Tuesday 25 June 2013

PELABUHAN SEPANGGAR PELABUHAN MAFIA?








Saudara Pengarang.

KAMI amat tertarik dengan artikel bertajuk 'Mafia Wrong Geng di Sabah' yang diterbitkan Sabahkini.net pada 7 Jun 2013. Kami merupakan kumpulan pencari kebenaran Sabah dan Labuan menulis surat terbuka ini ditujukan kepada Ketua Pengarah Intergriti Peguatkuasaan; Pengerusi Petronas Malaysia; Ketua Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan kepenggunaan; Ketua Pengarah ESSCOM; Komandan Marin Operation Force; Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia; Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Semua Ketua Polis Daerah.

Maklumat 1.

Untuk makluman kepada pihak berkuasa berkenaan di atas, terutama SPRM, sumber maklumat yang kami terima dari pekerja pelabuhan dan pegawai dalaman KDRM yang tidak bersekongkol dengan sindiket bahawa beberapa biji kontena minuman keras telah ditahan oleh pegawai kastam dari Kuala Lumpur dalam bulan ini di pelabuhan Sepanggar Bay Kota Kinabalu.

Kami harap SPRM akan masuk siasat adakah kontena ditahan sudah lepaskah atau belum kerana kami pasti kontena itu akan dilepaskan selepas diberikan imbuhan rasuah.

SPRM, APPM dan Marin Polis harus buat risikan ketat di semua pelabuhan besar di Port Klang, Kota Kinabalu, Bintulu, Sibu, Kuching, Sandakan dan Tawau kerana Pengarah KDRM dari ibu pejabat sampai Pengarah Daerah bersekongkol dengan sindiket penyeludupan rokok, minuman keras, sayap dan daging beku (Tiada AP), tayar dan barangan bercukai yang diimport dari luar negara.

Berpuluh biji kontea akan ditarik keluar oleh Syarikat Perkapalan dengan mengistiharkan barang tiada cukai. Dahulu sindiket gunakan gudang berlesen dan setelah kami bongkarkan di Sabahkini.net; kini tidak dapat sudah kerana semua manifest kastam sudah online.

Akibatnya sindiket penyeludupan terpaksa menggunakan Forwarding Agency untuk menarik keluar kontena setelah mengistiharkan barang perabot atau barang tiada cukai. Selepas tarik keluar, syarikat perkapalan akan menukar dokumen kastam dan shipping manifest.

Mengikut risikan kami, Forwarding Agency akan mengenakan caj sebiji kontena minuman keras RM15,000 hingga RM18,000 dan Rokok RM20,000 hingga RM25,000 dan akan dibahagi bersama pegawai kastam yang terlibat.

Barang bercukai import dari luar negara akan dikenakan caj lagi tambahan. Cuba fikir berapa rugi kerajaan kerana pegawai kastam termasuk bekas Ketua Pengarah yang tidak bertanggungjawab. Kenapa Bekas Ketua Pengarah Kastam sehingga kini belum disiasat oleh SPRM?

Kami mendesak Ketua Pengarah SPRM dan Pihak berkuasa berkenaan mencadangkan semua Pintu Utama Pelabuhan (Check Point)  di seluruh Malaysia mesti memasang CCTV dan online ke Pejabat SPRM dan Pejabat Polis Bantuan Pelabuhan seperti di airport sebelum penumpang masuk ke pesawat.

CCTV pasang di pelabuhan mesti boleh melihat nombor plat treler, nombor kontena, pegawai kastam yang membuka kontena untuk dipantau dengan jelas.

Sekiranya ada tangkapan kontena di luar dari pelabuhan, SPRM boleh rujuk CCTV siapa pegawai kastam yang periksa dan tidak payah buang masa menyiasat dan terus boleh ambil tindakan terhadap pegawai itu.

Di Pelabuhan Sandakan dan Tawau lagi hebat; manakala di Sarawak termasuk di Bintulu,Sibu dan Kuching semakin berleluasa. Kami hendak membantu kerajaan membanteras kegiatan rasuah dan sebagai warga Malaysia yang bertanggungjawab.

Mulai dari sekarang, kami berharap agar Pegawai SPRM, APPM dan MOF (PDRM) akan memantau di pintu besar pelabuhan di Sabah dan Sarawak. Kami juga akan hantar senarai nama sindiket, Forwarding Agency dan pegawai kastam di daerah yang bersekongkol menjalankan kegiatan penyeludupan di dalam Port kepada SPRM dan MOF.

Maklumat 2 :-

Kegiatan menjual diesel subsidi oleh supply boat yang dibekalkan oleh Petronas Malaysia kepada Oil & Gas berleluasa di laut Labuan. Sebagai seorang pembayar cukai dan warga Malaysia yang bertanggungjawab mendesak agar pegawai APPM dan Marin Polis yang rajin dan aktif menangkap penyeludupan minyak makan dan barangan bersubsidi di Sandakan dan Tawau dipindahkan ke Labuan untuk menangkap Tug Bot dan kapal tangki yang menjual dan membeli diesel bersubsidi.

