Sunday 13 March 2011

RAKYAT TENOM SOKONG PENUBUHAN SSD



BERANG…. Wanita tempatan dalam lingkungan umur lebih 40an berang dan menyalahkan kerajaan kerana lambat menyelesai masalah PATI, sambil cuba ditenangkan Rudy.

Oleh: MAIL MATHEW

KEMPEN mengutip tanda tangan mendesak Kerajaan Pusat menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (SSD) bagi menyiasat pemberian Kad Pengenalan dan kerakyatan kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) kini diadakan di Tamu Ground Tenom pagi tadi dan mendapat sambutan yang menggalakkan.

Namun keadaan menjadi gempar seketika apabila seorang wanita warga tempatan dalam lingkungan umur lebih 40 tahun secara tiba-tiba berang selepas menurunkan tandatangannya seraya menyalahkan pihak kerajaan kerana lembab menyelesaikan masalah kebanjiran PATI dan seterusnya minta kerajaan menyegerakan penyelesaian masalah tersebut.

Mujur Naib Ketua Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Pusat, Rudy Sulaiman Mairi yang mengetuai operasi tersebut berjaya menenangkan wanita tersebut sambil menjelaskan bahawa kempen SSD merupakan salah satu usaha untuk menyelesaikan kebanjiran PATI di Sabah dan menarik balik pemilikan dokumen yang ada pada PATI seperti Kad pengenalan dan status kerakyatan negara ini.

“Sungguhpun tugas yang kami jalankan ini bukanlah diarah kerajaan, mahupun atas kepartian, tetapi ia dibuat atas kesedaran dari segi kepentingan keselamatan dan kedaulatan negara kita yang semakin terancam; maka kita minta sokongan tanda tangan rakyat jelata,” tegas Rudy ketika menjelaskan kepada wanita berkenaan pagi tadi.

SAKSI….Rudy (tiga dari kiri) sedang menyaksikan orang ramai berpusu-pusu menurunkan tandatangan.

Ketika ditanya wanita terbabit, yang enggan identitinya didedahkan, mengapa beliau kelihatan beremosi sebentar tadi; beliau berkata;

“Saya sudah bosan dengan cara penyelesaian kerajaan yang berulangkali bercakap mahu selesaikan masalah PATI, tetapi sampai sekarang lagi banyak PATI bersembunyi di kampung-kampung, termasuk berdekatan balai polis,” tegas wanita itu.

Wanita tersebut sangat bersetuju dan menyokong penuh kempen memungut tanda tangan semua rakyat Sabah, namun menasihati agar urusetia melaksanakan secara serius dan perlu disegerakan kerana sebelum ini ada juga pihak yang melaksanakannya tetapi sepi tanpa berita.

Dalam pada itu, difahamkan kempen pada pagi tadi telah berjaya mengumpul lebih 1,000 tandatangan secara sukarela sebagai ‘wakil kepada rakyat Sabah’ setelah mengetahui kehadiran urusetia di pintu masuk Tamu Ground.

20 comments:

  1. Hope that the RCI will be approved so that the issues regarding illegal immigrants will be investigated.

    ReplyDelete
  2. However, the people should not put all their hopes on the RCI that it can solve all the problems. The RCI is to investigate the cause, actions are still needed in order to solve the illegal immigrants issue after the investigation are done.

    ReplyDelete
  3. isu PATI kini kian memuncak di sabah..tidak boleh dilengahkan lagi..

    ReplyDelete
  4. apa lagi yang KDN tunggu? apakah KDN cuba melindungi pihak2 tertentu dari dicekup kerana mengkhianati negara?

    ReplyDelete
  5. SSD harus ditubuhkan sebagai usaha untuk menyelesaikan isu ini..

    ReplyDelete
  6. sebagai rakyat sabah yang tulen dan asli, sokongan penuh harus diberikan kepada sebarang usaha untuk menyelesaikan isu PATI tanpa mengira parti politik..

    ReplyDelete
  7. kini adalah masanya untuk kita (sabah) bebas dari PATI..sabah bukannya tempat pembuangan PATI..

    ReplyDelete
  8. SSD memang patut dipertimbangkan dan bukannya ditolak bulat2. huhu

    ReplyDelete
  9. Saya yakin SSD mampu membantu menanggani siu pati yang menghantui masyarakat Sabah jika dilaksanakan sebaik mungkin. Sebab tu lah ramai yang beri sokongan.

    ReplyDelete
  10. Kalau KDN tolak pun beri penjelasan dan cara yang lebih baik. Tapi jika takda, mungkin SSD patut diberi ruang utk difikirkan:)

    ReplyDelete
  11. Semoga usaha ini membuahkan hasil yang positif. Apapun, saya yakin kerajaan pasti akan mendengar suara rakyat.

    ReplyDelete
  12. Apapun kita tunggu dan lihat sajalah apa yang berlaku seterusnya nnati.

    ReplyDelete
  13. kami sebagai rakyat sanah sendiri sudah bosan dgn masalah PATI yang tidak selesai2 ni, oleh itu, segala usaha untuk membanteras PATI akan sentiasa disokong.

    ReplyDelete
  14. semua pihak mengharapkan masalah PATI ini akan dapat diselesaikan.

    ReplyDelete
  15. Kita mengharapkan Kerajaan akan menyelesaikan masalah PATI di negeri ini. PATI merupakan musuh masalah utama di negeri ini.

    ReplyDelete
  16. Maka bilakah PATI ini akan berakhir?? Kita tidak boleh menyalahi kerajaan negeri. Tapi Kerajaan persekutuan yang tidak mengambil serius perkara ini. SSD ini untuk menyelesaikan masalah ini. Tapi SSD tidak diluluskan oleh KDN. Jika ia, KDN haruslah mencari cara lain untuk menyelesaikan masalah ini.

    ReplyDelete
  17. SSD perlu ditubuhkn. Masalah PATI di Sabah ditahap yg membimbangkn. KDN perlu mluluskn SSD ini. penubuhan SSD adalah suara rakyat Sabah, kenapa mgabaikn suara rakyat..

    ReplyDelete
  18. menteri KDN patut datang sendiri ke Sabah dan melihat realiti sebenar bagaimana kritikalnya isu PATI di negeri ini.

    ReplyDelete
  19. Sudah berapa banyak tanda tangan yang mampu dikumpulkan sekarang?

    ReplyDelete
  20. Kita harap kerajaan pusat akan meluluskan RCI ini.

    ReplyDelete