Monday 28 March 2011

SHAFIE TIDAK DIFITNAH TETAPI REALITI



Saudara Pengarang,

SIAPA Fitnah Shafie? Saya tertarik dengan teori yang dikemukakan oleh Abdullah Sani mengenai keterlibatan Datuk Shafie Apdal dalam kes Skandal Video Seks berkenaan yang mengutarakan persoalan kes fitnah memitnah terhadap pemimpin di negara ini.

Sepatutnya kita berfikiran terbuka dan menganalisa secara terperinci isu ini tanpa menyalahkan mana-mana pihak yang cuba mencari kebenaran di sebalik fitnah memitnah di antara pemimpin Kerajaan, pemimpin Pembangkang dan kumpulan NGO.

Dalam isu ini Abdullahsani adalah seorang ahli NGO dan aktivis masyarakat serta aktivis politik yang tidak melibatkan diri secara aktif dalam mana-mana parti politik; suara beliau adalah suara rakyat, suara berkecuali dan tidak memihak kepada mana- mana pemimpin baik pemimpin kerajaan atau dalam pembangkang.

Tuduhan Senja Permai melalui surat terbuka bertajuk ‘Jangan Fitnah Shafie, Anwar Firaun Modern’ yang mengheret Abdullahsani kedalam kancah permasalahan politik antara kerajaan dan pembangkang sebagai ada perasaan dengki dan fitnah, adalah tidak berasas sama sekali.

Semua orang tahu dari Perlis hingga ke Semporna dari dulu, kini dan selamanya serta akan datang, isu Shafie Afdal berkehendakan sangat kerusi Ketua Menteri Sabah bukan lagi rahsia di kalangan orang UMNO, baik dalam Kem Musa Aman atau Kem Shafie Apdal. Tidak timbul soal fitnah dalam hal ini, sudah terang lagi bersuluh impian Naib presiden UMNO itu hendak duduk sebagai Ketua Menteri Sabah.

Jesteru itu ada baiknya isu itu diteliti oleh rakyat, dianalisa oleh rakyat, dikaji oleh rakyat dan seterusnya disimpulkan oleh oleh rakyat siapa yang menjadi dalang dalam isu Video berkenaan sehingga menyebabkan ianya menjadi isu nasional pada hari ini.

Saya amat tidak bersetuju jika ‘Teori Abdullahsani’ itu disambut dengan rasa tidak puas hati dan sengaja ditutup secepatnya dengan menggunakan ‘Pasport Melayu’ tanpa kita sama sama berperasaan terbuka terhadap isu nasional ini.

Mungkin Shafie Apdal boleh muncul dengan pandangan peribadinya atau mewakili pemimpin kerajaan khasnya UMNO disebababkan hubung kaitnya dengan ‘Datuk T’ atau Datuk ‘The Three Stogees’ itu.

Sekian.

ABBAS AHMAD

(Ahli Bloggers PBS)

5 comments:

  1. We should just wait for the investigation before making more assumptions.

    ReplyDelete
  2. tidak perlulah membuat sebarang andaian atau spekulasi. biarlah pihak polis melakukan siasatan dalam isu berkaitan.

    ReplyDelete
  3. mcm spekulasi muncul berkaitan hal ini.

    ReplyDelete
  4. biasalah dalam mana2 isu kontroversi, pasti spekulasi akan mendahului kebenaran (siasatan). ada baiknya semua pihak menunggu hasil siasatan pihak polis dan elakkan membuat sebarang fitnah yang bertujuan samada untuk menafikan atau mengiyakan.

    ReplyDelete
  5. Mula sudah melibatkan orang lain jika berlaku perkara sebegini. Tidak hairanlah jika heboh satu dunia nanti.

    ReplyDelete