Friday, 11 March 2011

SKANDAL PROJEK KECIL DI TUARAN



KESAL……Md. Fadly menunjukkan sebahagian jalanraya yang sedang ditabur batu yang tidak mengikuti skop kerja.

Oleh: ISMAIL MOHD ROSLI

PENDUDUK Kampung Tambalugu, Tuaran meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pelaksanaan projek menaiktaraf jalanraya yang sedang dilaksanakan di kampung itu yang didakwa tidak memenuhi skop kerja yang telah ditetapkan oleh Agensi Pelaksana.

Bekas Pengerusi JKKK kampung itu, Md Fadly Eman berkata, mengikut skop kerja yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Negeri Sabah sepatutnya jalanraya itu diturap sepanjang 400 meter.

Katanya, sehingga kini hanya 240 meter jalanraya sahaja yang telah ditimbun dengan batu kelikir sebelum pelaksanaan turapan dilaksanakan oleh pihak kontraktor yang diberi amanah melaksanakan projek itu.

“Mana baki 160 meter? Kenapa pihak kontraktor tidak membuat kerja mengikut skop kerja yang telah ditetapkan? Kami memohon SPRM menjalankan siasatan pelaksanaan projek ini. Kami bukan minta wang dari kontraktor, apa yang kami mahu sempurnakan pelaksanaan projek itu mengikut skop kerja yang ditetapkan kerana ini merugikan rakyat di kampung ini,” tegas Md. Fadly lagi.

Jelas Md. Fadly, wakil penduduk kampung telahpun berbincang dengan pihak kontraktor, meminta agar mereka (kontraktor) melunaskan baki 160 meter menurap beberapa jalanraya yang masih memerlukan peruntukan projek naiktaraf itu.

Menurutnya lagi, perkara itu telahpun dimaklumkan kepada Pegawai Daerah Tuaran dan perbincangan telah diadakan di antara pihak kontraktor dan Pegawai Daerah.

“Hasil perbincangan amat mendukacitakan penduduk kampung, sampai bila lagi harus kami menanti peruntukan baru, sedangkan masih ada 160 meter baki dari jumlah 400 meter yang sepatutnya diturap seharusnya dihabiskan oleh pihak kontraktor untuk menyelesaikan masalah rakyat di kampung ini.

“Jangan ubah skop kerja itu hanya kerana inginkan keuntungan semata-mata, tindakan pihak kontraktor menipu rakyat, menipu wang rakyat, memburukkan imej Barisan Nasional. Saya ulangi, penduduk kampung bukan menuntut komisen dari kontraktor, apa yang penduduk kampung mahu pihak kontraktor perlu habiskan baki 160 meter itu.” tegas Md, Fadly yang juga Ahli Umno di kampung itu.

9 comments:

  1. Hope that the assigned contractors will finish the job.

    ReplyDelete
  2. kontraktor sepatutnya melakukan kerja mereka mengikut skop yang sebenar.

    ReplyDelete
  3. pekara ini perlu diselesaikan. kotraktor yang terbabit perlu melakukan kerja mereka sehingga selesai.

    ReplyDelete
  4. Bila jalan diturap timbul masalah, bila tidak diturap masalah juga timbul. Susah juga orang sekarang. Tidak ada yang benar-benar sempurna. Sepatutnya 400 meter tapi hanya 240meter diturap. Mungkin kontraktor itu ada sebab. Mungkin jalan 160meter itu masih bagus dan masih cantik. Buat apa membazir, bagus guna selebihnya itu ditempat yang memerlukannya.

    ReplyDelete
  5. Rasuah harus dibenteras dengan segera, kerana rasuah ramai yang merana.

    ReplyDelete
  6. Walau sekecilmana pun projek itu, ianya tetap projek dan memerlukan perbelanjaan. Dalam masa yang sama jika rasuah berlaku, keadilan sudah tidak lagi ada.

    ReplyDelete
  7. JPNS juga perlu bertindak terhadap mana2 kontraktor yang gagal mematuhi skop kerja yang telah ditetapkan. untuk apa JPNS atau kerajaan membiarkan kontraktor ini mengaut keuntungan jika kesan itu bakal mengundang padah kepada BN? jika tidak ada apa2 tindakan, sprm wajar tampil menyiasat kes ini.

    ReplyDelete
  8. Pihak berkaitan harus membuat pantauan terhadap mana2 kerja penyelengaraan yang dibuat. Pastikan mereka mengikut piawaian yang telah ditetapkan:)

    ReplyDelete
  9. Betul atau tak, yang pasti dakwaan ini patut diberi perhatian sewajarnya:)

    ReplyDelete