Wednesday 9 March 2011

ISU AKJAN KE PARLIMEN, USUL ERIC GAGAL?



USUL Ahli Parlimen Malaysia (Sepanggar), Datuk Eric Enchin Majimbun yang membuat Permohonan Majlis Penangguhan Mengikut Peraturan 18 (1); Cadangan untuk membincangkan tindakan bagi ‘Rakyat Malaysia’ yang ditabalkan sebagai Sultan Sulu Ke 33 pada 2 Februari 2011 di Kampung Likas, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, telah ditolak Dewan Rakyat.

Berikut Teks Penuh Usul Eric Majimbun untuk tatapan rakyat Sabah.

Tuan Yang Di Pertua,

RAKYAT Malaysia khasnya di Sabah telah dikejutkan dengan tersiarnya berita melalui media Elektronik dan surat khabar bahawa seorang ‘Rakyat Malaysia’ yang memiliki MyKad 570707-12-6083/H0695275 mengikut daftar pengundi yang diperolehi daripada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, Pengundi di kawasan N 14, Likas, Sabah.

Mengikut berita yang tersiar, Datu Mohd Akjan Bin Datu Ali Muhammad setelah mengangkat sumpah kesetiaannya ditabalkan sebagai Sultan Sulu yang ke 33 dengan gelaran Paduka Mahasari Maulana Al-Sultan Sharif Ul-Hashim II, Dr Sharif Mohammad Akjan Mu’izzuddin Waddaaulah Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Pelalun, pada 2 Februari 2011 di Likas Sabah dengan disaksikan oleh sekumpulan 60 orang termasuk Pegawai Kanan Kesultanan Sulu dari provinsi Sulu di Selatan Filipina.

Kerajaan sementara Kesultanan Sulu yang pronvisi Sulu yang diketuai oleh Perdana Menterinya Datu Albi Ahmad Julkernain telah menjelaskan bahawa pertabalan tersebut diadakan jauh dari ibukota negeri provinsi Sulu di Jolo atas sebab keselamatan.

Mengikut profailnya, Datu Mohd Akjan dilahirkan pada 23 November 1957 di Jambangan, Nipah-Nipah di Kesultanan Sulu, adalah anak tunggal Sultan Sharif Ali Mohd Pulatan dengan isterinya Sharifah Sarimah Ibni Sharif Imam Yusof ibni Datu Sharif Salahuddin ibn Sharif Safaruddin telah dibawa oleh bapa saudaranya, Hashirin Sumabud ke Kem Sibaud di Sandakan atas alasan keselamatan pada 11 November 1962; kemudiannya menjadi warganegara Malaysia. Beliau adalah bekas tahanan ISA kerana dipercayai terlibat dalam sindiket pemalsuan kerakyatan dan pengeluaran Kad Pengenalan, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia bahagian Sabah (Pekida), beliau juga sebagai Ketua Hal Ehwal Antarabangsa Pekida.

Penimbulan hal ini telah dengan sendirinya memperjelaskan kecurigaan dan wasangka rakyat tulen Malaysia, khasnya di Sabah bahawa selama ini warga-warga asing telah dan sedang dianugerah dengan keistimewaan sebagai rakyat Malaysia ada kebenarannya dan ‘mereka’ ini sedang bercampur gaul, bersaing dengan rakyat Malaysia tempatan di dalam semua bidang perniagaan, perusahaan, pertumbuhan penduduk dan sebagainya. Ketua Menteri Sabah juga dengan tegas telah membidas agar Datu Akjan dilucut keahliannya dari Parti memerintah, UMNO.

Keistimewaan yang diberi oleh Kerajaan untuk rakyat asing sebagai warganegara Malaysia telah dibalas dengan satu tamparan yang dasyhat dan amat sukar kita bayangkan sebagi rakyat Malaysia yang taat setia mempertahankan Kedaulatan Negara kita dengan menjunjung tinggi 5 Prinsip Rukun Negara serta Perlembagaan Negara. Adakah rakyat yang diragui ini mempunyai ketaatan dan semangat kekitaan serta patriotism terhadap Negara kita? Inilah sebenarnya kebimbangan rakyat di Sabah selama ini.

Penimbulan hal ini sendiri juga telah memperjelaskan dakwaan kita di Dewan yang mulia ini berkaitan dengan penubuhan bancian penduduk secara mendadak dengan melambung tinggi sejak tahun 1970-an hingga sekarang iaitu peningkatan lebih daripada 400 peratus dalam masa 40 tahun. Tentunya dakwaan rakyat Sabah selama ini ada kebenaran dengan bukti jelas bahawa ramai warga asing yang telah diisytiharkan sebagai rakyat Malaysia tanopa mengikut lunas undang-undang seperti yang termaktub dalam akta Perlembagaan Malaysia, Enakmen Perdaftaran Rakyat serta Ordinan Pendaftaran Sabah yang masih diguna pakai khasnya di negeri Sabah.

