Wednesday, 26 June 2013

PERPECAHAN PUNCA KEHILANGAN AUTONOMI?






Oleh : ANSARI ABDULLAH

PUNCA utama 'ketirisan dan kehilangan kuasa autonomi Sabah' adalah perpecahan di kalangan kita sendiri. Semasa jadi Ketua Negeri, Tun Mustapha telah meminggirkan bumiputera bukan Islam dan Cina.

Bila beliau bertembung dengan Tun Razak tentang soal autonomi khasnya royalty minyak dan gas, Kuala Lumpur tubuhkan BERJAYA untuk menjatuhkan Tun Mustapha.

Ketika era PBS memerintah, mereka pula menindas Bumiputera Muslim walaupun ada perjanjian Kerajaan Campuran dengan USNO. Ini mendorong Bumiputera Muslim bersekongkol dengan Kerajaan Pusat untuk menukar komposisi pengundi di Sabah melalui 'Projek IC'.

Banyak contoh lain, tetapi kecuali anak-anak Sabah melayan saudara senegeri mereka dengan saksama tanpa perasaan bahawa mereka daripada golongan bangsawan; kita tidak akan dapat kembali hak dan kepentingan kita seperti yang terkandung dalam IGC Report yang telah dibentang dan diluluskan di Dewan Negeri North Borneo sebagai syarat penyertaan Sabah dalam Malaysia.

Isu di hadapan kita sekarang: Mana yang lebih penting, 'our pride or our state and children'?

6 comments:

  1. Apa lagi yang PKR mampu berikan untuk Sabah..takde...selain mampu menanamkan dan membangkitkan sentiment perkauman lebih 32 ethnik di Sabah. PKR sudah semakin jelas dan terang menjadi liabliti kepada Pakatan Pembangkang selagi Anwar, yang disifatkan seperti "kayu buruk", masih dibiarkan menguasai seluruh al ehwal PKR.

    ReplyDelete
  2. Tak Perlu pergi jauh..Tanya saja Dr. Jeffry Kitingan dan pengikutnya samada Anwar adalah seorang pemimpin yang mampu memakmurkan Sabah !!.

    ReplyDelete
  3. Renew pemberian Autonomi untuk Sabah oleh PKR!!!???.. Satu lagi pembohongan politik abad ini yang dasyat dilakukan si kayu buruk yang memang apabila saja membuka mulutnya "pembohongan mula terpancar"..Dia kini terdesak @ desperado kerana PAS semakin menyisihnya dan DAP sudah merasa bahang liabiliti yang berat dan panas mengancam Pakatan Pembangkang kerana perangai dan tabii individu si kayu buruk ini.

    ReplyDelete
  4. Autonomi untuk Sabah hanya sekadar umpan yang memburukkan hubungan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri, memburukkan hubungan sesama ethnik di Sabah dan memburukkan hubungan pelbagai kaum. Umpan ini digunakan sikayu buruk kerana saban pilihanraya umum, Sabah menjadi fix deposit kepada Kerajaan Malaysia untuk membentuk kerajaan dan menghalang si kayu buruk menjadi PM.

    ReplyDelete
  5. Barangkali modal politik sudah "TAKDE" dan kesuntukkan masa kerana pokok tempatnya berteduh sudah dimakan anai-anai...sedang pekungnya kian terbuka...

    ReplyDelete
  6. kita haruslah bersatu, dngn itu baru kita akan menjadi kuat dan kukuh

    ReplyDelete