Friday 4 March 2011

25 POLIS SERANG MAHKAMAH ANAK NEGERI?





Oleh: KREW SABAHKINI.NET

SATU upacara adat yang dinamakan ‘Mengelegub’ (Memanggil roh-roh/semangat untuk menjaga sesuatu kawasan) telah dijalankan di kawasan wilayah adat Kg. Alab Lanas dan di kawasan wilayah adat kawasan Pio (Kawasan Gabungan 5 Kampung: Kg. Simbuan, Kg. Wawasan. Kg. Mokotog, Kg. Dumbun dan Kg. Pulutan) dalam Daerah Sook pada 21 Ogos 2010.

Upacara adat ini telah disempurnakan oleh seorang ‘Bobolian’ bernama Gimbun Bin Pandikar bersama seluruh masyarakat kampung yang terlibat.

Upacara adat ini telah dilaksanakan untuk tujuan menjaga kawasan wilayah adat di kedua-dua kawasan ini yang telah diwartakan sebagai kawasan Hutan Simpan Ulu Sg Millian (FMU11) tanpa sebarang rundingan dan persetujuan oleh pihak komuniti yang terlibat dan kini sedang diceroboh oleh pihak syarikat Bornion Timber Sdn Bhd yang telah diberikan lesen untuk mengurus FMU11.


Pada 25 Ogos 2011, pihak Jabatan Perhutanan Sabah Daerah Sook yang diketuai oleh Mohamad Duraman Abdullan @ Dino telah tanpa sebarang perundingan, pemberitahuan dan keizinan telah merobohkan kedua-dua buah Rumah Adat tersebut.

Pada mulanya kes ini telah dibawa ke bicara adat peringkat kampung sehingga dua kali iaitu pada September dan Oktober tetapi tidak diendahkan oleh pihak defendan, Mohamad Duraman Abdullan @ Dino.

Akhirnya, kes ini dibawa ke Mahkamah Adat Anak Negeri Daerah Sook pada 26 Januari 2011 (No. Kes: 05/2011) dan pihak Mahkamah Anak Negeri Daerah Sook kemudiannya menetapkan tarikh 3 Mac 2011 sebagai hari perbicaraan.

Pada 3 Mac 2011, seramai lebih-kurang 100 penduduk kampong dari 9 buah kampung telah hadir bersama di Pejabat Daerah Sook untuk memberikan sokongan moral.

Kehadiran penduduk ini telah tidak disenangi oleh pihak Mahkamah Anak Negeri termasuk Penolong Pegawai Daerah Kecil Sook, Jaslin Tindi.

Dahlan @ Ulin B. Abdulah @ Amil, Ketua Kampung Kg. Alab Lanas yang juga merupakan antara plaintif telah berusaha untuk menjelaskan situasi dan memberikan jaminan bahawa kehadiran penduduk tersebut hanya untuk memberikan sokongan moral dan tidak akan melakukan sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang.

Walaupun telah dijelaskan namun pihak Pejabat Daerah Kecil Sook tidak berpuas hati. Pihak Mahkamah Anak Negeri Daerah kecil Sook, Cyril Jalong selaku Ketua Anak Negeri kemudiannya telah memberitahu bahawa kes bicara telah dibatalkan atas arahan Penasihat Undang-Undang dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Pihak Pejabat Daerah Kecil Sook juga kemudiannya telah membuat panggilan Polis.

Suasana di hadapan Pejabat Daerah Kecil Sook telah bertukar menjadi sedikit tegang apabila kehadiran lebih kurang 25 orang pegawai Polis dari Balai Polis Nabawan, Balai Polis Sook dan ramai dari Balai Polis Keningau termasuk Ketua Polis Daerah Keningau, OCPD Zahari dan ASP Awang Damit. Pihak Polis juga telah menutup pintu pagar pejabat Daerah dan menjaga kawasan laluan keluar.