Dengan ini Majlis Dewan yang mulia ini perlu ditangguhkan untuk membincangkan tindakan terhadap perkara yang tertentu ini. Bahawa ‘Rakyat Malaysia’ yang diragui ini dan mendakwa sebagai ‘Sultan Sulu yang Ke-33’ walhal Kepulauan Sulu adalah dalam Negara jiran Filipina, manakala pertabalan diadakan di dalam Negara Malaysia yang berdaulat.

Perkara ini adalah merupakan kepentingan bagi orang ramai dan nampaknya telah menjejaskan hubungan dua Negara di antara Malaysia dengan Filipina. Peristiwa ini juga telah mengukuhkan kecurigaan dan dakwaan majority rakyat Malaysia khasnya di Sabah terhadap pendatang asing yang mudah untuk mendapatkan dokumen peribadi sebagai rakyat Malaysia.

Memandangkan perkara ini sangat serius maka dengan ini saya mencadangkan hal ini amat dikehendaki dan perlu disegerakan atas sebab keselamatan Negara kita. Dengan dakwaan Datu Mohd Akjan bahawa kerajaannya mempunyai ramai orang, terutamanya mereka yang berketurunan Tausug, bukan sahaja di provinsi Sulu tetapi di sebahagian Pulau Borneo termasuk sabah, maka ini dengan sendirinya telah menimbulkan tuntutan haknya terhadap negeri Sabah.

26 comments:

  1. Apa-apa pun, diharapkan ada tindkaan wajar diambil terhadap Sultan Sulu ini.

    ReplyDelete
  2. Satu lagi penafian kerajaan terhadap hak rakyat Malaysia yg berada di Negeri Sabah. Sebelum ini memorandum yg dibuat oleh Bumburing telah dengan tanpa pertimbangan yg wajar, ditolak bulat2 dgn alasan yg samar2 oleh KDN.

    Semua cadangan dan gesaan utk mewujudkan satu suruhan jaya diraja ditolak tanpa dipertimbangkan. Saya berasa sangsi apa sebenarnya yg cuba disorokkan dan diselindungkan oleh kerajaan dari pengetahuan rakyat sabah. Mungkinkah mereka cuba sedaya upaya untuk melindungi golongan elit/yb2 yg terlibat. apakah tindakan rakyat sebagai maklum balas terhadap isu ini.? bagi saya pertumbuhan lbh kurang 400% penduduk Sabah selama 40 tahun adalah sesuatu yg menakutkan dan ngeri. dikala kerajaan luar sedang berusaha utk melakukan sesuatu terhadap pertumbuhan penduduknya, seperti usaha Korea Selatan utk menggandakan pertumbuhan penduduknya dan tindakan Negara China menghalang penduduknya dari mempunyai anak yg ramai, kita di Sabah mengalami pertumbuhan penduduk yg mendadak dan tidak terkawal. 10 tahun dari sekarang, jika sesuatu tidak dilakukan, penduduk sabah akan mengalami persaingan teruk utk mendapatkan makanan, persaingan utk terus hidup, dengan golongan warganegara 'mi segera'.

    ReplyDelete
  3. harap isu ini dapat diselesaikan dengan segera. tindakan yang sewajarnya perlu diambil.

    ReplyDelete
  4. isu akjan ni perlu diambil serius. kita ta kboleh biarkan kedaulata negara kita di perlecehkan sewenang wenangnya.

    ReplyDelete
  5. This issue is still on going. Why are there no serious action taken against this fraud?

    ReplyDelete
  6. Selesaikan isu ini sebelum isu lain yang timbul. Keadaan akan bertambah teruk jika isu ini masih lagi diperkatakan.

    ReplyDelete
  7. Akjan seharusnya menjalani hukuman kerana terang-terangan melangar undang2 yang telah termaktub.

    ReplyDelete
  8. "Dengan dakwaan Datu Mohd Akjan bahawa kerajaannya mempunyai ramai orang, terutamanya mereka yang berketurunan Tausug, bukan sahaja di provinsi Sulu tetapi di sebahagian Pulau Borneo termasuk sabah, maka ini dengan sendirinya telah menimbulkan tuntutan haknya terhadap negeri Sabah. "

    Kalau benar dakwaan Akjan, kes ini akan menjadi semakin serius. Diharapkan kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

    ReplyDelete
  9. Tindakan sewajarnya perlu diambil. mgkn kerakyatan perlu ditarik blk.

    ReplyDelete
  10. sebagaimana isu2 kritikal yang menjadi beban kepada rakyat ditolak oleh kerajaan dan Dewan Rakyat, begitu juga lah masa depan parti pemerintah di Sabah kelak..

    ReplyDelete
  11. Semoga tindakkan yang sesuai dengan kesalahan Akjan yang menisytiharkan diri sebagai Sultan Sulu.

