Wednesday 14 September 2011

5 SUNGAI TERCEMAR DI PANTAI TIMUR SABAH



LIMA sungai di pantai timur Sabah kini tercemar. Berikutan tidak ada kemajuan ketara dalam usaha membersihkan sungai berkenaan iaitu Sungai Muanad, Sungai Segaliud, Sungai Kalumpang, Sungai Pang Burong dan Sungai Segama; pencemaran telah menjejaskan kualiti air untuk kegunaan manusia. Hidupan akuatik di lima sungai itu turut terjejas.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjun melahirkan kebimbangan dengan keadaan pencemaran di sungai berkenaan.

Beliau berkata tiada kemajuan ketara dalam usaha membersihkan sungai berkenaan yang kualiti airnya tidak sihat untuk kegunaan manusia.

"Terdapat banyak aduan diterima daripada penduduk terbabit yang terus menerus menghantar sampel air tercemar kepada saya," katanya dan menurutnya pelaksanaan tahap Permintaan Oksigen Biologi (BOD) perlu dikuatkuasakan.

"Saya telah mengadakan perjumpaan dengan (pemain) industri yang bersedia melaksanakannya secara progresif," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar kebangsaan mengenai Kajian Kesan Kilang Minyak Sawit, Perladangan Kelapa Sawit dan Bahan Pencemar Lain ke atas Kualiti Sungai Terpilih di Sabah di sini hari ini.

BOD menunjukkan amaun bahan cemar dalam air. Tahap BOD rendah menandakan kualiti baik air dan tahap high BOD menunjukkan air tercemar.

Bagaimanapun, Masidi berkata masih ‘ada pihak yang degil’ yang enggan mengguna pakai teknologi baru untuk membersihkan sungai-sungai tercemar yang digunakan oleh kira-kira 10,000 penduduk di 20 kampung.

"Teknologi ada, persoalannya ialah kesediaan untuk melabur wang untuk ianya dipasang pada kilang mereka," katanya sambil mengakui bagaimanapun aktiviti lain seperti perlombongan pasir dan penempatan di tepi sungai turut menyumbang kepada pencemaran.

Beliau berkata antara sungai yang mencapai tahap pencemaran kritikal ialah dan Sungai Muanad dan Sungai Segaliud.

Masidi berkata kajian yang dilakukan kerajaan negeri di bawah Koridor Pembangunan Sabah telah merumuskan 17 strategi dan 183 cadangan pelan tindakan untuk menaik taraf dan membersihkan lima sungai itu menjelang 2020. (BERNAMA)

No comments:

Post a Comment