Wednesday 9 March 2011

SHAFIE BONEKA, NIK KADIR MENTERI KKLW?


Oleh: INTAN ZUBAIDAH ABDUL HALIM

WALAUPUN jawatannya hanya sebagai Setiausaha Bahagian Pembangunan dan Pemantauan Projek di Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) namun Pegawai Tadbir Diplomatik memangku Gred C, Haji Nik Abd. Kadir Nik Mohammad adalah perancang utama untuk ‘merampas kuasa’ menterinya dalam memutuskan pengagehan projek ‘mewah’ kepada kroninya, terutama penggunaan bateri asid plumbum yang diharamkan dalam projek elektrik solar luar bandar.

Mungkin agak mengejutkan kerana Nik Abd Kadir bagaikan ‘Harimau Menyimpan Kuku’ mula menunjukkan ‘taring’ apabila dalam keadaan ‘Hidung Tidak Mancung, Pipi Tersorong-sorong’ tampil membela Menteri KKLW yang dihentam keras oleh beberapa rakyat Sabah yang disiarkan di Sabahkini.net; antaranya ‘YWB Bantah Penubuhan JPLB (KKLW) Di Sabah, Kami Suka Shafie, Tapi Benci Kudita?’ dan ‘Di Mana Hak Rakyat Sabah?’ melalui kenyataan terbukanya bertajuk ‘Tiada JPLB Ditubuhkan Di Sabah’ sedangkan Menteri tidak pernah mengarahkan beliau berbuat demikian kerana kedudukan beliau sebagai Pegawai Awam; tetapi mencampuri urusan politik menterinya.

Nik Abd Kadir telah melebarkan rangkaian ‘perniagaan di sebalik kroni Kelantanisme’ dan telah berjaya mencampuri urusan Kementerian Pelajaran Malaysia dan KKLW dalam penentuan pemilihan bateri asid Plumbum yang merupakan satu daripada enam logam berat yang diharamkan dieksport atau diimport masuk ke Malaysia.

Pengharaman ini disebabkan Malaysia salah satu negara yang menandatangani Basel Convention, namun ‘secara sedar’ KKLW dan Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjadi ‘Penjenayah Alam Sekitar’ dengan menyeludup masuk Plumbum ke negara ini melalui projek bekalan elektrik luar bandar yang menggunakan bateri plumbum yang membahayakan alam sekitar dan mendatangkan kemudaratan kepada manusia; tetapi Jabatan Alam Sekitar tidak pernah mengambil sebarang tindakan terhadap dua kementerian penting ini.

Siapakah Nik Abd Kadir sebenarnya sehingga beliau begitu berpengaruh dan mempunyai kuasa ‘Eksekutif’ dan menunggang Menteri KKLW, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Tun) bagi melaksanakan lebih 128 projek elektrik solar dan solar hibrid di Sabah yang menggunakan bateri asid plumbum, terutama yang diimport daripada Jerman, Chechoslavakia, China dan Taiwan.

HEBAT....Nik Abd Kadir (duduk) bersama staff KKLW Sabah.

Nik Abd. Kadir Nik Mohammad dilahirkan di Kelantan pada 26 Oktober 1958 kini menetap di Subang Jaya, Selangor sebelum ini pernah pernah berkhidmat di beberapa Kementerian termasuk Kementerian Perdagangn dan Perusahaan; Kementerian Perusahaan Awam; Kementerian Pertanian dan Kementerian Perusahaan Utama.

Berkelulusan dalam bidang Demography (Pengajian Kependudukan) dari Universiti Malaya, Haji Nik Abd Kadir dilantik sebagai Penolong Pengarah (PTD), Bahagian Penyertaan Bumiputra, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian pada 9 Januari 1984 dan kemudiannya sebagai Penolong Setiausaha, Unit Syarikat (Pengawasan), Kementerian Perusahaan Awam bermula pada 1 Januari 1989.

