Tuesday 1 March 2011

JPN GADAI NYAWA PELAJAR SMAKK



Saudara Pengarang,

SAYA mohon agar Sabahkini.net menjalankan siasatan di Sekolah Menengah Agama Kota Kinabalu (SMAKK) kerana dua bangunan yang menempatkan kelas sudah tidak selamat dan telah dikosongkan.

Pihak sekolah telah menggantinya dengan kelas dalam kabin yang bagaikan 'oven' atau 'ketuhar'. Manakala Blok Asrama Putera disahkan tidak selamat tetapi pelajar masih ditempatkan di sana kerana tiada tempat lagi, seolah-olah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah (JPN) menggadai nyawa pelajar.

Bangunan baru telah dibina tetapi masih belum dapat digunakan. Bangunan tersebut sepatutnya boleh digunakan pada awal tahun 2011 nampaknya masih belum dapat digunakan.

Walaupun Timbalan Perdana Menteri, selaku Menteri Pelajaran sudah turut padang namun isu berkenaan masih tergendala. Bangunan kantin, kemudahan katil dan almari yang disediakan di bilik asrama juga terlalu daif sekali.

Sehubungan itu, bagi pihak ibubapa, pelajar dan guru, saya memohon bantuan Sabahkini.net untuk mendedahkan isu penting ini demi kebaikan generasi kita.

Salam Hormat,

BAPA PRIHATIN

13 comments:

  1. Those unsafe buildings should be abandoned to ensure the students safety.

    ReplyDelete
  2. The government and ministry of education should also take action to rebuild the unsafe schools so that the needs of the local students are fulfilled.

    ReplyDelete
  3. I thought the govt already gave the money to deal with this matter....What happen?

    ReplyDelete
  4. Semoga masalah ini dapat diselesaikan oleh JPN. Keselamatan pelajar perlulah dijaga.

    ReplyDelete
  5. kena pastikan keselamatan pelajar terjamin, bangunan sekolah tersebut perlu diperbaiki.

    ReplyDelete
  6. harap pekara ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin.

    ReplyDelete
  7. hak ini perlu diambil berat kerana ia melibatkan keselamatan pelajar.

    ReplyDelete
  8. kalau Jabatan Pelajaran Negeri Sabah mahu menggadai nyawa pelajar, bangunan baru itu tidak akan dibina.

    ReplyDelete
  9. Government should solve this problem as soon as possible.

    ReplyDelete
  10. Kalau kontraktornya ikhlas dlm menjalankan kerja sdh pasti perkara begini tidak berlaku... Kurrrr semangat...

    ReplyDelete
  11. Bagunan bahaya janganlah terus digunakan. Kosongkanlah bagunan tersebut sebelum kemalangan berlaku.

    ReplyDelete
  12. Panggil IKRAM la p siasat dulu..adik saya ada sana ooo..

    ReplyDelete