Oleh: MEDIA PKR SABAH
DI Sabah kurang guru-guru berkelulusan berijazah. Kerajaan BN sengaja dan kurang pintar menjadikan guru-guru Sandaran 'mengukir masa hadapan yang ceria' kerana selama-lamanya mereka akan terus digelar Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) tanpa sebarang jaminan masa depan sekalipun berkhidmat lebih baik daripada guru terlatih.
“Kenapa Bahagian Pendidikan Guru tidak menyerapkan GSTT ini yang telah melangkaui tempoh tertentu dan telah mengikut kursus induksi ke jawatan tetap dan berpencen?,” tanya Exco Pendidikan Majlis Presiden PKR Sabah kepada media sebentar tadi.
Halik menegaskan, beliau faham GSTT hanya untuk menjalankan tugas ‘Gurkha’ sahaja namun ruang dan peluang yang saksama wajib diberikan kepada GSTT yang telah lama berkhidmat bagi mengatasi masalah kekurangan guru yang meruncing di Sabah akibat kepincangan sistem pendidikan guru dan sistem pelajaran di Malaysia.
Halik turut menjelaskan bahawa Sabah bukan sahaja mengalami masalah kekurangan guru, malah kekurangan 30 peratus tenaga buruh kasar seperti buruh binaan bangunan, pekerja ladang kelapa sawit, getah dan koko.
Sabah memerlukan buruh kasar dari Indonesia dan Filipina kerana rakyat Sabah tidak berminat bekerja di sektor ini kerana beban kerja dan gaji yang rendah disebabkan kebanjiran PATI dan Sabah belum melaksanakan Akta Gaji Minima.
“Sewajarnya, kerajaan menguatkuasakan undang-undang imigresen tanpa tunduk kepada desakan pihak tertentu dan menaikkan gaji sektor buruh kasar untuk menarik belia tempatan yang terpaksa berhijrah ke Semenanjung atau ke luar Negara,” ujar Halik yang turut memegang porfolio Sumber Kemanusiaan dalam Majlis Presiden PKR.
Tegas Halik lagi, jika Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Sabah, Kerajaan PR akan melayan mereka dengan baik; termasuk menjaga kepentingan mereka dan pendidikan anak-anak mereka; selagi mereka mematuhi undang-undang Negeri Sabah yang ditentukan oleh Kerajaan PR dan mereka tetap dianggap sebagai buruh kasar asing hingga bila-bila masa.
Those GSTT that are qualified and have the relevant qualification can be absorbed as trained teachers.
ReplyDeleteJangan terlalu konfiden.. Nanti lain pula sangkaan orang. hihi
ReplyDeleteApapun saya yakin kerajaan sentiasa menambahbaik setiap kelemahan dan berusaha menanggani masalah2 yang timbul.
ReplyDeletenampaknya GSTT turut menjadi bahan politik PR. jika benar PR memerintah benarkan mereka dpt selesaikan masalah ini, masalah di negeri mereka sendiri pun tak selesai2.
ReplyDeleteisu GSTT tidak perlulah dijadikan bahan politik. apa pun harap setiap kelemahan/kekurangan akan dapat diselesaikan.
ReplyDeleteMasalah GSTT selesai jika PR memerintah??Ok la tu. Tapi jika GSTT saja yang dapat diselesaikan bagaimana nanti dengan lepasan guru yang lain nanti. Adakah mereka akan ada penempatan nanti.
ReplyDeletemasalah GSTT sudah pun selesai. masalah pekerja asing perlu dilihat dari segi keperluan. walaupun akta gaji minimum dilaksanakan, belum tentu rakyat tempatan akan sanggup melakukan kerja2 berat ini dan belum tentu para majikan sanggup membayar gaji tinggi kepada pekerja tempatan.
ReplyDeleteKita tengoklah sama ada ia betul-betul selesai jika PR menang PRU-13.
ReplyDeleteTapi itu pun kena tengok mereka menang ataupun tidak.
ReplyDeleteKalu pun mereka menang ertinya nasib pribumi sabah akan lebih bergolak seperti yang terjadi di beberapa buah negeri jajahan mereka...
ReplyDeletePR nak menarik sokongan GSTT dengan menjanjikan ini pula.
ReplyDelete