Friday 25 March 2011

PPBBS HARGAI SOKONGAN MENTERI



Oleh: KREW SABAHKINI.NET

PERSATUAN Pengusaha Bas Bumiputera Sabah (PPBBS) berharap akan terus bekerjasama rapat dengan Majlis Daerah Lahad Datu (MDLD) bagi memperkemas pentadbiran bas-bas di Terminal Bas di bandar ini dengan memanfaatkan sepenuhnya kemudahan itu.

Setiausaha Agungnya, Haji Awang Dullah, berkata PPBBS Cawangan Lahad Datu yang mengendalikan terminal bas di bandar itu sentiasa berusaha mengendalikan kemudahan terminal berkenaan sebaik mungkin dan pihak persatuan mendapat kerjasama yang baik daripada kalangan pengusaha bas terbabit.

Katanya, pihak persatuan cawangan tersebut juga tidak mempunyai sebarang masalah dengan pihak majlis dan ini sangat membantu untuk mereka lebih berfungsi menguruskan kemudahan terminal sebagaimana yang diamanahkan.

"Kita telah memaklumkan perkara ini kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Hajiji Haji Mohd Noor dan beliau memahami peranan yang dilakukan pihak persatuan," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan menteri berkenaan di pejabatnya, kelmarin.

Turut bersama Haji Awang dalam pertemuan itu ialah Bendahari Agung persatuan, Mursidi Haji Ridi.

Haji Awang yang juga Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Tuaran, berkata pihaknya juga telah menyatakan hasrat persatuan untuk terus mengendalikan terminal berkenaan kepada menteri itu.

"Kita berterima kasih kepada pihak kementerian terutama kepada Datuk Hajiji kerana sentiasa memahami peranan kita untuk membantu kerajaan memperaturkan bas-bas dan memanfaatkan kemudahan terminal yang disediakan oleh kerajaan," katanya.

Setiausaha Agung PPBBS itu berkata, usaha yang dilakukan pihak PPBBS cawangan Lahad Datu umpamanya dalam mengendalikan terminal berkenaan dengan baik termasuk membuat pembayaran sewa kepada pihak majlis mengikut jadual membuktikan komitmen dan ketelusan pihak persatuan menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Sehubungan itu, katanya, pihak persatuan berharap akan terus menjalinkan kerjasama erat dengan pihak MDLD demi kebaikan pengusaha-pengusaha bas Bumiputera di bandar itu.

8 comments:

  1. Hope that the Town board will help improve the public transportation in the state.

    ReplyDelete
  2. Baguslah kalau sudi bekerjasama, senang sikit tanggani isu2 yang timbul:)

    ReplyDelete
  3. Semoga pentadbiran bas-bas di Terminal Bas di LD akan lebih sistematik.

    ReplyDelete
  4. Semoga selepas ini tidak ada lagi isu sebegini ditimbulkan.

    ReplyDelete
  5. semoga semua urusan pentadbiran akan terus berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete
  6. Berkerjasamalah bagi mendapat satu pengurusan yang baik.

    ReplyDelete
  7. semoga pengurusan di terminal bas di LD semakin baik dan teratur.

    ReplyDelete
  8. MDLD juga perlu sentiasa terbuka menghulurkan kerjasama kepada PPBBS dalam memastikan keberkesanan dan kecekapan pentadbiran di Terminal Bas Lahad datu.

    ReplyDelete