Friday 11 March 2011

2,000 RAKYAT PEDALAMAN SOKONG SSD




TANDATANGAN….Rudy Sulaiman Mairi (berdiri-keempat dari kiri) memerhatikan orang ramai berpusu- pusu menurunkan tanda tangan.

Oleh: MAIL MATHEW

PERGERAKAN Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Zon Pedalaman berjaya memungut lebih 2,000 tandatangan daripada orang ramai yang diadakan di Tamu Ground di Keningau pada rabu bagi kempen mendesak kerajaan pusat khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (SSD) bagi menyiasat pemberian Kad Pengenalan dan kerakyatan songsang kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah.

Kempen tersebut diketuai Pengerusinya, Rudy Sulaiman Mairi dan dibantu beberapa pemimpin SAPP yang lain seperti Richard Lee Ahli Majlis Tertinggi SAPP, Irene Chan Ketua Wanita Zon Pedalaman dan Larry Rafael Exco Pemuda SAPP pusat.

Rudy yang juga Naib Ketua Pemuda SAPP pusat seterusnya menegaskan bahawa kempen SSD akan terus berjalan di semua daerah zon Pedalaman tanpa mengira anutan politik asalkan seseorang individu itu merupakan rakyat tempatan.

Tegasnya lagi, sudah sampai masanya rakyat negeri ini memberikan sokongan padu kepada kerajaan untuk menyelesaikan masalah tertunggak seperti isu pemberian Kad Pengenalan dan kerakyatan PATI yang kini dianggarkan kira-kira lebih 600,000 pemiliknya supaya satu SSD ditubuhkan bagi menyiasat dan menyelesaikan masalah tersebut.

“Kita mahu mendesak kerajaan pusat khususnya Menteri Dalam Negeri supaya menyelesaikan segera isu tersebut demi keselamatan dan keharmonian hidup rakyat Sabah,” tegas Rudy.

“Selama ini rakyat semakin tertekan dan penuh kebimbangan dari segi keselamatan. Bila lagi uruskan masalah ini kalau bukan sekarang. Justeru, siapa lagi kalau bukan kerajaan yang bertanggung jawab mengusahakan penyelesaian?” tambah beliau lagi.

Dalam pada itu, Rudy mengajak rakyat di pelusuk kawasan khususnya di pedalaman supaya tampil ke pusat-pusat kempen pengumpulan tanda tangan RCI yang telah ditetapkan tanpa berfikir panjang kerana kesemua yang dilakukan itu adalah semata- mata untuk mempastikan keselamatan generasi muda terus terjamin.

15 comments:

  1. That's good. Hope that the Federal government will approve this RCI for the sake of resolving the illegal immigrant issues.

    ReplyDelete
  2. Good. Hope the Federal government consider again the SSD in Sabah.

    ReplyDelete
  3. The government should really consider RCI.

    ReplyDelete
  4. SSD memang patut dipertimbangkan dan bukannya ditolak bulat2. huhu

    ReplyDelete
  5. Semoga usaha ini membuahkan hasil yang positif. Apapun, saya yakin kerajaan pasti akan mendengar suara rakyat.

    ReplyDelete
  6. diharap akan ada lebih ramai rakyat sabah tulin menyokong saranan penubuhan SSD ini..

    ReplyDelete
  7. pihak KDN tidak harus berdolak-dalik lagi dengan pelbagai alasan untuk tidak melakukan apa yang sepatutnya untuk kesejahteraan dan keselamatan rakyat dan negara..

    ReplyDelete
  8. MUNGKIN ADA SESUATU YANG DISEMBUNYIKAN OLEH KDN DARI PENGETAHUAN RAKYAT KHASNYA RAKYAT SABAH..

    ReplyDelete
  9. atau jika KDN tidak mahu melaksanakan SSD bagi isu PATI, IC palsu,IMM13 dsbgnya, bawa 'orang-orang kesayangan' mereka pindah ke KL..sabah sudah naik jemu dengan kepalsuaan dari pihak KDN khasnya menteri KDN.

    ReplyDelete
  10. nampaknya ramai penduduk Sabah yang meyokong penubuhan suruhanjaya diraja ni. ini adalah satu usaha untuk selesaikan maslah PATI ni Sabah.

    ReplyDelete
  11. Ramai Sabahan yg myokong. SSD ini perlu ditubuhkn. Jgn la tutup mata & telinga dgn kehendak Sabah.

    ReplyDelete
  12. saya harap usaha SAPP mendapatkan tandatangan rakyat Sabah ini tidak sia2 dan mampu mendesak kerajaan persekutuan untuk bertindak sepertimana yang dikehendaki oleh seluruh rakyat di negeri ini.

    ReplyDelete
  13. sudah tiba masanya rakyat sabah bangkit mendesak dan tidak bertolak ansur dengan kerajaan persekutuan terhadap masalah PATI di negeri ini. masalah ini semakin kritikal sehinggakan ada yang berani mengiktiraf dirinya sebagai sultan sulu. saya harap semua pemimpin di negeri ini bersatu tanpa mengira fahaman politik bagi menyelesaikan masalah ini.

    ReplyDelete
  14. SAPP apa yang ada dengan tandatangan itu sebenarnya??Tidak bermakna langsung. Fikirlah lagi cara yang lebih sesuai untuk memastikan KDN bersetuju dengan penubuhan RCI ini.

    ReplyDelete