Monday 7 March 2011

STRATEGI UBF, SATU LAWAN SATU




Oleh: JACKSON LU

RANJAU dan onak duri yang diharungi di sepanjang liku-liku perjalanan untuk sampai ke matlamat kebahagiaan yang dicita oleh RAKYAT Sabah sukar dapat di materialisasikan selagi pelbagai masaalah seperti pemberian Kad Pengenalan dan pemberian kerakyatan kepada PATI tidak selesaikan secara mutlak.

Menghimpit masalah itu sebagai satu-satunya kekangan kepada penyelesaiannya adalah kerana dalang yang merencanakan pemberian Kad Pengenalan dan kerakyatan kepada PATI masih segar dan berlegar-legar berada di sekeliling rakyat Sabah, apa lagi jika golongan itu terus disokong oleh segelintir petualang rakyat di kalangan pemimpin KDM Sabah yang pernah menyuburkan kehadiran UMNO ke Sabah dalam tahun 1990-an.

Malahan keadaan bertambah buruk lagi apabila Menteri Dalam Negeri Dato’ Hishamuddin berterus terang menolak cadangan Ahli Parlimen Malaysia (Tuaran) Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing bagi penubuhan Suruhanjaya DiRaja (RCI) untuk menyiasat isu pemberian Kad Pengenalan dan kerakyatan kepada PATI.

Sudah tentu wujud seribu satu persoalan bermain di kepala setiap rakyat Sabah yang ingin tahu siapakah dalang di sebaliknya yang mencipta ‘malapetaka’ ini kepada bumi bertuah Sabah ini yang dicintai. Umum mungkin sudah dapat menekanya tetapi masih khuatir akan keselamatan dirinya selepas itu.

Selain masalah pemberian Kad Pengenalan dan kerakyatan kepada PATI, masalah masalah lain juga turut memainkan peranan untuk memberi tekanan mental kepada rakyat Sabah seperti pemanipulasian ekonomi, pembangunan, menidakkan hak kuasa otonomi di Sabah dengan harapan mereka supaya pemimpin Sabah yang berpengaruh tunduk dan bersifat ‘YES BOSS!’ kecuali Bumburing, kepada Kuala Lumpur (KL).

Apabila semua gejala tersebut terungkai dalam seminar UBF di ibukota Sabah baru- baru ini, maka timbulah pelbagai persoalan, antaranya siapakah dalang atau ‘master mind’ di sebalik persoalan itu dan jawapannya tidak lain tidak bukan ialah UMNO dan dibantu BN.

Mungkin umum masih segar kenyataan mantan Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Karim Ghani ketika beliau keluar UMNO dan menyertai PKR yang mengesahkan bahawa kehadiran UMNO ke Sabah adalah semata-mata mahu menumbangkan kerajaan PBS pada ketika itu yang masih berpengaruh di Sabah supaya jatuh tersungkur di bumi Sabah.

Terbuktilah sengat yang dirancang khas UMNO bahawa selepas tumbangnya kerajaan PBS pada tahun 1994 selepas beberapa bulan memegang tampuk kerajaan di Sabah, setelah beberapa ADUNnya yang dipilih melompat menyertai UMNO yang diketuai Adun Kota Klias, Datuk Seri Lajim Ukin; Adun Kemabong Datuk Rubin Balang dan Adun Dilantik Datuk Zaini Isa, mengakibatkan kerajaan PBS tumbang kerana kurang korum majoriti ADUN untuk meneruskan tampuk kerajaan di Sabah.

Titik tolak kepada peristiwa itu, maka ramailah ‘katak-katak puru’ mengikut jejak kawan kawan lamanya yang bergelar ‘King Katak’ melompat kepada UMNO dan BN menjadikan BN di Sabah lebih kukuh untuk membentuk kerajaan di Sabah apanila mantan TYT Tun Sakaran Dandai, dinobatkan oleh KL mengetuai kerajaan di Sabah untuk menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah secara bergilir (‘rotation system’ diperkenalkan Tun Mahathir kerana janji sebelum PRU1994).

Selang beberapa tahun UMNO-BN berkuasa di Sabah pelbagai strategi turut dimantapkan dalam usaha untuk mengekalkan kuasa mereka di Sabah agar berterusan selama-lamanya dirancang begitu kemas dan rapi ibarat pepatah Melayu yang pernah disebut, “Kalau menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus dan tepung jangan berselerak”.

Dalam kesempatan itu secara kebetulan SPR ketika dalam rangka penyusunan semula persempadanan kawasan pilihanraya. Maka di sinilah bermulanya kewujudan pemberian Kad Pengenalan dan kerakyatan PATI untuk digunakan pengisian tambahan populasi pengundi baru bagi kawasan-kawasan yang baru diwujudkan selepas penambahan kawasan DUN di Sabah diluluskan di Parlimen.

