Friday 4 March 2011

578 GSTT KINI DI SABAH GEMBIRA



Oleh: MAIL MATHEW

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Pusat, Jamawi Jaafar, merasa lega di atas pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyddin Yassin menarik balik pemberhentian 13,000 guru sandaran tidak terlatih (GSTT) di seluruh negara, malah menyifatkan keputusan kerajaan itu sebagai suatu hadiah berharga ketika mengenang budi perkhidmatan GSTT yang terpaksa meredah hutan belantara dan desa selama ini.

Katanya, sesungguhnya usaha beliau yang memperjuangkan nasib 578 orang GSTT di Sabah tidak sia-sia apabila pada akhirnya kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) merestui rungutan dan rayuan mereka (Pemuda UMNO).

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO di sini dan Pegawai Khas kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Kemajuan Wilayah Persekutuan berkata demikian ketika memberitahu Sabahkini.net pada Jumaat sebagai maklumbalas pembatalan surat arahan pemberhentian GSTT pada tahun lepas dan membenarkan GSTT menyambung semula perkhidmatan mereka..

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyddin Yassin ketika menyampaikan dividen Ladang Projek PPRT Tongod dan geran Komunal Lalampas Tongod di Sabah, semasa mengumumkan penarikan balik surat arahan penamatan GSTT pada tahun lepas itu turut memetik bahawa beliau telah pun mengarahkan Pengarah KPM mengeluarkan surat pemberitahuan penarikan arahan itu.

Dalam pada itu, Pengarah KPM mengeluarkan surat pemberitahuan kepada mereka yang sudah berkhidmat dua, tiga hingga lima tahun diberikan peluang meneruskan perkhidmatan dan menempatkan mereka di tempat yang sesuai.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Sabah, Azman Haji Ruslan mengucapkan tahniah di atas daya usaha Pergerakan Pemuda UMNO Pusat khususnya Jamawi Jaafar kerana begitu gigih tanpa mengenal putus asa dalam perjuangannya sehingga GSTT akhirnya dapat perhatian Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.

Beliau menyifatkan perjuangan Jamawi sebagai contoh kepada pemimpin muda di masa akan datang kerana apa juga yang diperjuangkannya pasti dilakukan sehingga mendapat kejayaan.

“Ini merupakan satu kejayaan kepada perjuangan Pemuda UMNO yang melihat hak GSTT mempunyai landasan baik untuk diambil perhatian serius oleh kerajaan. Bukan itu sahaja tetapi kita juga akan memperjuangkan hak-hak lain termasuk tanah dan sebagainya,” tegas Azman.

Senario penamatan jawatan 578 Orang GSTT di Sabah tahun lepas terus menjadi hangat dan mengejutkan banyak pihak khususnya pemimpin-pemimpin politik Sabah (GSTT) sama ada pembangkang mahupun di pihak kerajaan terus mendesak kerajaan Persekutuan terutamanya KPM agar melantik semula GSTT yang menjadi penganggur selepas penamatan tersebut.

Bagaimana pun keadaan bertambah buruk apabila Timbalan Menteri Pelajaran Dr Puad Zarkashi dalam kenyataannya selepas itu menyatakan bahawa masalah kekosongan jawatan GSTT di Sabah dan Sarawak selepas penamatan itu akan diisi oleh graduan graduan dari Semenanjung dalam masa terdekat.

15 comments:

  1. Fortunately the ministry of education decided to revoke the termination of these GSTT.

    ReplyDelete
  2. Apa2 pun semoga dihari akan datang mereka akan diserap masuk dalam kursus KPLI dan DPLI.

    ReplyDelete
  3. Glad their termination were withdrawn.

    ReplyDelete
  4. kini GSTT berkenaan bolehlah menarik nafas lega...diharap jawatan mereka akan diserap sebagai jawatan tetap.

    ReplyDelete
  5. kekosongan GSTT di sabah haruslah diberi kepada graduan dari sabah..ramai lagi mereka yang mempunyai kelayakan tetapi menganggur di luar..memberi peluang GSTT tersebut kepada mereka yang bukan dari sabah tidak akan memberikan penyelesaian kepada isu kekurangan guru di sabah kerana sudah pasti mereka (outsider) akan pindah ke tempat asal mereka (semenanjung).

    ReplyDelete
  6. Taniah dan teruskanlah usaha mendidik anak murid menjadi individu yang berpengetahuan tinggi.

    ReplyDelete
  7. keputusan yang dibuat pasti menggembirakan GSTT. kini mereka boleh kembali mengajar.

    ReplyDelete
  8. hrap GSTT dapat menjalankan tugas mereka dgn baik dan diharap mereka dpt menjadi guru sebenar.

    ReplyDelete
  9. Good. Sabahan should get more opportunist on GSTT.

    ReplyDelete
  10. Semoga masalah kekurangan guru sementara dapat diselesaikan oleh kehadiran GSTT ini.

    ReplyDelete
  11. dgn ini ia dpt selesaikan masalah kekurangan guru dan seterusnya dpt mengurangakan pengangguran. harap ada GSTT yagn akan diserap mejadi guru sebenar.

    ReplyDelete
  12. akhirnya kerajaan akur dengan desakan pemimpin2 politik, GSTT dan orang awam yang tidak henti2 memperjuangkan nasib GSTT. tahniah dan saya harap tidak ada antara mereka yang tercicir..

    ReplyDelete
  13. harap2 ini dpt membantu myelesaikn kekurangan guru, terutama di bahgian pedalaman Sabah.

    ReplyDelete
  14. "Bagaimana pun keadaan bertambah buruk apabila Timbalan Menteri Pelajaran Dr Puad Zarkashi dalam kenyataannya selepas itu menyatakan bahawa masalah kekosongan jawatan GSTT di Sabah dan Sarawak selepas penamatan itu akan diisi oleh graduan graduan dari Semenanjung dalam masa terdekat."


    Bukan mahu bertindak rasis atau apa apa la, tapi harap ahli politik tempatan akan pertahankan kedudukan GSST tempatan supaya diberikan prioriti atau keutamaan dalam mengisi kekosongan jawatan di Sabah Swak.

    ReplyDelete