Friday, 11 March 2011

TINDAKAN DRASTIK MUSA DIPUJI



Oleh: MUTALIB M.D

TINDAKAN drastik Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman merombak Ahli Lembaga Pengarah dan Organisasi Lembaga Industri Getah Malaysia (LIGS) bagi mengatasi kemelut berpanjangan yang menyebabkan penoreh menjadi mangsa konspirasi ‘Rubber Gate’ disifatkan sebagai langkah berhebat yang amat terpuji.

Ahli Parlimen Malaysia (Tenom) Datuk Raime Unggi, ketika menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi berkata, Ketua Menteri Sabah telah menyahut seruan Perdana Menteri melaksanakan konsep 1Malaysia, ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’.

“Tindakan beliau amat dialu-alukan, bukan sahaja oleh majoriti pemimpin Sabah, malah oleh seluruh pekebun kecil getah yang menjadi mangsa birokrasi LIGS selama ini kerana kedegilan Lembaga Pengarah mendengar keluhan rakyat,” ujar Raime yang berasa lega kerana kemelut berpanjangan dapat diselesaikan dengan begitu pantas oleh Ketua Menteri Sabah.

Raime turut mengalu-alukan perlantikan Ahli Pengarah baru dan hampir kesemua pegawai LIGS dalam rombakan besar-besar melalui penjuruteraan semula LIGS yang selama ini berjaya melakonkan ‘kehebatan’ mereka member sumbangan dividen kepada kerajaan negeri, sebaliknya memeras keringat rakyat.

“Saya juga meminta agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyegerakan siasatan berhubung kes pencerobohan tanah pekebun kecil oleh pegawai kanan LIGS dan dimajukan menggunakan dana LIGS,” ujar Raime kerana hak pekebun kecil yang menjadi mangsa penipuan LIGS perlu dibela sewajarnya.

Tegas Raime, dengan siasatan SPRM dan tindakan tegas Ketua Menteri, imej LIGS yang terpalit dengan pelbagai skandal dapat dipulihkan dan sekaligus dapat membasmi kemiskinan di kawasan luar bandar.

19 comments:

  1. diharap rombakan ini akan dapat memperbaiki kelemahan yang ada.

    ReplyDelete
  2. diharap pihak SPRM akan menyegerakan siasatan berhubung kes pencerobohan tanah pekebun kecil..

    ReplyDelete
  3. kebajikan rakyat khasnya penoreh getah kecil harus diperjuangkan.

    ReplyDelete
  4. apa pun, tanggungjawab yang diberikan harus dilaksanakan sebaik-baiknya..

    ReplyDelete
  5. Bangga mempunyai ketua menteri seperti Musa Aman.

    ReplyDelete
  6. tindakan merombak Ahli Lembaga Pengarah dan Organisasi Lembaga Industri Getah Malaysia (LIGS) sememangnya patut dipuji. ini dapat meningkatkan prestasi dan kualiti kerja LIGS.

    ReplyDelete
  7. memang tindakan yang bagus..harap dengan rombakan yang dilakukan LIGS akan dapat memperbaiki kelemahan mereka dan melaksanakan tugas mereka dengan baik.

    ReplyDelete
  8. tindakan Musa Aman merombak Ahli Lembaga Pengarah LIGS adalah amat baik. ini menunjukkan bahawa beliau amat prihatin terhadap masalah pekebun kecil getah.

    ReplyDelete
  9. Semoga rombakkan ini akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh para penoreh getah.

    ReplyDelete
  10. Semoga tiada lagi hal seperti ini berlaku terhadap penoreh2x getah kecil.

    ReplyDelete
  11. Beginlah pemimpin yang kita mahukan, lebih mengutamakan kepentingan rakyat. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan..Semoga dapat ditangani masalah ini.

    ReplyDelete
  12. pegawai2 LIGS sebelum ini sepatutnya disiasat dan dilucutkan jawatan serta merta kerana jelas menunjukkan mereka bukannya berminat hendak membantu rakyat dan kerajaan malah menyusahkan kedua2 pihak.

    ReplyDelete
  13. Hope that the new LISG directors will be able to solve the problems relating to those smallholders.

    ReplyDelete
  14. Usaha dan tidakan drastik CM memang wajar dipuji.

    ReplyDelete
  15. Semoga rombakan yang dibuat membuahkan hasil yang positif:)

    ReplyDelete
  16. Isu mengenai LIGS harus ditanggani sebaik mungkin. Setiap dakwaan harus disiasat supaya hak penoreh terbela.

    ReplyDelete
  17. Pastikan rombakan yang dibuat memberi pengajaran pada setiap individu utk lebih prihatin dan terbuka mendengar permasalahan rakyat.

    ReplyDelete
  18. Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti. Semoga semuanya berjalan dengan baik.

    ReplyDelete
  19. Kita tunggulah sama ada tindakan KM boleh membantu menyelesaikan masalah tersebut.

    ReplyDelete