    ReplyDelete
  12. jika ada penjelasan dipihak kerajaan yang boleh mengambarkan bahawa pendirian kerajaan tidak lah seperti apa yang diwar2kan oleh sesetengah pihak, jangan tunggu lama2 dan tampil lah buat penjelasan. jangan biarkan isu ini terus menjadi persoalan.

    ReplyDelete
  13. Kes Akjan ini bukan satu permainan. Ini boleh diambil tindakkan ISA. Tapi setakat ini siasatan masih lagi dilakukan bagi memastikan kesahihan tuduhan tersebut. Sebelum ini Akjan pernah ditahan ISA kerana berkaitan IC palsu.

    ReplyDelete
  14. Masalah utama dengan Akjan, kerana melanggar undang-undang rukun negara kita. Tambahan lagi, bagaimana seorang sultan sulu ada memiliki MyKad??Itu sudah menjadi tanda tanya kepada kita..Maka tindakkan perlu kepada Akjan bagi menyelesaikan persoalan yang timbul sekarang.

    ReplyDelete
  15. nampak tak? xda guna kita merayu kpd semenanjung..kenapa x mau perintah sendiri Sabah sbg sebuah negara yg merdeka sejak 31 Ogos 1963 dibawah British??

    daripada penat2 kumpul 100ribu tandatangan menuntut Suruhanjaya diraja tentang PTI ni bagus lg buat pungutan suara kemerdekaan Sabah..Patrick Sindhu n the geng pun senyap sudah tentang usaha mereka mengheret semenanjung ke Mahkamah Komanwel London dan The Hague Belanda..hangat2 tayi ayam ni semua pemimpin Sabah !!

    lambat betul kita sedar tentang KUASA parlimen..utk keadilan dlm sistem Persekutuan..sepatutnya agihan kerusi perlu seimbang antara 3 negara yg membentuk Malaysia ini..100 kerusi sabah..100kerusi sarawak..100kerusi semenanjung..

    pertambahan kerusi di semenanjung atas alasan bilangan pengundi bertambah xdpat diterima..persempadanan semula adalah tipu helah dan idea yg jahat utk terus mengekalkan ketuanan semenanjung..biarlah 1 kerusi tu ada 100ribu pengundi..kuota tetap kuota..inilah KEADILAN SEBENAR..isu kerusi perlu ditimbulkan skg sbb Parlimen sdg bersidang..25ahli parlimen Sabah..BERSUARALAH !

    ( SATU LAGI CONTOH BILA KUASA DI TANGAN SEMENANJUNG)
    sy sbg penjawat awam ingin berpindah dr Labuan ke Sabah atas kes kecemasan(anak sakit)..tp apa Putrajaya bilang td..dorang hanya akan proses pd April..dan perpindahan hanya boleh dilakukan pada bulan Jun...klu Labuan ada jambatan ok jg..buli jg drive time tgh mlm klu ada apa2..klu segala kuasa Pelajaran di bawah Kerajaan Negeri Sabah (perkara 20)..x jg jd mcm ni..tp Labuan pun sudah jd jajahan semenanjung..apa boleh buat..sabar sajalah..

    ReplyDelete
  16. I bet this case left unresolved.

    ReplyDelete
  17. kerajaan persekutuan khasnya pihak KDN harus melakukan sesuatu bagi menyelesaikan isu ini serta mempertahankan kedaulatan negara..

    ReplyDelete
  18. cadangan untuk menubuhkan SSD di sabah berhubung dengan isu imegresen harus diluluskan..

    ReplyDelete
  19. jangan tunggu keadaan bertambah teruk..

    ReplyDelete
  20. The way I look at it, this fraud should be charge with treason.

    ReplyDelete
  21. Mengapa kejadian yang sebaliknya berlaku?

    ReplyDelete
  22. Poor thing. I thought the court will accept the prosecution.

    ReplyDelete
  23. Memang kalau kes di Sabah ni takde siapa nak peduli kan.

    ReplyDelete
  24. This is totally unpredictable.

    ReplyDelete
  25. "Memandangkan perkara ini sangat serius maka dengan ini saya mencadangkan hal ini amat dikehendaki dan perlu disegerakan atas sebab keselamatan Negara kita. Dengan dakwaan Datu Mohd Akjan bahawa kerajaannya mempunyai ramai orang, terutamanya mereka yang berketurunan Tausug, bukan sahaja di provinsi Sulu tetapi di sebahagian Pulau Borneo termasuk sabah, maka ini dengan sendirinya telah menimbulkan tuntutan haknya terhadap negeri Sabah".

    Kerakyatan c akjan ini perlu dtarik blk. Keselamatan Sabah ini perlu diutamakn.

    ReplyDelete
  26. Even though the proposal have been rejected by the Parlimen, the Akjan issue equal to the illegal immigration. The state government need to solve the illegal immigration issue. The State government also must always voice out the issue in Parlimen. That show how critical the issue.

    ReplyDelete