Thursday 10 March 2011

MENTERI 'KENCING' DALAM DEWAN RAKYAT?


BAHAYA....Kehadiran ramai bekas pejuang MORO di Pulau Jampiras, Sandakan menimbulkan pelbagai tandatanya kerana mereka bebas membawa senjata dan keluar masuk ke Sabah, tambahan pula mempunyai kad pengenalan Malaysia! Khabarnya mereka menjadi dalang penyeludupan rokok dan dadah ke Sabah. Sejauh mana benar dakwaan ini? Anehnya, majoriti rakyat Sandakan tahu siapa melindungi mereka!

Oleh: MUTALIB M.D

AHLI Parlimen Malaysia (Tuaran), Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing kecewa dengan tindakan tidak bertanggung jawab Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang gagal menjelaskan tindakan Kerajaan Melaaysia berhubung Memorandum yang beliau kemukakan pada 14 Disember 2010.

“Saya amat kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh Menteri Dalam Negeri berhubung dengan soalan yang saya kemukakan di dewan rakyat, terutama keputusan kerajaan terhadap Memorandum yang saya sampaikan kepada Menteri Dalam Negeri,” ujar Bumburing yang kecewa dengan ‘jawapan hambar dan kosong’ seolah-olah menteri bertindak membuang ‘air kecil’ di dalam Dewan Rakyat tanpa menghiraukan 221 ahli dewan lain yang sedang memerhati.

Menurut Bumburing, melalui jawapan sambil lewa tersebut, jelas terbukti Kerajaan Malaysia cuba menyembunyikan sesuatu ‘X-Files’ daripada rakyat Malaysia yang selama ini umpama ditipu oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sejak 1970-an.

“Memorandum yang saya kemukakan terlalu detil dan telah diserahkan begitu lama iaitu tahun lalu. Sepatutnya mereka sudah menyiapkan ‘siasatan’, namun kejadian sama akan berulang kerana akan terus dibangkitkan oleh semua Ahli Parlimen daripada Sabah,” ujar Bumburing yang menyifatkan Kerajaan Persekutuan tidak bersungguh-sungguh mengatasi ibu segala masalah di Sabah ini.

Sehubungan itu, Bumburing berjanji akan terus mengemukakan masalah ini secara berterusan sehingga KDN tunduk kepada rayuan dan permohonan rakyat Sabah dan beliau tidak akan bertolak ansur dengan isu yang mengancam keselamatan Negara demi kepentingan rakyat Sabah.

Memandangkan KDN telah dibekalkan dengan bukti secukupnya, dalam usaha membantu mereka mengambil tindakan; termasuk beberapa buku yang komprehensif; laporan polis yang dibuat oleh Datuk Dr Jeffrey Kitingan; Kajian Suhakam Sabah dan hasil penyelidikan beberapa individu; dan ada juga yang telah diputuskan oleh mahkamah, terutama dalam Petisyen Pilihanraya Likas; namun KDN masih ‘terawang-awang’ mencari jawapan yang direka-reka oleh menteri KDN dahulu sehingga kini.

“Oleh kerana Menteri bersetuju bahawa memorandum yang saya kemukakan melibatkan isu keselamatan dan kerakyatan, maka satu-satunya peluang yang terbuka untuk menyelesaikan isu ini ialah penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja untuk menyiasat dan menyelesaikan masalah ini secara tuntas,” ujar Bumburing yang tidak menolak kemungkinan untuk mencetak isi kandungan memorandumnya agar rakyat Sabah memahami aspirasi beliau dan kepentingannya terhadap survival mereka di rengah kemelut kebanjiran PATI dan sempadan negara yang bolos.

Pada Sidang Dewan Rakyat 8 Mac 2011 (Selasa), Bumburing telah bertanya kepada Menteri Dalam Negeri melalui soalan ke 22 (PR-000-L41885) yang meminta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan lanjut yang dilaksanakan oleh Kerajaan ke atas memorandum bertarikh 14 Disember 2010 mengenai dengan IC Projek di Sabah yang beliau telah sampaikan kepada Kementerian pada bulan Disember yang lalu.

Berikut merupakan jawapan penuh Menteri Dalam Negeri;

Terima Kasih kepada Ahli Yang Berhormat Tuaran yang mengemukakan pertanyaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, Kementerian ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas keprihatinan Ahli YB yang mengemukakan soalan ini dan telah menyediakan memorandum yang komprehensif serta berharga dengan mengambil masa dan tenaga untuk menyediakannya.

Setelah kajian dijalankan ke atas memorandum tersebut, didapati ianya melibatkan isu-isu keselamatan dan kewarganegaraan. Maka kementerian memerlukan sedikit masa lagi untuk menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengumpulkan maklumat yang berkaitan untuk tindakan sewajarnya.

