Sunday, 27 March 2011

VIDEO SEKS UNTUNGKAN PKR SABAH?



Oleh : MEDIA PKR

SERAMAI 59 orang ahli UMNO di Kg Jawa, Melalap, Tenom telah keluar dari UMNO dan sepakat menyertai PKR Cabang Tenom sebagai protes menentang kebatilan fitnah yang UMNO lakarkan terhadap kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Kumpulan tersebut diketuai oleh Tahir Bin Dingau selaku mewakili 59 ahli UMNO yang telah menyertai PKR Tenom petang tadi.

Borang keanggotaan telah diserahkan kepada Ketua Cabang PKR Tenom, Halik Zaman dan pada masa yang sama Halik Zaman mengucapkan syabas kepada bekas ahli UMNO yang telah sedar cepat.

Ketika diasak pertanyaan kepada Tahir mengapa beliau dan rakan-rakannya yang lain bertekad untuk meninggalkan UMNO setelah begitu lama setia dengan perjuangan UMNO, beliau menyatakan bahawa dia dan rakan-rakan telah lama memerhatikan cara songsang kepimpinan UMNO yang tiada lain selain memperkasakan diri para pemimpin dan kroni masing-masing.

Menurut beliau kepincangan UMNO ini semakin parah dengan terwujudnya berbagai fitnah yang khas diciptakan untuk melemahkan perjuangan PKR. Yang terbaru, fitnah Skandal Seks yang kini menjadi tajuk perbualan akar umbi yang mereka susah mempercayainya.

Kata Tahir, maka kerana itulah kebanyakan ahli UMNO dan BN kini mula beralih arah kerana sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan UMNO dan BN yang mana menurut mereka lagi sudah jauh terpesong dari landasan kemanusiaan yang sebenar. UMNO dan BN lebih gemar mempraktikkan agenda kotor demi memastikan rakyat Malaysia kembali ke pangkuan UMNO dan BN.

“Mungkin UMNO dan BN telah fobia dan trauma dek tsunami politik di PRU12 yang lepas, tetapi mereka mesti ingat jika beginilah sikap kepimpinan UMNO, maka tidak mustahil akan berlaku lagi fenomena gelombang tsunami yang lebih dahsyat pada PRU 13 kelak,” tegas Tahir lagi.

Melihatkan kebangkitan rakyat yang kini lebih terarah kepada kepimpinan Pakatan Rakyat memberikan tanda bahawa rakyat Malaysia telah mula sedar bahawa UMNO dan BN selama ini telah mempergunakan mereka melalui ‘undi’ yang telah mereka ‘hadiahkan’, namun kini rakyat telah sedar dari tidur yang lena dan tidak mahu lagi ‘undi’ mereka dieksploitasikan oleh UMNO dan BN.

8 comments:

  1. Members from every party jumping here and there is really nothing new.

    ReplyDelete
  2. biasalah dalam politik akan ada yang keluar masuk parti.

    ReplyDelete
  3. Tidak pasti kebenaran dalam hal ini. Kita lihat saja apa yang akan berlaku nanti.

    ReplyDelete
  4. jika masuk PKR, pastikah nasib mereka akan terjamin?

    ReplyDelete
  5. bukankah menuduh umno mendalangi video seks itu juga merupakan satu fitnah??? apa buktinya umno merancang semua ini?? tidak semestinya disebabkan peranan 'Datuk T' dalam umno sebelum ini maka kita anggap apa yang mereka lakukan hari ini adalah untuk kepentingan umno.. salah seorang dari mereka juga begitu rapat dengan Anwar.

    ReplyDelete
  6. sepatutnya PKR dan seluruh rakyat Malaysia menunggu dahulu hasil siasatan polis bagi mengetahui perkara sebenar sebelum mengatakan semua ini fitnah. tidak adil jika pihak yang membuat tuduhan dipersalahkan sedangkan mereka mempunyai bukti yang boleh membantu siasatan, dan dalam masa yang sama yang tertuduh pula dipertahankan atas dasar simpati walaupun beliau tidak ada bukti yang membolehkan beliau menafikan tuduhan itu.

    ReplyDelete
  7. Boring aku dengan kes ni. Tak pandai habis. huhu

    ReplyDelete
  8. Apapun isu keluar masuk parti ni tak perlu dihairankan lagi kera ia seolah-olah dah jadi adat politik.

    ReplyDelete