Wednesday, 23 March 2011

POLIS WAJAR TAHAN DAN SIASAT DATUK T



Saudara Pengarang,

SYABAS kepada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar kerana mengambil tindakan terus terhadap ‘Datuk T’ untuk siasatan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Apa bezanya perbuatan ‘Datuk T’ dengan seorang penculik? Adakah Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu bodoh tidak periksa bilik yang dia sewa sebelum dia guna dan ‘Datuk T’ begitu mudah terus boleh kesan wajar CCTV yang dipasang di bilik tersebut. Logikkah?

Dalam videoklip itu ada masa dan hari bulan. Jadi Polis amat senang mahu tangkap suspek siapa yang sewa bilik sebelum mangsa sewa dan siapa yang masuk bilik itu sebelum mangsa tiba. Bukankah semua hotel diwajibkan memasang CCTV di luar koridor bilik; apa lagi hotel tiga atau lima bintang.

Saya percaya ‘Datuk T’ mendalangi pemasangan CCTV di bilik hotel dan mungkin kegiatan seperti ini telah dibuat selalu pada menteri lain atau orang kenamaan untuk minta ‘Wang Tebusan’ dari keluarga mangsa dengan video sek yang dirakam.

Jika mangsa enggan bagi duit yang diminta mereka akan gertak dan siarkan videoklip mereka di laman web. Perkara tersebut telah banyak berlaku di Kuala Lumpur yang dilaporkan oleh Datuk Micheal Chong di sebuah suratkhabar minggu lepas.

Beliau telah memberi amaran pada orang awam berhati-hati kerana sekumpulan sindiket telah menjalankan kegiatan memasang ‘spy cam’ (kamera video) untuk merakam kegiatan ‘Tauke Besar’ dan meminta wang daripada keluarga mangsa.

Di sini mungkin ‘Datuk T’ adalah Ketua Sindiket curi merakam kegiatan seks di hotel. Sewajarnya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu beri penjelasan pada rakyat kerana ini adalah hal peribadi beliau dan orang lain tidak boleh campur tangan kecuali isterinya, sebagaimana kes Datuk Chua Soi Lek.

Andaian umum jika lelaki dalam video yang dirakam itu memang Datuk Seri Anwar Ibrahim apa salah dia? Mungkin Datuk Anwar akan kahwin dengan wanita itu jadi isteri kedua dengan izin dari isterinya atau memang isteri keduanya (barangkali sahaja)? Saya lihat banyak menteri di Dewan Rakyat berkahwin dua (yang daftar dan ada yang tidak daftar)

Saya percaya menteri yang kawin dua pun ada perhubungan seks dulu baru kahwin kerana saya tidak percaya kahwin dulu baru melakukan hubungan seks. Betul atau tidak, hanya empunya diri yang tahu.

Wanita di dalam video itu harus juga buat laporan terhadap ‘Datuk T’ kerana dia di kategorikan seorang pelacur. Adakah seorang bekas TPM dan kini Seorang Ketua Parti Pembangkang melakukan hubungan seks bersama seorang pelacur di Ibu Kota? Logik atau tidak rakyat Malaysia yang analisa sendiri.

Hari ini Datuk Sri Anwar Ibrahim sudah nafikan orang dalam videoklip bukan beliau dan telah membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi. Rakyat Malaysia berharap wanita di dalam videoklip juga akan membuat laporan polis bersama teman dia kerana mereka juga mangsa.

Kedua pihak juga harus beritahu Media nama hotel itu kerana hotel tersebut tidak jaga keselamatan orang yang menyewa bilik di hotel kerana mungkin pekerja hotel juga bersubahat dengan sindiket membuat pemasangan ‘spy camera’ di dalam bilik.

Mungkin Datuk T berharap Menteri dari BN akan beli videoklip itu untuk membuat tuduhan pada Anwar Ibrahim dalam Skandal Seks sebelum PRU 13 dan berkemungkinan juga Datuk Chua Soi Lek pun dirakam oleh sindiket yang sama.

Salam hormat.

MEDIA PERDANA LABUAN.

No comments:

Post a Comment