Monday 14 March 2011

SYARIKAT BSKL MEMPERDAGANG ORANG?



Oleh: SURIATI MAHMUD

WALAUPUN Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menempatkan pegawainya di Kwantas Corporation Berhad, sebuah syarikat ‘bumiputera’ di Papan Utama BSKL yang menggunakan Sijil Anak Negeri Palsu dan mendapat taraf Patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti; namun syarikat ini masih memperdagang orang kerana paling banyak menggunakan tenaga kerja asing atau PATI.

Mengikut rekod Sabahkini.net, pada 2010 Jabatan Imigresen Lahad Datu telah membuat serbuan dan menangkap ramai pekerja Kwantas yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, termasuk Juru Audit Kwantas, Puan Froctousa Marcoco yang bekerja secara haram dengan Kwantas.

Bagaimanapun Froctousa kini kembali bekerja (tanpa perlu menjalani hukuman Imigresen) dengan Kwantas dan anak syarikatnya Fordeco dan dalam masa yang sama menjadi ‘Iron Lady’ untuk menindas pekerja tempatan tanpa mengenal belas kasihan.

Manakala suaminya, Rodolfo Elmidolan, juga menggunakan dokumen pengenalan diri yang meragukan dan telah dipanggil untuk siasatan di Pejabat Imigresen, namun kes berkenaan ditutup begitu sahaja; namun yang menjadi mangsa ialah kakitangan yang membuat aduan terhadap mereka berdua.

Difahamkan Rodolfo Elmidolan telah beberapa kali ke Indonesia untuk menjalankan tugas-tugas resmi tanpa Pas Kerja. Beliau hanya mengunakan ‘Business Visa’.

Selain Froctousa dan suaminya, lebih 9,000 PATI diambil bekerja dengan syarikat berkenaan di sektor perladangan, perkilangan dan pejabat; namun sehingga hari ini Kwantas masih kebal daripada penguatkuasaan dengan pengaruh wang dan demi menjaga nama baik Bursa Malaysia.


11 comments:

  1. Harap SPRM akan menyiasat syarikat ini untuk mendapatkan maklumat lanjut.

    ReplyDelete
  2. benarkah dakwaan ini? apa buktinya? apa pun, harap pekara ini dapat disiasat.

    ReplyDelete
  3. Kenapa hal sebegini boleh berlaku? Inilah masalah orang kita, melantik orang asing dan merosakkan bangsa sendiri. Siapa yang bertanggungjawab atas apa yang berlaku?

    ReplyDelete
  4. Siasatan harus di lakukan dengan segera dan tolong perbetulkan keadaan.

    ReplyDelete
  5. Siasat dakwaan ini dan buatlah apa yang patut.

    ReplyDelete
  6. Jadi janganlah tambahkan sepekulasi -ve... Kita dengar dulu penjelasan yang dibuat barulah kita nilai sendiri.

    ReplyDelete
  7. belum tahu lagi kebenaran bagi hal ini, apapun, lebih baik hal ini disiasat.

    ReplyDelete
  8. entah dengan siapa lagi kita perlu harapkan jika pihak berkuasa juga lebih menyebelahi mereka dan tunduk kepada kemahuan mereka. inilah nilai kualiti pihak berkuasa kita yang terlalu mudah tunduk kepada kuasa wang ringgit.

    ReplyDelete
  9. apa tindakan kerajaan negeri dan persekutuan setelah melihat seolah2 negeri Sabah tidak mempunyai undang2 sehingga yang salah itu dihalalkan dan yang betul itu diharamkan?? jangan disebabkan syarikat itu telah banyak menyumbang kepada ekonomi negara, maka kerajaan menganugerahkan mereka kekebalan untuk melakukan apa sahaja kesalahan.

    ReplyDelete
  10. Syarikat beginilah yang akan mengundang ramai PATI. Harap SPRM yang kuat akan dapat menembusi aduan terhadap syarikat ini.

    ReplyDelete
  11. This company must be investigated. They might be responsible for bringing in illegals as well.

    ReplyDelete