Wednesday, 23 March 2011

TIMBALAN SPEAKER PATUT LETAK JAWATAN



Oleh: ROZIE JUMAT

PARTI Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menggesa Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dari parti pembangkang (SAPP) agar meletakkan jawatan secara terhormat kerana beliau bukan sahaja memburuk-burukkan Barisan Nasional (BN) yang menjadi tunjang kepada kerajaan negeri Sabah, tetapi dalam masa yang sama mahu menjatuhkan kerajaan BN yang memberinya gaji dan kemudahan.

Ahli Majlis Tertinggi PBRS, Empir @ Simpil Andingos berkata, adalah sesuatu yang memalukan kepada anggota pembangkang itu kerana terus bertahan dengan jawatan tersebut.

“Gaji serta kemudahan beliau diberikan oleh kerajaan BN. Tetapi seperti yang kita ketahui semasa pilihanraya kecil di Batu Sapi, beliau memburuk-burukkan kerajaan BN, dan berkempen untuk parti pembangkang. Tindakan tegas harus dilakukan terhadap beliau,” kata Empir.

Bukan itu sahaja kata Empir, pemimpin pembangkang itu sering menyalahkan kerajaan dan menggunakan kedudukan yang ada padanya menentang kerajaan semula.

Menurut Empir, adalah lebih baik jawatan tersebut diberikan kepada anggota parti kerajaan dan PBRS sedia memikul tanggungjawab tersebut.

“Untuk apa kita (BN) terus menerima khidmat beliau di DUN, BN mempunyai ramai calon berpotensi sebagai Timbalan Speaker,” kata Empir yang juga Timbalan Ketua Penerangan PBRS N.38 Nabawan.

Oleh itu kata Empir, beliau patut berundur dan meletakkan jawatan secara terhormat.

Empir yang juga Timbalan ketua Penerangan PBRS N.38 Nabawan berkata, PBRS di kawasan Pensiangan tidak pernah mengabaikan rakyatnya. Malahan keahlian PBRS di kawasan ini juga semakin bertambah.

Empir mengulas kenyataan Pergerakan Pemuda SAPP Tenom yang disiarkan di portal Sabahkini.net.

“Pensiangan lebih baik pada masa sekarang, rumah-rumah panjang diperbaiki, pemberian rumah kepada rakyat yang layak dan kemudahan-kemudahan ini dibawa oleh BN melalui PBRS,” kata Empir.

Oleh itu kata dakwaan SAPP terhadap PBRS dan pembangunan di P182 Pensiangan adalah tidak berasas sama sekali.

Malahan kata Empir, penyokong parti pembangkang itu juga berasa malu apabila melihat kemudahan dan perubahan yang dibawa oleh BN di kawasan itu.

“Baik dari Pakatan Rakyat dan SAPP sendiri ramai yang sertai PBRS sebab mereka melihat kerja yang dibawa oleh BN di kawasan ini, berbanding pembangkang yang hanya suka bercakap tapi tidak berbuat apa-apa; apatah lagi untuk menjaga kebajikan ahli-ahlinya,” ujar Empir.

Tambahnya lagi, satu kejutan akan berlaku pada 2 April ini yang membuktikan PBRS bukanlah parti yang calang-calang meskipun dikatakan parti kecil.

“Parti ini bukan sahaja berjaya mendapatkan projek Klinik Kesihatan Nabawan, tetapi juga projek loji air untuk kegunaan penduduk daerah Nabawan, pembaikan rumah panjang yang sangat diperlukan rakya,” ujar Empir.

Parti-parti pembangkang bolehlah datang ke Pensiangan jika ada masa kelapangan, lihat dengan mata kepala sendiri, kata Empir.

1 comment:

  1. Kerajaan BN bayar gaji T.Speaker DUN Sabah? Ei... Empiran, eh Emparan... Tak kesah u tu siapa tapi harap jgnlah terlalu angkuh bila bercakap. Gaji wakil rakyat bukan kerajaan BN yg bayar. Kerajaan BN tiada duit. Duit negara bukan milik kerajaan BN juga. Duit negara adalah milik rakyat. Gaji wakil rakyat termasuk kamu punya MP dibayar oleh wang pembayar cukai. "BUKAN DUIT BN" PBRS sanggup memikul tanggungjawab T.Speaker konon... dei.. sedarla wahai si katak di bawah tempurung. jgn terlalu angkuh.

    ReplyDelete