Tuesday 15 March 2011

DUA ADUN DI TENOM, ‘HARIMAU’ TIADA TARING?



Saudara Pengarang,

SUARA lantang Ahli Parlimen Malaysia (Tenom), Datuk Raimie Unggi yang berkumandang di Parlimen mulai petang kelmarin ketika membahas Titah ucapan DiRaja DYMM Yang DiPertuan Agong membangkitkan masalah pencemaran bateri solar asid plumbum di Rundum; meskipun ia suatu usaha yang baik namun tindakan Raimie sedikit terlambat, malah tindakan Kementerian terbabit dibuat sambil lewa.

Umum berterima kasih kepada Portal terkenal Sabahkini.net kerana begitu serius mengambil perhatian masalah tersebut yang tidak putus-putus merungkai kesan terburuk akan berlaku terhadap pecemaran Plumbum kepada manusia jika tidak ditangani dengan baik, sepertimana yang pernah berlaku di Nigeria dan China tahun lalu.

Bagaimana pun kita tabik hormat kepada Datuk Raimie kerana tidak putus asa untuk menyuarakan masalah tersebut sehingga ke peringkat Parlimen untuk mempastikan rakyat di Sabah, khususnya rakyat Rundum, tidak terjebak kepada malapetaka kelalaian manusia yang akan melakukan penyiksaan dan penderitaan ribuan rakyat, termasuk anak-anak kecil yang tidak tahu apa-apa.

Harapan rakyat semoga ada suatu keputusan yang bakal dicapai dalam persidangan Parlimen kali ini yang seharusnya sidang kali ini memberikan tumpuan khusus untuk membincangkan masalah tersebut kerana ia mempunyai sebab perlu disegerakan kerana isu ini melibatkan keselamatan orang awam.

Kedua, Datuk Raimie perlu mengutarakan soalan kepada Parlimen sama ada jalan raya yang dibina dan dinaiktaraf dengan menggunakan kos puluhan juta ringgit ke Rundum sudah dikategorikan siap sepenuhnya atau sebaliknya.

Jika jawapannya itu “Ya”, maka persoalan lanjut projek itu perlu dirujuk kepada pihak SPRM untuk penyiasatan kerana jawapan “siap” tidak berpadanan dengan keadaan jalanraya yang ada sekarang seperti jalan lori balak setelah kerja menaiktaraf jalaraya itu yang dikatakan “siap” sepenuhnya.

Kerajaan BN perlu mengkotakan janjinya untuk menaiktaraf jalanraya seterusnya melakukan pengaspalan di kawasan pedalaman ketika Najib mengumumkan NKRA dua tahun lalu, malangnya jalanraya antara Nabawan ke Kalabakan Tawau masih gravel, termasuk jalanraya Kemabong ke Rundum.

Persoalan lain, bilakah kerajaan pusat menyalurkan peruntukan untuk menyelenggara jambatan Tun Mustapha di Tenom Lama yang sudah uzur berusia lebih 30 tahun lalu? Rakyat tidak mahu mengulangi suatu insiden terburuk jambatan Mandahan yang roboh yang turut mengorbankan beberapa nyawa akan berlaku di sini.

Walaupun kawasan ini ada dua wakil rakyat (ADUN) tetapi tidak berfungsi dengan baik untuk menyuarakan perkara tersebut kepada kerajaan Sabah malahan mereka ini boleh disifatkan sebagai ‘Harimau’ (Hari-Hari Mau) yang sekadar boleh mengaum tetapi tidak mampu menerkam dan membaham mangsanya kerana tiada kuku dan taring!

Sekian,

JOEZIN MONTINGUL

13 comments:

  1. Harap ADUN dalam setiap kawasan akan berusaha menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka terhadap rakyat.

    ReplyDelete
  2. Suara rakyat perlu diutamakan. Wakil rakyat bertanggungjawab agar kepentingan dan keperluan rakyat dipastikan disuarakan.

    ReplyDelete
  3. Semoga rakyat Sabah dapt menikmati kemajuan sama dengan SM.

    ReplyDelete
  4. segala masalah rakyat harus diambil perhatian.

    ReplyDelete
  5. Datuk Raimie sentiasa menyuarakan masalah rakyat sehingga ke peringkat Parlimen. harap tindakan yang bersesuaian dapat dilakukan demi kebaikan rakyat.

    ReplyDelete
  6. setiap wakil rakyat perlu tunduk kepada rakyat yang telah memilih mereka, bukannya kerajaan atau pemimpin diperingkat pusat..

    ReplyDelete
  7. wakil rakyat patut bersikap proaktif dan bukannya pasif..yang susah adalah rakyat sementara wakil rakyat kenyang dengan duit rakyat.

    ReplyDelete
  8. diharap pucuk pimpinan kerajaan tidak akan mencalonkan semula dua Adun berkenaan..demikian juga kepada mana2 Adun atau MP yang 'tidur'..

    ReplyDelete
  9. Makin famous isu ni dilaungkan, harap2 dapat perhatian yang sewajarnya.

    ReplyDelete
  10. Jadi masalah semakin parah, pihak yang berkenaan harus ambil tindakan segera.

    ReplyDelete
  11. Masalah ini sudah lama diketahui dan kerajaan sedang mencari jalan penyelesaian. Setakat ini pengunaan bateri lithium polymer adalah cara untuk menyelesaikan masalah ini. Kerana bateri ini lebih kepada mesra alam dan mudah dikitar semula.

    ReplyDelete
  12. Bertindaklah sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  13. Every area have their own YBs, they are responsible to make sure that the people needs are taken care of.

    ReplyDelete