Sekiranya terbukti berlaku penyelewengan seperti yang didakwa Ahli Yang Berhormat, Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan akan mengambil tindakan tegas berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

18 comments:

  1. Kalau masaalah Sabah atau pun Sarawak, Kerajaan Pusat tidak berminat until menyelasaikannya. Rakyat Sabah dan Sarawak telah diperbodoh-bodohkan. Fixed deposit yang dilaung-laungkan hanya mengekalkan kuasa mereka. Sedangkan Datuk Bumburing dalam BN tidak dapat kerjasama antara komponon BN, adalah Lebih Datuk Bumburing dan keluar dari BN berjuang dari parti pembangkang. Masa untuk perubahan.
    Datum

    ReplyDelete
  2. masalah PATI sudah lama berlarutan. rakyat sentiasa mengharapkan penyelesaian berkesan untuk menangani isu ini.

    ReplyDelete
  3. Datuk Bumburing begitu berusaha untuk selesaikan masalah PATI di Sabah, dan kita sebagai rakyat sabah harus menyokong segala usaha untuk membanteras masalah PATI.

    ReplyDelete
  4. Sepatutnya kerajaan pusat membantu menyelesaikan masalah ini, cadangan yang diberikan sepatutnya dikaji dan berikan sebab kenapa ditolak. Bukankah mencurigakan rakyat jika RCI ditolak begitu saja. Cadangan ini untuk menyelesaikan ibu segala masalah di Sabah iaitu PATI. Jadi jika PATI selesai tidak mustahil Sabah ini senang diurus. Harap Menteri KDN bersatu dengan kerajaan negeri Sabah untuk menyelesaikan masalah PATI ini.

    ReplyDelete
  5. Benar, masalah pati adalah masalah utama di sabah. Bilakah masalah ini dapat ditangani??kerajaan persekutuan perlulah mencari jalan dan cadangan. Tidakkan mahu rakyat yang membuat sendiri. Apa guna kerajaan yang dipilih oleh mereka. KDN bertindaklah sebolehnya sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  6. Berani bersuara untuk kepentingan bersama. ISu PTI perlu diselesaikan dengan segera.

    ReplyDelete
  7. Kita kena mencuba mana2 method yang ada, kita tidak akan tahu keberkesanannya jika kita tidak mencuba.

    ReplyDelete
  8. Dulu Hisam kata,mana bukti ada IC palsu di Sabah? memorandum dan di beri,bukti dah ada,skarang blang kena siasat perlu ambil masa lagi,tapi belum pun mula, kes radio sarawak baru timbul tangkas pula dia bertindak mana yang lebih merbahaya NI ? Mana yang lebih memudaratkan rakyat ni ? Kerana belum ada yang mati kelaparan maka tak perlu lah bersusah susah tingkatkan usaha untuk menggelak kah ? tunggu ada yang mati kelaparan dulu ka ? tunggu ada rusuhan PATI dulu kah ? tunggu atau biarlah negeri Sabah hancur lah kah ? RAKYAT SABAH SARAWAK LIHAT DAN FIKIRLAH APA YANG HARUS KAMU LAKUKAN DEMI UNTUK RAKYAT SABAH SARAWAK

    ReplyDelete
  9. Sabah and Sarwakaians should solve our own problems, we must stop depending on the Federal government.

    ReplyDelete
  10. Hopefully this PATI issue will be solved as soon as possible before it gets worse.

    ReplyDelete
  11. "Bumburing berjanji akan terus mengemukakan masalah ini secara berterusan sehingga KDN tunduk kepada rayuan dan permohonan rakyat Sabah.."

    jika semua pemimpin2 di Sabah bersatu dan sama2 mendesak kerajaan persekutuan untuk menyelesaikan masalah ini, pasti akan sampai masanya kerajaan tidak mempunyai pilihan lain selain menuruti kehendak pemimpin dan rakyat di negeri ini.

    ReplyDelete
  12. sudah pelbagi cara dilakukan dan jika KDN masih enggan menyelesaikan masalah ini, jangan salahkan pemimpin politik atau rakyat jika rakyat di negeri ini terpaksa menggunakan pendekatan lain yang lebih keras. paham2 la..

    ReplyDelete
  13. "Bumburing berjanji akan terus mengemukakan masalah ini secara berterusan sehingga KDN tunduk kepada rayuan dan permohonan rakyat Sabah.."

    Rakyat sabah harus myokong & mberi kerjsama. Sy harap pemimpin2 politik di Sabah bersatu hati dlm isu PATI ini.

    ReplyDelete
  14. usaha datuk bumburing ini harus disokong penuh oleh semua rakyat tulen sabah.

    ReplyDelete
  15. kemungkinan pihak KDN sengaja berdolak-dalik kerana ingin menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan rakyat sabah dan melindungi pihak2 tertentu.

    ReplyDelete
  16. pihak KDN tidak akan dapat berselindung buat selamanya...sampai masanya, rakyat akan tahu kebenarannya..bak kata orang 'macamana sekali pun tupai pandai melompat, tetap akan jatuh ke tanah akhirnya'.

    ReplyDelete
  17. Rakyat Sabah mesti bangkit dan memberi kefahaman kepada setiap orang supaya sama bangkit menentang gagasan an slogan pembohongan bagi 1 malaysia dan jangan biarkan Sabah menjadi gula2 UMNO dan Barisan Nasional.

    ReplyDelete