ROBOH....Kelihatan
Unit Penguatkuasa MPS sedang  melakukan
kerja-kerja meroboh rumah haram.
Oleh: SHAIMON S JUMADI           FOTO
SAFFIE S JUMADI
ELOPURA : Sebanyak 68 buah
rumah Setinggan Haram di Kampung Forest, dekat sini, 60 peratus didiami
Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) telah diroboh oleh Majlis Perbandaran
Sandakan (MPS) pagi kelmarin.
Semasa kerja-kerja
pengrobohan tersebut yang dilakukan oleh Unit Penguatkusa  MPS dan disaksi sendiri oleh beberapa orang Pegawai
Jabatan Imigeresen dan Jabatan Penerangan Malaysia untuk mengenali pasti
identiti penduduk sebenar sama ada PATI atau masyarakat tempatan.
Bercakap kepada
Sabahkini.Net, Ketua Pegawai Unit Penguatkuasa MPS, Kassim Selamat (gambar
sisipan) menjelaskan notis perobohan rumah-rumah setinggan haram di Kampung
yang dimaksudkan itu sudah hampir tiga bulan dikeluarkan, tetapi mereka  tidak mengambil perhatian langsung  segala arahan yang telah  dikeluarkan oleh pihak kerajaan.
Tambah Kassim lagi, tujuan perobohan
rumah-rumah terbabit adalah untuk memberi laluan terhadap projek pembinaan
Perumahan Rakyat 1Malaysia  Fasa  pertama di kawasan tapak tersebut  yang dijangka 
kerja-kerja projek tersebut akan dimulakan pada masa terdekat ini.
MANGSA...Jalihan
lumpuh adalah mangsa rumah roboh.
Dalam perkembangan yang
berkaitan, Sabahkini.Net sempat menemuramah salah seorang penduduk yang  terbabit 
mangsa roboh yang dikenali 
Zalihan Larin, kononnya berasal dari Kampung Tambisan  menjelaskan 
dia  (Zalihan) membina rumahnya di
atas tanah kerajaan itu sudah hampir dua tahun hanya meminta kebenaran melalui
Pengerusi JKKK Kg Forest.
“Saya yang sasat (cacat) inda
boleh berjalan. Pasrah saja kepada Tuhan dan mau pindah ke laut  bikin rumah baru lagi. Heran, kami  itu sokong BN/UMNO tatapi rumah kami dirubuh
juga. Apa boleh buat ini undang-undang kelajaan (kerajaan),” ujarnya.
Jalihan yang lumpuh dan
mempunyai 4 orang anak, sebaliknya menerima bantuan bulanan  E-Kasih sebanyak RM300 daripada Jabatan Perkhidmatan
Kebajikan Am Daerah Sandakan untuk menyara kehidupan  seharian keluarganya.

Tindakan harus diambil terhadap rumah haram tersebut.
ReplyDeleteGolongan ni harus diberi notis dan diberi bantuan agar mereka tidak sangkut dalam kesusahan.
ReplyDeleterumah2 haram mmg patut dirobohkan, jika dibiarkan, ia akan jadi sarang jenayah.
ReplyDelete