Friday, 28 June 2013

AZALINA TENTANG SHAHRIZAT






PERTEMBUNGAN bagi jawatan Ketua Wanita Umno akan berlaku akhir tahun ini apabila bekas Ketua Puteri Umno Datuk Azalina Othman Said menyatakan kesediaannya untuk mencabar Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam pemilihan parti itu akhir tahun ini.

Shahrizat telah mengesahkan mahu terus mempertahankan jawatannya walaupun terpalit dengan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) pada tahun 2012 sehingga menyebabkan beliau melepaskan jawatan menterinya.

"Ya, saya berminat untuk bertanding. Saya telah membuat keputusan," kata Azalina yang merupakan ahli Parlimen Pengerang dipetik dari The Star Online.

Walau bagaimanapun, Shahrizat yakin akan terus kekal memimpin Wanita Umno berdasarkan galakan dan sokongan daripada sayap Umno itu.

"Mereka berada di sana untuk saya pada waktu gelap saya dan saya percaya mereka tidak akan meninggalkan saya. Mereka adalah kawan-kawan saya dan rakan-rakan adalah seperti bintang. Semakin gelap malam, sinarannya semakin bercahaya," kata beliau dipetik dari The Star Online.

Perhimpunan Agung Khas Umno pada Oktober 2009 meluluskan pindaan perlembagaan iaitu 146,500 perwakilan bakal menentukan kepemimpinan Umno dengan menghapuskan sistem kuota, persidangan mesyuarat perwakilan secara serentak dan juga menambah bilangan ahli jawatankuasa lantikan Wanita.

Selain itu Umno juga meluluskan untuk menjadikan yuran keahlian sebagai yuran seumur hidup, memberi kuasa kepada Pemuda, Wanita dan Puteri untuk meluluskan keahlian baru Umno dan mengiktiraf sumbangan setiausaha bahagian.

13 comments:

  1. Bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz menyarankan golongan muda menawarkan diri untuk menjadi calon menerajui kepimpinan tertinggi pergerakan itu pada Perhimpunan Agung UMNO Oktober ini.

    Rafidah yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, wanita daripada peringkat akar umbi sekalipun perlu berani menampilkan diri bagi memastikan mereka yang berpotensi turut diberi peluang mengepalai pergerakan itu.

    "Saya saran kepada Wanita UMNO, yang muda, awal 40-an ke atas, tampil ke hadapan tawar diri.
    "Boleh kerja, ada azam tetapi mungkin takut tidak diterima (pun), saya harap tampil ke hadapan dan Wanita pandanglah (mereka)," katanya ketika dihubungi semalam.

    Sebelum ini, Ketua Pergerakan itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membayangkan untuk terus mempertahankan jawatannya.

    Jawatan Naib Ketua Wanita pula kosong ekoran pemegang jawatan dahulu, Datuk Kamilia Ibrahim dipecat setelah bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar pada pilihan raya umum 5 Mei lalu.

    Rafidah berkata, Wanita UMNO perlu memberi peluang kepada calon wanita baharu yang bukan sahaja boleh diterima oleh pergerakan tetapi diterima oleh rakyat pelbagai kaum di negara ini kerana pemimpin Wanita UMNO juga adalah pemimpin kepada Wanita BN yang disertai rakyat berbilang kaum.

    "Justeru, perlu pilih orang yang ada keupayaan diterima (pelbagai kaum) supaya pergerakan ini bukan sekadar terus relevan namun dihormati," katanya.

    ReplyDelete
  2. Tanggungjawab Wanita UMNO yang menjadi tulang belakang kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu diterjemahkan bagi memastikan kejayaan BN pada pilihan raya umum ke 13 nanti.

    Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata pilihan raya yang semakin hampir menjadikan tanggungjawab yang digalas Wanita UMNO semakin besar dan berkeyakinan perkara itu mampu melaksanakannya bersama-sama dengan jentera BN yang lain.

    “Wanita UMNO adalah pejuang kepada perjuangan parti, sebagai tulang belakang parti, gerak kerja yang disusun perlu dilakukan supaya sampai sehingga ke akar umbi.

    “Program Jalinan Rakyat adalah ruang terbaik kepada Wanita UMNO untuk turun terus ke bawah bertemu dengan pengundi, dan ia perlu dipergunakan dengan sepenuhnya,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu di sini.

    Beliau berkata, Wanita UMNO tidak harus mudah patah semangat dalam melaksanakan tugas yang diberi dan sentiasa bersedia untuk menghadapi apa jua keadaan.
    “Jangan biarkan sesiapa cuba menghalang atau mematahkan semangat Wanita UMNO untuk terus bekerja, apa yang penting kepada kita adalah untuk memastikan kemenangan BN.
    “Biasalah dalam politik sudah pasti ada yang tidak berpuas hati, apa yang penting kepada kita adalah terus bersama dengan rakyat dalam apa jua perkara bukan sahaja tertumpu kepada politik,” katanya.
    Menurutnya, beliau berkeyakinan bahawa Wanita UMNO mampu melaksanakan tugas berkenaan dan bersedia untuk menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa.
    Sementera itu, ketika diminta mengulas berhubung tindakann peserta Janji Himpunan Bersih yang melakukan perbuatan menghina pemimpin negara, beliau menyifatkan perbuatan itu sebagai suatu yang tidak bertanggungjawab dan bermoral.
    “Ada di kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah menyalah guna kebebasan yang diberi, perbuatan tidak bertanggungjawab segelintir NGO telah mencemarkan nama baik NGO lain.
    “Undang-undang tidak mengenali sesiapa sahaja termasuk NGO, mereka yang terbabit perlu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku, tindakan sebegitu tidak perlu dibiarkan,” katanya -

