Sunday 27 March 2011

AHLI PBRS DAN UMNO SERTA PKR TENOM



TANDATANGAN….Hj Wahab Timpai menandatangani borang penyertaan anggota PKR dengan cap ibu jari di hadapan Halik Zaman (kiri).

Oleh : MEDIA PKR TENOM

MANTAN Naib Ketua Bahagian PBRS Tenom, Haji Wahab Timpai Baigon, hari ini dengan rasminya telah menyerahkan borang keanggotaannya kepada Ketua Cabang PKR Halik Zaman, beliau menyertai PKR Cabang Tenom dengan kerelaan tanpa sebarang paksaan atau agenda.

Menurut Haji Wahab, bukan mudah untuk meninggalkan sebuah parti politik yang dianggotainya sejak PBRS menubuhkan bahagiannya di Tenom beberapa tahun yang lalu dan beliau mengambil masa tiga bulan untuk berfikir secara matang kreana perjuangan PBRS bersama BN gagal melakukan sebarang perubahan; sebaliknya hanya menjadi 'Pak Turut' sahaja; mengikut telunjuk UMNO yang berselindung di sebalik boneka BN.

“Segala propaganda kononnya para pemimpin BN dan UMNO adalah 'Juara' pembasmi kemiskinan, tapi apa yang nyata adalah 'indah khabar dari rupa' kerana perjuangan BN cuma untuk kroni dan saudara mara para pemimpin UMNO/BN sahaja,” perli Haji Wahab dengan nada sinis.

Haji Wahab merayu agar ramai rakan beliau yang masih setia kepada BN agar segera meninggalkan BN kerana perjuangan komponen itu cuma sia-sia sahaja; apatah lagi sudah 48 tahun BN dan sekutunya berkuasa; tapi tahap hidup rakyat masih di bawah paras kemiskinan.

Turut sama menyertai PKR Tenom ialah seorang ahli UMNO, Sanchi Bin Kalangou yang juga bekas Penolong Pengarah Bomba Sarawak yang lahir di Kampung Amboi Tenom. Setelah bersara dari jawatannya, beliau menyertai UMNO Bahagian Tenom.

“PKR adalah pilihan saya. Saya kagum dengan halatuju PKR dan saya tahu dalam ‘Buku Jingga’ banyak peluang ekonomi untuk rakyat Sabah. Ini tidak dapat dinafikan oleh para pemimpin UMNO,” kata Sanchi lagi.

Menurut Sanchi, pemimpin UMNO gagal merancang masa depan rakyat Tenom dan jika adapun hanya janji-janji kosong sehingga membuat rakyat muak dengan UMNO kerana semua projek 'disapu habis' para pemimpin UMNO yang menjadikan rakyat sebagai 'jambatan'.

Semasa mengalu-alukan penyertaan dua orang penting BN ini, Halik Zaman berkata bahawa PKR adalah parti pilihan kerana anggota Pakatan Rakyat. Kalau rakyat mahu perubahan hanya satu cara sahaja iaitu guling Kerajaan BN melalui undi dan gantikan dengan Kerajaan Pakatan Rakyat.

9 comments:

  1. Party hoppers are very common in local politics. Let them be.

    ReplyDelete
  2. pekara seperti ini pekara biasa dalam politik. mana-mana parti pun akan ada ahli yang keluar dan ada yang akan masuk.

    ReplyDelete
  3. "Buku Jingga banyak peluang ekonomi" peluang ini untuk siapa? PATI ka?

    ReplyDelete
  4. Tidak hairanlah jika ini berlaku. Buku jingga itu tidak semestinya 100% dikotakan. Itu cuma kata-kata untuk menarik para pengundi. Jerat yang dipasang, tinggal mangsa masuk jerat saja lagi.

    ReplyDelete
  5. lompat parti dan menjadi lumrah dalam politik, tapi itu adalah hak mereka.

    ReplyDelete
  6. bukan umno yang gagal membawa perubahan. tetapi ahli2 seperti Haji Wahab la yang gagal membawa perubahan kepada Sabah. sepanjang Haji Wahab berada dalam umno, apa sumbangan beliau? sekadar menunggu diberikan jawatan? memang semakin parah la PKR menerima ahli2 yang tidak produktif kepada parti..

    ReplyDelete
  7. perubahan yang jelas jika PKR mentadbir Sabah ialah, semua PATI di negeri ini akan diberikan status PR. kemudian semua rancangan ekonomi mereka turut dinikmati oleh PATI.. saya rasa keputusan 2 ahli BN ini bukan atas perjuangan parti tetapi lebih kepada kepentingan sendiri. ketika barisan pemimpin utama PKR memutuskan untuk keluar dari parti itu, Haji Wahab pula dengan bangga mengkagumi parti yang sudah ditinggalkan oleh ramai pemimpin2nya.

    ReplyDelete
  8. Keluar masuk parti ni dah jadi lumrah macam sudah jadi lumrah dalam dunia politik pula. huhu

    ReplyDelete
  9. Apapun, terpulanglah pada penilaian rakyat sendiri dalam hal ini.

    ReplyDelete