Monday 14 March 2011

TAKZIAH PAS BUAT KELUARGA PETER DAN JEFFREY



Oleh: FAIZAL OKADAU

Parti Islam SeMalaysia (PAS) merakamkan takziah kepada keluarga mendiang Peter @ Philip Lanok dan Jeffrey Kitingan di atas musibah yang menimpa mereka. Haji Muhammad Abdullah, Pesuruhjaya PAS Sabah turut berdukacita di atas apa yang menimpa dan mengharapkan Jeffrey dan keluarga mendiang Peter @Philip bersabar dan redha di atas ketentuan Tuhan Yang Maha kuasa. Sesungguhnya dalam kehidupan ini, tiada manusia yang kekal abadi.

PAS Sabah juga mengharapkan pemergian mereka itu, menambahkan lagi semangat dan iltizam keluarga mendiang Philip dan Jeffrey untuk berjuang menjaga kebajikan dan membela nasib rakyat sepertimana yang telah dilakukan oleh kedua-dua mendiang.

Peter @ Phillip bin Lonok, 43,yang merupakan bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) DUN Kemabong, pada Pilihanraya Umum ke-12, meninggal dunia jam 8 malam pada Khamis selepas dua hari dimasukkan ke Hospital Keningau dalam keadaan koma setelah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya di Senagang, Tenom pada rabu.

Sementara itu Jeffrey yang juga adik kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan telah kehilangan ibunya kelmarin kerana sakit tua.

Menurut Setiausaha Perhubungan Awam Pairin, Basal Datuk Bullah, Datin Lucia Laimah Imbayan, 86, meninggal kira-kira 6 petang di Hospital Keningau, tempat beliau dirawat sejak bulan lalu. Mendiang meninggalkan 18 orang anak, 11 lelaki dan tujuh perempuan serta beberapa orang cucu dan cicit.

5 comments:

  1. My condolence to the family member of the deceased.

    ReplyDelete
  2. takziah juga diucapkan, semoga mereka dpt menerima kenyataan ini.

    ReplyDelete
  3. Takziah diucapkan.. semoga terus tabah menerima dugaan ini.

    ReplyDelete
  4. Takziah kepada keluarga mangsa.

    ReplyDelete