Thursday 12 March 2015

CUEPACS Tidak Relevan, Jamawi Jaafar



Jamawi Jaafar…Cadangan CUEPACS tidak sesuai


KOTA KINABALU : Lanjutan umur persaraan penjawat awam dari 60 ke 62 tahun yang dicadangkan Cuepacs akan menjejaskan peluang   generasi muda mendapat kerja dalam sektor awam.

Ketua Penerangan Pemuda Umno, Jamawi Jaafar  (gambar) berkata,  cadangan tersebut sudah tentu  akan menyebabkan ketidakseimbangan apabila jumlah pesara setiap tahun semakin berkurangan sedangkan jumlah graduan dihasilkan Institut Pengajian Tinggi  setiap tahun semakin meningkat.


“Sememangnya, peluang pekerjaan ada di mana-mana sahaja sama ada di sektor awam  atau swasta, namun sekiranya jumlah pengambilan bagi sektor awam berkurangan, maka negara akan rugi bagi mendapatkan  tenaga kerja dari golongan  muda yang lebih bertenaga dan memiliki idea baharu sesuai dengan perkembangan semasa” katanya dalam entri terbarunya di akaun Halaman Sosial Facebook beliau.

Menurut Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom, ekoran cadangan Cuepasc ini  mendorong kadar penggangguran terutamana  dalam kalangan golongan muda lepasan unversiti yang masih menunggu peluang untuk bekerja dan menyumbang khidmat mereka untuk kerajaan. 

Tambah Jamawi, cadangan peningkatan umur persaraan  itu juga bakal memberi kesan kepada kenaikan pangkat pegawai awam yang telah lama berkhidmat.

“Saya cuba dapatkan pandangan penjawat-penjawat awam dan didapati sebahagian besar daripada mereka tidak bersetuju," katanya.

Baru baru ini, Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata, kebanyakkan negara telah melanjutkan usia persaraan kepada 65 tahun dan sebagai negara yang menuju status negara maju, Malaysia harus mengambil langkah sama.

Jamawi berkata, cadangan Cuepacs itu dilihat sebagai satu langkah terkebelakang ketika kerajaan berusaha melakukan proses tranformasi  terhadap pembangunan negara termasuk dalam sektor perkhidmatan awam. 

Katanya, untuk memantapkan perkhidmatan awam, seharusnya orang muda diberi peluang untuk berkhidmat dan menyumbang.

Dalam perkembangan yang sama, Jamawi berkata adalah lebih baik bagi Cuepacs memberikan fokas kepada usaha untuk meningkatkan tahapan kecekapan dan penyampaian pejawat awam bukannya membincangkan umur persaraan penjawat awam.

No comments:

Post a Comment