Thursday 17 March 2011

SPRM WAJIB SIASAT PROJEK ELEKTRIK SOLAR



Oleh: MUTALIB M.D

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajib menjalankan siasatan menyeluruh berhubung projek elektrik solar hibrid di Sabah, terutama SK Tudan yang dikhuatiri tidak telus kerana harganya terlalu mahal iaitu RM5.4 juta berbanding harga asal RM2 juta; sekalipun menggunakan helikopter untuk mengangkut peralatan ke sekolah berkenaan.

“Saya juga meminta penjelasan Kementerian Pelajaran untuk menyatakan rasionalnya membina projek elektrik solar hibrid bagi sekolah yang kini sudah dimasuki ‘Grid’ (bekalan elektrik), seolah-olah projek berkenaan dilaksanakan untuk memperkayakan seseorang,” ujar Ahli Parlimen Malaysia (Tuaran) Datuk Seri Panglime Wilfred Mojilip Bumburing selepas menyampaikan perbahasan menjunjung titah diraja, di Parlimen, petang kelmarin.

Dalam pertemuan khas dengan Sabahkini.net, Bumburing berkata, beliau terkilan kerana Jabatan Pelajaran Sabah tidak peka bahawa kawasan berkenaan akan dilengkapi dengan bekalan elektrik melalui Grid Pantai Barat sehingga pembinaan sistem solar hibrid sebagai satu pembaziran dan kecuaian yang tidak dapat dimaafkan.

Tambahan pula, kata Bumburing, bekalan elektrik di dua buah rumah guru tidak berfungsi.

“Kita semakin bimbang dengan perkembangan terkini, terutama keracunan plumbum yang menyerang kanak-kanak di Nigeria dan China sehingga menyebabkan mereka maut. Sistem solar hibrid ini menggunakan bahan berasaskan plumbum dan begitu berbahaya kepada manusia,” ujar Bumburing yang menyifatkan penggunaan bateri asid plumbum sebagai satu pengkhianatan kepada Kerajaan 1Malaysia yang mempelopori Tenaga Hijau.

Dengan kos pembinaan yang tidak masuk akal dan kini membazir kerana kerajaan membelanjakan ratusan juta untuk membina sistem Grid Pantai Barat ke lokasi berkenaan, maka kata Bumburing, projek ini telah gagal seratus peratus dan harus disiasat SPRM.

“Cukuplah kajian Pusat Racun Negara pada 1996 mendapati kadar keracunan plumbum kanak-kanak Tadika di Tuaran begitu tinggi ketika belum ada elektrik solar hibrid. Bagaimana dengan keadaan sekarang setelah plumbum tersebar secara meluas melalui bateri asid plumbum yang diguna pakai di SK Tudan?,” ujar Bumburing yang mendesak agar Jabatan Alam Sekitar Sabah harus bertindak dan mengharamkan penggunaan plumbum SERTA MERTA.

Dalam perkembangan lain, Bumburing turut kesal kerana beliau telah menjadi mangsa tohmahan pengundinya; apabila seorang Timbalan Menteri Persekutuan telah berjanji untuk membantu salah seorang ahli keluarga pengundi tersebut yang menderita penyakit kronik, namun janji tidak ditunaikan sehingga mangsa meninggal dunia.

“Saya harap dalam isu elektrik solar ini, jangan sampai ada yang menjadi mangsa semata-mata kerana janji seorang Timbalan Menteri untuk menyiasat dan menyelesaikan isu ini tidak tertunai,” ujar Bumburing dengan nada kesal namun enggan menamakan Timbalan Menteri berkenaan.

9 comments:

  1. This case should be investigate thoroughly so that we knew the whole story behind it.

    ReplyDelete
  2. Hopefully the whole truth will be revealed eventually.

    ReplyDelete
  3. Jika bnyk aduan, harus disiasat.

    ReplyDelete
  4. lebih baik hal ini disiasat dan sebaiknya beralih kepada tenaga yang lebih murah dan selamat.

    ReplyDelete
  5. harap hal ini akan disiasat...

    ReplyDelete
  6. Elektrik Solar ini tujuan sebenarnya untuk membantu penduduk yang memerlukan masalah elektrik. Apa pun kerajaan perlulah memastikan keselamatan dalam pengunaannya.

    ReplyDelete
  7. Hopefully they will discover something from their investigation.

    ReplyDelete
  8. sudah banyak aduan diajukan kepada sprm, tapi sampai sekarang masih belum ada tindakan dibuat. sekiranya masih tidak ada tindakan, sprm perlu melalui satu proses pelantikan yang baru..

    ReplyDelete