Nik Abd Kadir kemudiannya berpindah ke Kementerian Pertanian sebagai Penolong Setiausaha, Bahagian Ekonomi Pertanian pada 1 Disember 1991 dan sebelum bertukar ke Kementerian Perusahaan Utama, sebagai Penolong Setiausaha, Bahagian Kemajuan Industri Minyak Sayuran dan Lelemak pada 16 Oktober 1995 dan seterusnya sebagai Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Kemajuan Industri Minyak Sayuran dan Lelemak, Kementerian Perusahaan Utama, Memangku P.T.D. Gred M2 pada 16 Mei 2000.

Nik Abd Kadir yang dinaikkan pangkat sebagai PTD M2 pada 1 Januari 2001 kemudiannya memegang jawatan sebagai Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Kemajuan Industri Koko/Tembakau/Galian, di Kementerian Perusahaan Utama, namun grednya dinaikkan ke M48 pada 7 Mei 2003.

Pada 1 Ogos 2003, Nik Abd Kadir dilantik sebagai Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Ekonomi Desa, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan seterusnya sebagai Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Wilayah dan Kawasan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah dalam Gred jawatan yang sama pada 14 September 2004.

Pada 16 Oktober 2004, Nik Abd Kadir dinaikkan pangkat sebagai Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Pemantauan dan Inspektorat, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, namun memangku jawatan PTD Gred M52 sehingga dinaikkan pangkat ke Gred Hakiki M52 di bahagian yang sama pada 1 Oktober 2005.

Nik Abd Kadir dilantik sebagai Setiausaha Bahagian, Bahagian Pemantauan dan Inspektorat, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, memangku PTD Gred M54 pada 1 Disember 2007 sebelum disahkan kenaikan pangkat Gred M54 di bahagian yang sama pada 17 Mac 2008. (1/12/2007)

Sebelum menjawat Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan dan Pemantauan Projek, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Nik Abd Kadir merupakan Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan Strategik (Cawangan Pemantauan dan Inspektorat) pada 8 April 2009 dan kini memangku PTD Gred Utama C mulai 26 Oktober 2009 sehingga kini.

Dengan kedudukannya sebagai Setiausaha Bahagian Pemantauan Projek dan Inspektorat, Nik Abd Kadir telah memainkan peranannya bagi memastikan KKLW dan Kementerian Pelajaran Malaysia (yang peruntukan sebelum ini disalurkan melalui KKLW) dalam projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB); telah mengaburi mata Ketua Audit Negara; Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia; Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara sehingga membelanjakan lebih RM15 billion tanpa tender untuk projek BELB di Sabah dan Sarawak.

Modus operandi yang dilakukan Nik Abd Kadir sama juga dengan Kes 16 Projek NKRA yang didedahkan Sabahkini.net sebelum ini, namun lebih licik kerana meminjam lesen kontraktor kroni yang diupah antara 5 hingga 10 peratus daripada kos projek; namun meletakkan harga 300 kali ganda daripada kos projek sebenar.

Projek yang bernilai RM4.5 juta sebenarnya boleh dilakukan dengan kos antara RM 800,000 sehingga RM1.2 juta sahaja; tidak termasuk Projek BELB kabel dasar laut ke Pulau Gaya yang berharga RM200 juta boleh dilaksanakan dengan kos RM53 juta; manakala Projek BELB kabel dasar laut ke Pulau Sibatik yang bernilai RM120 juta boleh dilaksanakan dengan kos RM33 juta sahaja!

Persoalannya, siapakah yang bertanggung jawab membuat anggaran sehingga kosnya meningkat secara menggunung dan menyebabkan ketirisan kepada Tabung Pembangunan KKLW dalam keadaan Negara menuju pilihanraya umum Ke-13, jika bukan Nik Abd Kadir?

Dalam pada itu Siasatan Sabahkini.net sebelum ini mendapati kebanyakan kontraktor yang mendapat projek bekalan elektrik luar bandar di Sabah, terutama projek elektrik solar dan solar hibrid di sekolah yang terletak di luar bandar Sabah merupakan tokoh politik BN yang majoritinya pemimpin Parti Bersatu Sabah (PBS).

