Friday 18 March 2011

MANSUHKAN SUBJEK BAHASA MELAYU



Saudara Pengarang,

SAYA menyokong penuh pandangan BORNEO WARRIOR dan membantah sepenuhnya kenyataan Ibrahin Ali. Jika benar bahasa Melayu hanya untuk orang Melayu (mengikut pandangan Ibrahim Ali), apa gunanya kita di Sabah dan Sarawak mempelajari bahasa Melayu?

Kita orang Sabah dan Sarawak berhabis-habisan mempelajari bahasa Melayu sejak mula bersekolah sehingga tingkatan 5 dan wajib lulus mata pelajaran bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM sebagai pra-syarat untuk mendapat sijil penuh.

Ketika mahu memasuki alam pekerjaan, kita wajib lulus bahasa Melayu sebagai syarat untuk mendapat kerja di Jabatan Kerajaan tetapi kenyataan Ibrahim Ali pula sama sekali melarang rakyat Sabah dan Sarawak menggunakan bahasa Melayu.

Kenapa tidak dikatakan dari dahulu, supaya bahasa ibunda kita boleh dimasukkan sebagai subjek wajib dalam pembelajaran kita? Ini bermakna Ibrahim Ali tidak menganggap Sabah dan Sarawak sebahagian daripada Malaysia. Marilah kita fikirkan bersama.

Salam Hormat,

TANAK WAGU

1 comment:

  1. He (Ibrahim Ali) just do it for his political mileage. Shame on him especially he lead Malay NGO so called PERKASA. I wish he will not elected as an MP again.

    ReplyDelete