Thursday 10 March 2011

CATUAN ELEKTRIK DI PANTAI TIMUR SABAH



Oleh: MEDIA SESB

CATUAN bekalan kepada Pengguna-Pengguna Elektrik Besar (Large Power Consumer) di Pantai Timur Sabah terpaksa dilaksanakan apabila kekurangan kapasiti janaan (shortage of generation capacity) berlaku berikutan dengan kerja-kerja penyelenggaraan kritikal terhadap menara 90 (tower 90) di jalan Tambunan bermula pada 2 Mac 2011.

Pada kebiasaannya DSM diperlukan dan diaktifkan ketika tempoh beban puncak (peak demand). Semua LPC yang terlibat akan dimaklumkan terlebih dahulu mengenai keperluan mengaktifkan DSM ke premis mereka.

Tempoh DSM ini bergantung kepada keperluan ‘spinning reserve’ East Coast Grid (ECG) untuk mengekalkan keutuhan sistem (system security) Grid Pantai Timur.

Semasa kerja-kerja penyelenggaraan kritikal ini dilaksanakan tiada penghantaran tenaga (power transfer) di antara Grid Pantai Barat dan Grid Pantai Timur dibuat.

Kerja-kerja ini dijangka mengambil masa lebih kurang dua hingga tiga minggu bermula pada 2 Mac 2011. Beban puncak (peak demand) bagi Pantai Timur Sabah adalah sebanyak 250 MW (MegaWatt).

Pada masa kini, bekalan elektrik di Pantai Timur Sabah bergantung sepenuhnya kepada stesen-stesen penjanaan yang berada di Pantai Timur. SESB memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi oleh pengguna.

7 comments:

  1. harap masalah ini dpt diselesaikan.

    ReplyDelete
  2. harap masalah ini dapat diatasi dengan secepat yang mungkin.

    ReplyDelete
  3. Harap penduduk pantai timur sabah dapat bersabar dengan masalah ini.

    ReplyDelete
  4. Catuan ini hanya untuk sementara, jika kerja2 penyengeraan sudah siap, keadaan akan kembali normal.

    ReplyDelete
  5. Harap2 kerja2 penyengaraan dapat diselesaikan dengan cepat agar segala kemuskyilan dapat ditamatkan dengan cepatnya.

    ReplyDelete
  6. Hope that it goes smoothly.

    ReplyDelete
  7. memang terlalu kritikal dan terlalu kurang bekalan letrik di negeri ini. sentiasa berlaku catuan bekalan. macam mana la Sabah mahu menarik pelabur jika begini keadaan bekalan elektrik di negeri ini.

    ReplyDelete