Monday 14 March 2011

SAPP SANGSI KENYATAAN TAN SRI PAIRIN TULEN?



Oleh: MAIL MATHEW

PEMIMPIN Parti Maju Sabah (SAPP) Kemabong, Saul Salleh sangsi kenyataan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan baru-baru ini yang membidas kenyataan Tan Sri Simon Sipaun ketika Seminar UBF beberapa minggu lalu sebagai bukan kenyataan tulen yang lahir dari sanubari Tan Sri Pairin sendiri.

Katanya, beliau yakin dan percaya bahawa perjuangan beliau (Pairin) sudah terpahat di hati rakyat khususnya masyarakat KDM tidak berbelah bahagi kepada matlamatnya untuk melihat Sabah ditadbir dan dilayan dengan baik pihak pusat sejajar dengan matlamat yang terkandung dalam 20 Perkara.

“Sebaliknya kita terkejut dengan kenyataan Pairin yang dilihat seakan akan menidak dan menolak bulat bulat sorotan fakta sejarah yang tepat pembentukkan Malaysia yang melibatkan Sabah dan Sarawak menyorot kembali suasana Sabah pada ketika itu yang dirungkai tokoh penjawat awam Tan Sri Simon Sipaun,” kata beliau semasa membantu kempen RCI diTamu Ground kelmarin.

Beliau yang juga bekas Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) ketika era kerajaan PBS dan UMNO-BN ketika mengulas kenyataan Tan Sri Pairin baru-baru ini berhubung kenyataan Tan Sri Sipaun semasa menggulung perbahasan dalam Seminar UBF ketika Sipaun merupakan Pengerusi Tetap dalam seminar sehari suntuk itu.

“Kita tidak faham kenapa pihak-pihak tertentu beremosi sangat apa yang dirungkai Sipaun itu yang menunjukkan fakta yang sebenar,” tegas Saul.

“Tan Sri Pairin, sepatutnya turut seirama dengan suara yang didendangkan Sipaun untuk mendesak Kerajaan Pusat menangani masalah PATI yang memiliki Kad Pengenalan yang dianggarkan kira-kira 600,000 orang daripada asyik menyalahkan Sipaun,” tambah Saul sambil mengharapkan agar isu tersebut dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Dalam kenyataan Sipaun itu, beliau menekankan bahawa keadaan situasi Sabah sebelum merdeka agak lebih baik suasananya berbanding sekarang, kerana masa itu tidak ada PATI, kadar jenayah di paras terendah, tiada akta yang mengekang kebebasan bersuara seperti Akta Rahsia Rasmi Kerajaan atau ISA.

Malang sekali tegas Sipaun, sambutan Hari Kemerdekaan Sabah yang diadakan setiap tahun pada 16 September, mengambil masa 46 tahun untuk diwartakan oleh Kerajaan Pusat.

Ekoran kenyataan Sipaun itu telah menimbulkan bantahan berbagai pihak khususnya pemimpin UMNO Tawau yang membuat laporan Polis kerana menyifatkan kenyataan Sipaun itu berbaur hasutan.

Manakala Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Sabah, Azman Haji Ruslan turut mengkritik Sipaun kerana fakta sejarah yang diungkitnya selepas penyertaan Sabah dalam Malaysia sejak tahun 1963 tidak tepat dan seolah-olah memperkecil kecilkan keputusan pemimpin terdahulu yang memutuskan persetujuan pembetukan Malaysia.

10 comments:

  1. Why don't SAPP focus on what is important rather than trying to point fingers at others. Are they really sincere for helping Sabah as they always claimed.

    ReplyDelete
  2. apapun, jika nak pertahankan hak2 sabah biarlah berjuang dgn ikhlas dan serius.

    ReplyDelete
  3. What is more important than to fixing the illegal immigrant problem? Is there any other important thing? i mean, common. The illegal not just make us scary to death on daily basis, its also effecting our socioeconomic, our social landscape, our sociopolitic. what happened if one day they success to climb on the top and made a leader of BN/UMNO party. Only one thing that i sure, they will take illegal immigrant from their home-country to be citizen here and then one day they'll kick us out.

    ReplyDelete
  4. Sejarah tetap tinggal sejarah, tidak ada apa yang boleh diubah lagi. Tapi setiap tindakan pd masa kini akan menentukn masa hadapan. Sekiranya isu2 kritikal di Sabah pada masa kini tidak diselesaikan sebaik mungkin maka pada masa hadapan kemungkinan isu2 kritikal tu akan lebih parah lagi. Harap2 kerajaan terutama kerajaan negeri lebih mengutamakan isu2 kritikal dan mengutamakan rakyat.

    ReplyDelete
  5. tidak perlulah saling menyalahkah. lebih baik jika semua pihak fokus ke depan menyelesaikan setiap isu yang timbul dan berusaha memajukan Sabah.

    ReplyDelete
  6. "kerana masa itu tidak ada PATI,"

    wujud kah MyKad pada masa itu??

    "kadar jenayah di paras terendah,"

    wujud kah statistik pada masa itu atau dari mana sumber statistik yang beliau rujuk??

    "tiada akta yang mengekang kebebasan bersuara seperti Akta Rahsia Rasmi Kerajaan atau ISA."

    apa bukti Sipaun bahawa komunikasi pada masa itu telah berkembang seperti hari ini??

    ReplyDelete
  7. kenapa SAPP tidak sangsi dengan sipaun yang pernah makan gaji dari kerajaan?? kenapa Sipaun diam pada waktu itu? atau pada waktu itu Sabah bukan berada dalam Malaysia? jika benarpun niat Sipaun hendak menyedarkan kerajaan berkenaan dengan masalah PATI, jenayah dan kebebasan bersuara, semua itu patut ditujukan kepada pemimpin hari ini dengan berdasarkan realiti hari ini. menggunakan gambaran Sabah sebelum menyertai Malaysia seolah2 menyalahkan pemimpin2 terdahulu dan rakyat Sabah pada waktu itu yang telah menyokong penubuhan malaysia.

    ReplyDelete
  8. Sebaiknya cerita yang berkaitan dengan kenyataan Sipaun tidak perlu lagi dibangkitkan. Sebaiknya kita cuba untuk menbangunkan Sabah kita ini.

    ReplyDelete
  9. Kita tidak boleh juga menyalahkan orang lain. memang setiap orang mempunyai pandangan dan pendapat masing-masing. apa pun sebagai rakyat kita juga perlu menjaga kata-kata yang diberikan.

    ReplyDelete
  10. Daripada menumpu semua perhatian pada kenyataan Sipaun, kenapa tidak mengambil tindakan yang lebih mantap untuk menyelesaikan masalah yang dibangkitkan?

    ReplyDelete