Tuesday 25 June 2013

DETEKTIF SEMBUNYI PENDARATAN PENGGANAS






KOTA KINABALU : Mahkamah Tinggi di sini Isnin diberitahu bahawa anggota polis, yang sedang dibicarakan bagi kesalahan berkaitan pencerobohan pengganas Sulu di pantai timur Sabah, telah dimaklumkan mengenai sekumpulan warga asing memasuki negeri ini menerusi Semporna.

Saksi yang dilindungi itu, memberi keterangan dari bilik saksi, memberitahu mahkamah beliau pergi berjumpa Detektif Koperal Hassan Ali Basari pada Januari untuk memaklumkan kepadanya mengenai perkara itu.

Hassan, 55, dari Semporna, dituduh dengan sengaja menyembunyikan maklumat mengenai kegiatan keganasan di pejabat Ketua Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, antara Januari dan 3 Mac tahun ini.

Pertuduhan mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Saksi itu berkata beliau dihampiri oleh 20 lelaki, memakai pakaian berjalur berwarna jingga, di Bongao di Filipina, yang mencari sebuah bot yang boleh mambawa mereka ke Simunul di Semporna.

Katanya beliau ternampak perkataan 'Royal Sulu Force' tertera pada pakaian mereka.

Katanya beliau mendengar lelaki berkenaan berbual sesama mereka dalam bahasa Suluk dan mendapati 1,500 lelaki sedang berkumpul di Simunul.

Saksi itu berkata beliau mendengar alasan mereka berkumpul adalah untuk memasuki Sabah kerana mereka mahu menuntut negeri ini.

Beliau memberitahu mahkamah yang beliau mengingatkan tertuduh supaya tidak mengabaikan maklumat itu.

Tertuduh diwakili peguam Kamarudin Mohamad Chinki dan Ram Singh, manakala Datuk Nordin Hassan mengetuai pihak pendakwaan.

Turut hadir isteri dan dua anak tertuduh.

Perbicaraan di hadapan Hakim P Ravinthran bersambung hari ini. (Bernama)

16 comments:

  1. Penempatan pos kawalan pasukan keselamatan di pantai timur negeri ini akan dikaji semula bagi meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan itu.
    Ketua Pengarah Kawasan Khas Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Mohammad Mentek berkata, kajian itu bagi mengenal pasti lokasi strategik penempatan pos kawalan dan mengikut kesesuaian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga lokasi yang strategic dapat ditentukan.

      Delete
  2. "Setiap pos kawalan ini perlu kita lihat dan kaji semula selari dengan perkembangan semasa," katanya.Antara pos kawalan yang dilawati ialah di Wallace Bay, Tawau, manakala di perairan Semporna meliputi Pulau Buhey Dulang, Pandanan, Mataking, Danawan, Mabul dan Sipadan.




    ReplyDelete
  3. Mohammad berkata, cadangan kajian semula penempatan pos kawalan itu dibuat hasil tinjauan dan lawatan beliau ke pos kawalan tersebut.Menurutnya hasil lawatan itu mendapati pos kawalan tersebut juga perlu dinaik taraf dari segi prasarana dan kemudahan asas khususnya air bersih untuk kegunaan anggota.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pihak berkuasa akan membuat penilaian dan menentukan lokasi yang lebih sesuai dan mendapat bekalan asas.

      Delete
  4. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengganas Sulu harus dibicarakan mengikut undang-undang Malaysia kerana telah bertindak kejam dan tidak berperikemanusiaan.


    ReplyDelete
  5. Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Ketua Cawangan Khas Lahad Datu tidak menerima sebarang maklumat mengenai ancaman kesultanan Sulu daripada anggota polis yang sedang dibicarakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga mereka yang terlibat dalam ancaman jenayah ini akan dikenakan hukuman setimpalnya.

      Delete
  6. Asisten Supritendan Noraidin Awang Maidin memberitahu mahkamah sepanjang perkhidmatannya sebagai ketua Cawangan Khas daerah sejak 27 Disember tahun lepas, tertuduh Korporal Detektif Hassan Ali Basari tidak pernah membuat laporan kepadanya sama ada dalam bentuk lisan mahupun secara bertulis mengenai maklumat ancaman kesultanan Sulu.

    ReplyDelete
  7. Menurutnya, maklumat penting mengenai ancaman terhadap keselamatan negara harus dilaporkan kepadanya dengan segera.Hassan dituduh dengan sengaja menyembunyikan maklumat mengenai kegiatan keganasan di pejabat Ketua Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu

    ReplyDelete
  8. Pertuduhan mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.Noraidin berkata tertuduh turut terlibat dalam siasatan dan risikan ancaman kesultanan Sulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan biarkan ancaman seperti ini merisikokan keselamatan rakyat di Sabah.

      Delete
  9. Superintenden Anwar Ahmad daripada Ibu Pejabat Cawangan Khas Bukit Aman memberitahu mahkamah beliau membuat permohonan pada 15 Februari lepas kepada Timbalan Pendakwa Raya di Putrajaya untuk melakukan pintasan komunikasi terhadap perbualan telefon tertuduh.

    ReplyDelete
  10. Beliau mengaku mendapat kebenaran daripada pendakwa raya Mohd Hanafiah Zakaria untuk memintas perbualan telefon melalui dua nombor yang digunakan tertuduh.

    Jelasnya, permohonan itu dibuat kerana tertuduh dipercayai menjalin hubungan dengan pengganas yang menceroboh Kampung Tanduo di Lahad Datu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hubungan ini memang luar biasa, harus disiasat.

      Delete
  11. pengkhianat.. kenakan hukuman berat terhadapnya

    ReplyDelete