Pihak kampung telah memberikan penjelasan tentang perkara yang sebenar kepada pihak Polis.

Pihak Polis kemudiannya telah mengarahkan 3 orang iaitu Dahlan @ Ulin B. Abdulah @ Amil (Ketua Kampung, Kg. Alab Lanas, Ukim @ Juhadi Bin Morindal @ Marindal (Pengerusi Badan Bertindak Penuntutan Tanah Adat di Gabungan 5 kampung (Kg. Simbuan, Kg. Wawasan. Kg. Mokotog, Kg. Dumbun dan Kg. Pulutan) dan Hisammuddin Bin Sulaiman (Presiden TABA–Bela Tanah Rakyat Sabah) untuk memberikan kenyataan di Balai Polis Keningau.

Di Balai Polis Keningau, akhirnya seramai 4 orang telah diarahkan untuk memberikan keterangan termasuk Galus Ahtoi, Penyelaras Program Hak Tanah, PACOS TRUST.

Tindakan pihak Mahkamah Anak Negeri, Daerah Kecil Sook yang merasa ‘terancam’ dengan kehadiran penduduk kampong yang kemudiannya membatalkan pendengaran perbicaraan tersebut;

Tindakan tidak professional oleh pihak pengurusan Pejabat Daerah Kecil Sook yang telah merasa ‘terancam’ oleh kehadiran penduduk kampung dan memanggil pihak Polis.

Tindakan pihak Polis yang hadir dalam jumlah yang sangat ramai (Seramai 25 orang termasuk OCPD Zahari dan ASP Awang Damit). Ini secara langsung melemahkan semangat penduduk kampong yang sedang berjuang kerana sedang ditindas. Ini menakutkan penduduk kampung.

Pihak berwajib termasuk Mahkamah Anak Negeri dan Wakil Rakyat harus melihat isu ini sebagai sangat serius kerana melibatkan adat-istiadat, iaitu maruah komuniti/ seseorang;

Kes ini berkaitan dengan kes yang sedang dalam perhatian Mahkamah Majistret Keningau.

13 comments:

  1. This is really unprofessional.

    ReplyDelete
  2. Semakin hangat isu ini. Dimanakah pihak bertanggugnjawab? Dimanakah keadilan?

    ReplyDelete
  3. Kesian pula kan kalau rumah adat tiba2 dirobohkan. Sepatutnya setiap perkara yang mahu dilakukan seharusnya dibuat secara profesional, barulah puas hati.

    ReplyDelete
  4. Semoga pihak berkenaan akan tampil menanggani perkara ini.

    ReplyDelete
  5. Sungguh menarik cara mereka membuat protes.

    ReplyDelete
  6. Saya harap keadilan akan dapat ditegakkan.

    ReplyDelete
  7. penduduk hanya nak mempertahankan hak2 mereka.

    ReplyDelete
  8. harap isu ini akan diselesaikan dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  9. Mungkin kehadiran mereka yang terlalu ramai takut perkara yang tidak diingin berlaku. Maka oleh itu polis di perlukan bagi mencegah.

    ReplyDelete
  10. kalau tidak mahu penduduk kampung buat kecoh, jangan kacau tempat mereka dan jangan buat sebarang tindakan yang membelakangkan hak serta kepentingan penduduk asli di negeri ini. masalah ini tidak akan jadi serumit ini jika jabatan2 kerajaan dapat bertindak secara profesional.

    ReplyDelete
  11. pihak polis hnya nak mengawasi penduduk kampung yang datang beramai ramai ke Mahakamah anak negeri.

    ReplyDelete
  12. Kalau tidak silap, kes ini sudah selesai dengan kemenangan pihak orang kampung.

    ReplyDelete
  13. Orang2 kampung harus lebih berani mempertahankan hak2 yang ada. Perluaskan pengetahuan agar tidak mudah dimanipulasi oleh pihak luar.

    ReplyDelete