah keracunan plumbum kerana lambat pick-up)

6 comments:

  1. Didn't expect Sabahkini to post something like this.

    ReplyDelete
  2. lelaki tu normal ke tidak, atau dia sengaja nak loyar buruk dgn Majistret.

    ReplyDelete
  3. tidak tahulah apa jadi dengan lelaki itu..Logik juga alasan dia kalau ikut cerita ini.

    ReplyDelete
  4. pehh.. saya ingatkan betul2 kes keracunan plumbum.. haha

    ReplyDelete
  5. Boleh lah diterima lawak ni. hehehe

    ReplyDelete
  6. Apapun isu berkaitan plumbum mmg perlu diberi perhatian sewajarnya.

    ReplyDelete