Friday 11 March 2011

45 KAMPUNG DIKELUARKAN DARI HUTAN SIMPAN



Oleh: ROZIE JUMAT

PARA pemimpin masyarakat di daerah Kecil Sook menyambut baik pemilikan tanah secara Geran Komunal ke atas Hutan Simpan yang dibubarkan di kawasan perkampungan mereka sebagai hadiah besar kepada kesabaran dan penantian mereka selama ini.

Dalam mesyuarat ‘Penapisan Fast Track Planned Land Allienation’ (Sook Plain) bersama ketua-ketua kampung dan wakil rakyat di Pejabat Tanah dan Ukur Keningau, Timbalan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur, Lee Chun Kiong memberitahu Kawasan Sook Plain yang dibubarkan melibatkan 10,540 ekar yang mengandungi 19 buah kampung dengan jumlah seramai 3,400 orang penduduk.

Sementara Mandalom Forest Reserve melibatkan 26 buah kampung dengan keluasan 21,140 ekar dengan jumlah penduduk 8,400 orang, bakal diberikan status Geran Komunal.

Pemilikan Tanah melalui kaedah ‘Communal Title’ di Kawasan Hutan Simpan yang dibubarkan iaitu Sook Plain Reserve dan Mandalom Forest Reserve disambut dengan perasaan terharu dan gembira wakil pemimpin masyarakat.

Hj. Ruhiddin Igul, 69, Ketua Kampung Kg.Binuwou Tengah, Sook berkata beliau sangat berpuas hati dan bersetuju dengan pemilikan secara geran komunal.

“Kami sangat gembira dengan keputusan dan inilah penyelesaian yang sangat berjaya. Terima kasih kepada usaha wakil rakyat dan Jabatan Tanah dan Ukur,” kata Hj.Ruhiddin. Beliau memberitahu perkampungan di Kg.Binuwou Tengah itu bermula pada tahun 1972, dimulakan oleh penduduk dari Ranau yang mencari tanah ketika itu.

“Getah saya sendiri telah berusia 30 tahun. Sudah sekian lama kami menanti keputusan ini.,” kata Hj.Ruhiddin.

Bagi Sikong @ Jusilee Uruk, 73, Ketua Kampung Johan Jaya, berkata, dengan pembubaran status tanah hutan simpan itu maka kampung mereka kini layak menerima pelbagai kemudahan kerajaan.

“Terima kasih kepada pengurusan kerajaan terhadap tanah hutan simpan ini, dan tidak lama lagi kami akan mendapat geran yang dinamakan geran komunal,” kata Sikong yang menyatakan mereka berada di kampung itu sejak 1971.

Bagi Pengerusi Badan JKKK Kg. Sinar Harapan, Roslee Sipaun, pengeluaran Geran Tanah Komunal kepada penduduk di kampung itu sangat dialu-alukan.

“Jasa-jasa pemimpin tidak akan kami lupakan sama sekali. Kami akan membalas budi itu,” kata Roslee.

Menurutnya kampung itu didiami pada tahun 1976 dan permohonan mengenai pengeluaran tanah telah dibuat sejak dari itu dan pada tahun 2008 mereka buat sekali lagi permohonan.

Ketua Kampung Binuwau Laut, KK Chrispin Salingkir, 53 tahun berkata, pemilikan geran komunal yang bakal diberikan kepada penduduk itu adalah hasil yang sangat berjaya sepanjang penantian mereka menunggu status tanah itu diberikan.

Katanya pada tahun 1985 mereka berhijrah ke kampung itu dan masih dalam keadaan hutan.

“Memang ada banyak perkara berlaku sepanjang tahun itu sehingga pemilikan tanah itu diberikan kepada penduduk, memang ada yang sakit hati kepada kerajaan, tetapi kini atas usaha wakil rakyat kita akhirnya masalah ini berjaya dan sangat berhasil,” ujar KK Chrispin.

13 comments:

  1. Hope that the native land rights will always be protected.

    ReplyDelete
  2. Baguslah kalau mcm ni, at least pennatian mereka tidak sia2:)

    ReplyDelete
  3. Semoga tanah itu dimanfaatkan sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  4. inilah yang dikatakan kerajaan yang prihatin kepada masalah dan keperluan rakyat khasnya kaum bumiputra sabah..

    ReplyDelete
  5. diharapkan selepas ini, kampung tersebut dapat dibekalkan dengan kemudahan2 asas dari kerajaan untuk keselesaan penduduk.

    ReplyDelete
  6. apa pun, diharap hak dan kebajikan penduduk asal sabah dipelihara..

    ReplyDelete
  7. ia menunjukkan bahawa hak2 penduduk akan dipertahankan, penduduk kena memanfaatkan tanah2 mereka dgn sebaiknya kerana ia adalah harta yang amat bernilai.

    ReplyDelete
  8. This is definitely a good news.

    ReplyDelete
  9. Good to know that the native right is being protected.

    ReplyDelete
  10. berita baik ini juga akan turut dinikmati oleh kerajaan BN bila sampai waktunya.. tahniah dan saya harap semua wakil rakyat akan terus berjuang untuk kepentingan rakyat di negeri ini.

    ReplyDelete
  11. Semoga urusan geran ini akan dapat membantu menyelesaikan masalah tanah dikawasan Sook.

    ReplyDelete
  12. Harap semuanya berjalan lancar.

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah.. this is really awesome !! cewwahhh... terbaekk !!

    ReplyDelete