Mekanisma itu ternyata berfungsi dengan baik apabila dua PRU selepas tahun 1994, kekuatan PBS tidak dapat menggoncang UMNO-BN untuk direbahkan ke bumi namun kelibatnya terus kukuh dan megah mendabik dada kononnya merekalah “Sangkala Waja Pejuang Perkasa” rakyat Sabah.

Ekoran itu, PBS yang lantang membela rakyat Sabah dan memperjuangkan hak autonominya namun suara ‘mengaum umpama singa kelaparan’ tidak bertahan lama dan akhirnya diulit sindrom ‘lemah longlai’ dan terpaksa sujud kepada KL dan merangkak semula menyertai BN walaupun BN pernah diludahnya pada pilihanraya Parlimen tahun 1990, setelah pemimpin PBS bertindak eluar dari Gagasan BN dan menyertai Semangat 46 yang dipimpin Tengku Razaliegh Hamzah bersama sama DAP dan PAS, tetapi malangnya impian mereka ‘kecundang’.

UMNO-BN yang mempunyai pengikut akar umbi yang utuh kerana teras kekuatannya 60 peratus daripadanya adalah PATI yang mempunyai Kad Pengenalan dan kerakyatan Malaysia serta telah terdaftar sebagai pengundi, terus memainkan perana penting malah terus menguasai peluang-peluang pekerjaan yang selesa di jabatan-jabatan kerajaan termasuk mengeksploitasikan ekonomi untuk kepentingan kroni-kroni mereka.

Jawapan mahunpun ‘finding solution’ ke arah menghapuskan kerakusan dan malapetaka itu, seorang panel UBF yang juga mantan Ahli Dewan Negara Parlimen Malaysia, Dr Chong Eng Leong menegaskan bahawa tindakan hanya berkesan jikalau semua parti pembangkang bersatu ala pentadbiran BN menghadapi satu lawan satu menentang UMNO-BN pada PRU13.

Jika semua strategi itu berlaku pastinya UMNO-BN akan tumbang pada PRU13 sama ada di Sabah mahupun di Semenanjung supaya kerajaan baru dapat dibentuk selepas UMNO-BN tumbang yang sekaligus melakukan pembersihan terhadap sisa-sisa pentadbiran kotor UMNO-BN.

Persoalannya, apakah benar hanya dengan menumbangkan UMNO-BN pada PRU13 sebagai jawapan yang tepat untuk menyelesaikan pelbagai masalah di Sabah?

14 comments:

  1. UBF pastikan apa yang kamu janjikan itu dapat dilakukan. Jangan cakap tak serupa bikin.

    ReplyDelete
  2. janngan hanya sekadar bercakap untuk meraih sokongan. tunjukkan usaha..

    ReplyDelete
  3. harap UBF benar2 dalam perjuangannya.

    ReplyDelete
  4. Pastikan perlawanan itu bersih dan tidak ada unsur2 fitnah.

    ReplyDelete
  5. Apapun selamat berjuang kepada semua. Tapi keputusan ada dalam tangan rakyat.

    ReplyDelete
  6. Satu lawan satu adalah satu strategi yang baik.

    ReplyDelete
  7. Harap2x UBF ikhlas dalam perjuangan mereka. All the best!

    ReplyDelete
  8. walaupun pembangkang dapat bersatu dan berkerjasama bagi menghadapi satu lawan satu menentang UMNO-BN pada PRU13, jika rakyat sendiri masih belum bersedia melakukan perubahan atau belum bersedia menerima pembangkang, semua usaha itu tetap tidak akan berjaya.

    ReplyDelete
  9. Kita tunggu saja, adakan UBF berjaya untuk menjadikan satu lawan satu di setiap tempat di Sabah.

    ReplyDelete
  10. Tunggu dan lihat sajalah nanti. Susah juga mahu komen awal2.

    ReplyDelete
  11. Apapun, pandai2lah nanti rakyat membuat penilaian.

    ReplyDelete
  12. harap UBF akan tetap dan teguh pendiriannya untuk memperjuangkan hak sabah..

    ReplyDelete
  13. dan jangan bersikap 'hangat2 tahi ayam'..riuh pada masa hampir/pada pilihanraya tetapi sunyi selepas itu..

    ReplyDelete
  14. UBF co-founder,Nilakrisna James, has joined the United Pasok Momogun Kadazandusun Murut Organisation (Upko). Seem like the UBF can't stand alone.

    ReplyDelete