Thursday, 12 March 2015

DISPLIN DIRI PENTING UNTUK CAPAI KEJAYAAN, ROSNAH



SOKONGAN..Rosnah (tengah) bersama guru guru dan pelajar yang menyertai program tersebut



PAPAR : Setiap orang yang berjaya dalam kehidupan  dalam apa juga bidang termasuk akademik, adalah mempunyai disiplin diri yang tinggi, bersungguh-sungguh melakukan perkara yang diceburi dan komited mencipta kejayaan.


Timbalan Menteri Kerjaraya Datuk Hajah Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata apabila pelajar berupaya mendisplinkan diri memperkayakan minda dengan ilmu memantapkan jatidiri sebagai pelajar, sudah tentu mereka akan menjadi modal insan cemerlang yang menjadi sandaran keluarga dan negara. 

“Displin diri amat penting baik semasa belajar di dalam kelas, atau berada di rumah selain patuh kepada nasihat guru dan ibubapa merupakan eleman yang cukup penting untuk membina kecemerlangan,” katanya ketika berucap merasmikan  majlis penutupan Kem Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar SMK Takis di Manis-Manisan  Nature Resort dekat sini baru-baru ini.

Hadir sama  Pengetua Cemerlang SMK Takis Haji Mokhtar Haji Ibrahim, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Takis Zuraidah Haji Salleh dan Penolong Kanan Hal Ejwal Murid SMK Takis Sapli Haji Asan. 

Menurut Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar, kajian menunjukkan masalah dispilin pelajar serta  pengaruh rakan sebaya adalah faktor utama pelajar terbabit dalam kancah gejala sosial sehingga menjejaskan tumpuan mereka kepada pelajaran.

“Sebagai pelajar yang diamanahkan menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin baik sebagai Perwakilan Pelajar, Pengawas dan Ketua Kelas, galaslah amanah tersebut dengan menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada rakan-rakan yang lain” katanya. 

Rosnah berkata, amalan displin yang baik dan kepimpinan yang berhemah dalam kalangan pelajar adalah cerminan identiti sekolah kerana asas  ini akan menentukan kecermalangan pelajar dan sekolah tersebut.

Dalam perkembangan lain, Rosnah  juga turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada  tenaga pengajar dan pelajar di SMK Takis Papar yang menunjukkan prestasi pencapaian akademik yang sangat membanggakan terutamanya pencapaian STPM dan SPM tahun lepas. 

“Momentum kecemerlangan ini perlu diteruskan, saya yakin dengan dedikasi guru-guru, displin pelajar serta sokongan erat ibubapa sekolah ini akan mencapai kejayaan secara beterusan” katanya.



GALERI ACARA :



TAHNIAH…Rosnah ketika menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang pelajar sempana majlis tersebut




PENGHARGAAN...Rosnah menerima cendera kenangan dari Pengetua SMK Takis Haji Mokhtar Haji Ibrahim selepas merasmikan penutupan program tersebut





PENYERTAAN...Antara pelajar SMK Takis yang menyertai program tersebut

No comments:

Post a Comment