KDRM, APPM dan KPDNKK sudah lama tidur di Labuan dan hanya menunggu hujung bulan untuk menerima bonus dari sindiket. Pernahkah ketiga agensi di Labuan menangkap penyeludupan diesel bersubsidi  di Labuan dan kapal tug bot atau tangker disita?

Tangkapan minyak makan subsidi, gula dan bot tongkang kayu di Sandakan dan berapa sahaja bila dilelong. Cubalah tukarkan pegawai APPM dan Pegawai MOF yang rajin menangkap di Sandakan dan Tawau ke Labuan. Arahkan mereka menangkap tug bot dan kapal tangker sindiket dengan diesel beribu ton, baru ada hasil apabila kerajaan lelong. Jangan selalu memperbodohkan rakyat dengan menangkap ikan bilis dan terus melepaskan jerung.

Lima bulan yang lepas, Bahagian Pencegah Kastam di Labuan pernah menangkap sebuah tug bot yang sedang mengepam diesel dari sebuah supply boat di belakang pulau berhampiran Labuan dan dilepaskan esok hari tanpa tindakan setelah diberikan imbuhan rasuah.

Pernahkah selama ini APPM, KDRM dan KPDNKK tangkap dan sita kapal penyeludupan diesel di Labuan? Kami juga akan hantar senarai nama tauke sindiket penyeludupan diesel subsidi dan pegawai yang bersekongkol kepada EAIC dan SPRM pada masa terdekat ini.

Salam hormat.

KUNPULAN PENCARI KEBENARAN SABAH DAN LABUAN

3 comments:

  1. INFO PARA PECINTA TOGEL & RIWAYAT SAYA SELAMA SAYA KENAL NAMANYA JUDI TOGEL/KUPON PUTIH.SAYA BAPAK FERY DARI BANJARMASIN INGIN BERBAGI PENGALAMAN MENGENAI TOGEL,DARI AWAL SAYA KENAL NAMANYA TOGEL DARI LINGKUNGAN SEKITAR ISTRI SAYA PADA HAL KLAU DI LIHAT DARI SEGI EKONOMI KELUARGA SAYA LUMAYAN PENGHIDUPAN SEHARI2 SAYA KARENA SAYA DIWARISKAN BEBERAPA HARTA DARI ORANG TUA & BISNIS SAYA LUMAYAN OMSET PERBULANNYA BISA MENAFKAHI KEBUTUHAN KELUARGA SAYA JADI SELAMA SAYA MENGGULUTI TOGEL SAMPAI SAAT INI KEBUTUHAN KELUARGA SAYA PASANG SURUT BISNIS SAYA MENGALAMI PENURUNAN ATAU PAILIT HARTA WARISAN SUDAH TERJUAL JADI PENGHIDUPAN SAYA MELAMPAUI KELUARGA MISKIN DAN HUTANG2 SAYA BERTAMBAH BANYAK KARENA SAYA LIHAT DI INTERNET BANYAK DUKUN TOGEL BISA TAU ANGKA TEMBUS PUTARAN TOGEL TERNYATA MINTA UANG TERLEBIH DAHULU KATANYA (MAHAR).SAYA SUDAH BERULANG KALI MENGHUBUNGI BAIK MBAH MAUPUN AKI TERNYATA SEMUANYA PENIPU PADA HAL SAYA SUDAH KETIPU LEBIH DARI 200JT MAKANYA SAYA NGAK LAGI PERCAYA NAMANYA MBAH ATAU AKI DI INTERNET SEMUANYA PENIPU,DI SUATU HARI SAYA DI AJAK TEMAN KE BANTEN MENEMUI PARANORMAL YANG TIDAK ASING DI TELIBGA ANDA YAITU KI GENDENG PAMUNGKAS & DISITULAH SAYA DI BRIKAN ANGKA TEMBUS 4D TAMPA MAHAR ATAU UANG TERLEBIH DAHULU JIKA ANDA SELAMA INI SERING KETIPU & INGIN MERUBAH NASIB ANDA HUBUNGI KI GENDENG PAMUNGKAS 0823-4443-6933.MAHAR DI BAYAR SETELAH TEMBUS

    ReplyDelete
  2. JIKA ANDA BUTUH ANGKA GHOIB/JITU 2D.3D.4D YG DI JAMIN TEMBUS 100% DI PUTARANG SGP/HKG SILAHKAN SAJA ANDA TLP KY JAYA DI NOMOR 085-342-064-735 TRIMAH KASIH JIKA ANDA BUTUH ANGKA GHOIB/JITU 2D.3D.4D YG DI JAMIN TEMBUS 100% DI PUTARANG SGP/HKG SILAHKAN SAJA ANDA TLP KY JAYA DI NOMOR 085-342-064-735 TRIMAH KASIH JIKA ANDA BUTUH ANGKA GHOIB/JITU 2D.3D.4D YG DI JAMIN TEMBUS 100% DI PUTARANG SGP/HKG SILAHKAN SAJA ANDA TLP KY JAYA DI NOMOR 085-342-064-735 TRIMAH KASIH

    ReplyDelete