Sunday 6 March 2011

PENDUDUK IMAHIT BEBAS TUDUHAN KERANA HAK NCR



Oleh: MAIL MATHEW

PEMIMPIN Parti Maju Sabah (SAPP) Tenom, Saul Salleh (gambar), menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada Jumaat suatu proses hak keadilan yang tepat kerana mengenepikan keputusan bersalah Mahkamah Majistret tahun lepas terhadap enam penduduk Kg Tomani yang dituduh menceroboh kawasan hutan simpan Imahit dalam Mukim Tomani pada tahun 2009.

Katanya, keputusan itu juga turut melegakan penduduk di kawasan Tomani dan sekitarnya yang berkepentingan dengan tuntutan Hak Tanah Adat (Native Customary Right) yang selama ini disisihkan hak mereka berbuat demikian.

Katanya lagi, hak keenam-enam yang disabitkan kesalahan sebelum itu yang dijatuhi denda sejumlah RM6,000 perlu kerajaan membayar ganti rugi sebagai pampasan kepada mereka kerana kerosakan terhadap minda dan fizikal disebabkan beberapa perkara seperti stress, malu dan beban fikiran yang berpanjangan.

Mereka yang terlibat seperti Andawan Ansapi. 47; Barani Ambisi, 41; Ansanam@ Azman Yapau, 52; Johndy Kawar, 25; Stanly Boyor, 33 dan Sarim Arus, 53, kini telah bebas dan bersih daripada sebarang tuduhan selepas keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Beliau berkata demikian pagi tadi ketika diminta mengulas keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan tuduhan dan hukuman kepada 6 penduduk kampung di Kg Kuala Tomani yang dituduh menceroboh kawasan hutan simpan Imahit dua tahun lalu.

Dalam pada itu, Saul mengulangi gesaannya yang pernah dibuatnya sebelum ini bahawa Enakmen Hutan Simpan yang diwartakan sekitar tahun 1984 perlu dikaji dengan teliti peruntukan yang ada dalam ordinan itu yang seharusnya berperanan menghormati kewujudan Hak Tanah Adat (NCR) di kawasan hutan simpan.

Sebaliknya tegas Saul, mereka (Jabatan Hutan) tidak sepatutnya bertindak di luar batas kemanusiaan kepada penduduk yang mendiami kawasan NCR sepertimana yang telah berlaku di Mukim Rundum beberapa bulan lalu.

“Dalam Enakmen itu, ada peruntukan yang membenarkan kawasan NCR dikeluarkan daripada kawasan hutan simpan,” tegas Saul.

20 comments:

  1. It is fortunate that they are free from the allegations.

    ReplyDelete
  2. All natives should stand up to protect their rights and NCR land rights.

    ReplyDelete
  3. The natives have customary rights to their own ancestral land

    ReplyDelete
  4. Tahniah kepada mereka yg terlibat...keputusan terbaru ini membuktikan bahawa Mahkamah Malaysia masih boleh diharap...

    so harap2 lepas ni kalau ada perselisihan berkenaan tanah, jgn ikut hati ambil tindakan sendiri...buat secara proper agar diri sendiri x merana...

    ReplyDelete
  5. bgs.. hak2 penduduk tempatan mmg perlu dipertahankan.

    ReplyDelete
  6. Ya Lucas. Keputusan yang dibuat memang membuktikan Mahkamah Malaysia boleh diharap:)

    ReplyDelete
  7. Taniah kerana menang dan kepada penduduk yang lain teruslah berjuang pertahankan hak native:)

    ReplyDelete
  8. Dari gambar pun teserlah kegembiraan dan kepuasan para penduduk kampung.

    ReplyDelete
  9. Selepas kes ini, saya harap kerajaan negeri akan memberi perhatian sewajarnya dalam hal ni dan pastikan ia tidak berulang lagi.

    ReplyDelete
  10. Apapun keputusan memang satu keputusan yang cukup mengembirakan dan memuaskan hati ramai pihak.

    ReplyDelete
  11. keputusan itu pasti melega dan menggembirakan penduduk berkenaan.

    ReplyDelete
  12. Inilah jika mereka benar-benar tidak bersalah maka tidak mustahil mereka boleh menang.

    ReplyDelete
  13. Akhirnya keputusan memihak kepada penduduk yang didakwa menceroboh hutan simpan. Tapi itu sebaliknya menjadi hak Tanah Adat kepada penduduk. Hak Tanah Adat telah dikeluarkan senarai dari hutan simpan. Maka ini memberikan kegembiraan kepada penduduk kampung.

    ReplyDelete
  14. kemenangan penduduk kampung Tomani ini membuktikan mana2 kampung atau penduduk yang berhadapan dengan masalah yang sama (tanah) masih mempunyai peluang untuk merampas kembali hak mereka. gunakan saluran yang betul untuk mendapatkan serta mempertahankan hak anda..

    ReplyDelete
  15. mahkamah juga patut mengarahkan Jabatan Hutan membayar pampasan kepada penduduk kampung yang mengalami kerugian akibat tindakan mereka.

    ReplyDelete
  16. This is indeed a good news!

    ReplyDelete
  17. I'm glad the court was being fair to the natives.

    ReplyDelete
  18. Berani kerana benar. Kalau tidak salah, tak perlu takut. Keadilan mesti menyebelahi anda.

    ReplyDelete