Berikut empat kontraktor utama yang telah menjalankan telah menjalankan kerja pepasangan dan penyelenggaraan sistem Solar Hibrid berasaskan bateri plumbum dengan kos puluhan billion ringgit, majoritinya kroni ‘Nik Abd Kadir’;

AYUDA

SK Minusuh, Telupid

SK Menanam, Telupid

SK Imbak, Telupid

SK Ulu Ansuan, Telupid

KONSORTIUM EAGLE

SK Bergosong, Tawau

SK Umas-Umas, Tawau

SK Kalabakan, Tawau

SK Mentadak Baru, Tawau

SK Panglima Habibullah, Tawau

SK Sg Tongkang, Tawau

SK Ulu Kalabakan, Tawau

SK Bratian, Tawau

SK Wallace Bay, Tawau

SMK Umas-Umas, Tawau

SMK Kalabakan, Tawau

SMK Wallace Bay, Tawau

SK Semawang, Beluran

SK Perancangan, Beluran

SK Basai Baru, Beluran

SK Bukit Besi, Beluran

SK Nangoh, Beluran

SK Moynod, Beluran

SK Monopod, Beluran

SK Kiandongo, Beluran

SK Tambisan, Kinabatangan (Lahad Datu)

SK Sri Ganda, Kinabatangan

SK Sangau, Kinabatangan

SK Tanjung Manawali, Kudat

SK Pulau Tigabu, Kudat

SK Penontomon, Nabawan

SK Salarom, Nabawan

SK Kuala Salong, Nabawan

SK Lotong, Nabawan

SK Labang, Nabawan

SK Layon, Nabawan

SK Salinatan, Nabawan

SK Sasandukon, Nabawan

SK Kaingaran, Ranau

SK Kawiyan Sugut, Ranau

SK Mengkapoh, Ranau

SK Miruru, Ranau

SK Toboh, Ranau

SK Pababag, Semporna

SK Pulau Mabul, Semporna

SK Nukakatan, Tambunan

SK Tiong Wido, Tambunan

SK Tinompok Liwan, Tambunan

SK Sintuong-Tuong, Tambunan

SK Kironggu, Telupid

SK Rundum, Tenom

SK Kapulu, Tenom

SK Bonor, Keningau

SK Dalit, Keningau

SK Kalampun, Keningau

SK Inandung, Keningau

SK Lanas, Keningau

SK Mansiat, Keningau

SK Kuala Kahaba, Keningau

SK Sinaron Tengah, Keningau

SK Sinua, Keningau

SK Malaing, Keningau

SK Nandagan, Keningau

SK Binanon, Keningau

SK Pangas, Keningau

SK Pulau Sepanggar, Kota Kinabalu

SK Tanjung Labian, Lahad Datu

SK Lok Buani, Lahad Datu

SK Bambangan, Sandakan

SK Nunuyan Laut, Sandakan

SK Pulau Timbang, Sandakan

SK Melinsau, Ranau

MISI MAJU

SK Pinawantai, Ranau

SK Togop Darat, Ranau

SK Tarawas, Ranau

SK Poring, Tuaran

ZESNET

Sk Paginatan, Ranau

Sk Paus, Ranau

Sk Tudan, Tuaran

7 comments:

  1. Rupanya Nik Kadir ini disebalik semua itu.

    ReplyDelete
  2. jika benar hal ini Nik kadir perlu disiasat.

    ReplyDelete
  3. tidak pasti lagi pekara ini benar atau tidak. mungkin pekara ini perlu disiasat.

    ReplyDelete
  4. uiseymen punya best plot drama ni.. hehhee

    ReplyDelete
  5. Bak kata pepatah takkan kalau tiada angin masakan pokok bergoyang; mungkin ada juga baikknya jika hal ini disiasat dan diberi perhatian sewajarnya.

    ReplyDelete
  6. Mungkin apa yang dikatakan dalam artikel ini tidak semestinya benar. Tapi memang perlulah disiasat bagi memastikan dakwaan ini benar. Apa pun kita tunggu dan nantikan apa yang bakal berlaku.

    ReplyDelete
  7. kalau sebelum ini Nik Abdul Kadir sering tampil membela Menteri KKLW, sekarang sudah tiba masanya beliau tampil untuk membela diri sendiri. beliau juga perlu disiasat berkenaan dengan anggaran yang melebihi kos sebenar projek.

    ReplyDelete