    ReplyDelete
  3. Wanita UMNO Malaysia menyeru seluruh rakyat, khususnya kaum wanita termasuk di kalangan penyokong dan ahli pembangkang untuk bersatu padu demi untuk terus menjamin kestabilan dan pembangunan negara.

    ReplyDelete
  4. Ketuanya, Datuk Shahrizat Abdul Jalil berkata, biarpun mempunyai perbezaan ideologi dan pendekatan berpolitik, namun itu tidak boleh dijadikan alasan untuk kaum wanita terus berpecah belah.

    ReplyDelete
  5. “Bagi pihak Wanita UMNO, saya merasa amat bimbang dengan perkembangan politik polirisasi yang kini yang sedang berlaku di negara ini. Saya meminta semua pihak baik Barisan Nasional mahu pun pembangkang, marilah kita bersatu padu. Cukuplah, PRU 13 pun sudah lepas.

    ReplyDelete
  6. Selain itu, beliau turut menyatakan rasa puas hati dengan prestasi Wanita UMNO yang banyak membantu kemenangan BN pada PRU kali ini.

    ReplyDelete
  7. Seterusnya beliau berkata, Wanita UMNO akan terus mara ke hadapan dengan semangat yang tidak pernah pudar untuk membela agama, bangsa dan memajukan negara.

    ReplyDelete
  8. “Banyak kita telah pelajari dari PRU yang lepas. Dan kita sudah mula membuat persediaan untuk menghadapi pelbagai perkara termasuk memperbaiki diri, mengubah cara dan pendekatan kita, untuk menghadapi PRU ke 14 lima tahun lagi,” jelasnya.

    ReplyDelete
  9. Pemilihan UMNO yang bakal diadakan tahun ini akan memperkukuh keyakinan anggotanya terhadap kelansungan parti walaupun telah berusia lebih 67 tahun, kata penganalisis politik tempatan, Prof. Dr. Ahmad Atory Hussein.

    Jelas beliau, apabila kepimpinan parti melaksanakan pembaharuan dengan melakukan pindaan dalam Perlembagaan UMNO dan kemudiannya diaplikasikan dalam realiti pemilihan yang sebenar maka ia telah memberi peluang kepada rakyat membuat penilaian bukan sahaja kepada UMNO tetapi juga kepada parti-parti politik lain di negara ini.

    “Rakyat akan membandingkan dengan parti-parti pembangkang dan menilai sebagaimana pemilihan DAP yang berlangsung akhir tahun lalu dipenuhi dengan suasana kelam-kabut dan kemudiannya ada anggotanya mendakwa bahawa mereka telah dinafikan hak sebagai ahli untuk mengundi dalam pemilihan,” katanya kepada UMNO-Online.

    ReplyDelete
  10. Katanya, sikap tidak demokratik telah digambarkan dalam pemilihan parti pembangkang apabila ada anggotanya sendiri yang tidak diundang dan akhirnya mengheret ke mahkamah untuk tuntutan keadilan.

    “Kemelut yang berlaku dalam parti pembangkang menjadi cermin kepada masyarakat dalam melakukan penilaian dengan melihat bagaimana parti yang kononnya telus dan memperjuangkan demokrasi tetapi gagal mengadaptasikannya.

    “Perkara tersebut diketepikan dalam UMNO apabila transformasi dilakukan dengan pemilihan parti akan melibatkan lebih ramai ahli dalam proses untuk menentukan pemimpin disemua peringkat termasuklah pimpinan pusat.”

    ReplyDelete
  11. Ujar beliau, dengan pembabitan lebih 150,000 perwakilan UMNO daripada 191 bahagian di seluruh negara maka tentunya individu yang benar-benar layak dan mampu bekerja untuk parti akan menjadi pilihan.

    “Dengan pelaksanaan ini, ia telah membuka seluas-luasnya ruang untuk memilih calon pemimpin kepada semua anggota termasuklah kepada mana-mana individu yang mahu menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon berdasarkan kepada syarat-syarat mudah.

    “Pemimpin yang benar-benar bekerja untuk rakyat tidak gentar dalam pemilihan atau berdepan dalam jawatan yang dipertandingkan dan dalam hal ini pakatan pembangkang tidak layak untuk mempersoalkan berkaitan ketelusan dan integriti dalam pilihan raya kerana di peringkat partinya pun mereka ternyata gagal.”

    ReplyDelete
  12. Tambahnya, selain dapat mengetengahkan pemimpin terbaik untuk parti pemilihan terbabit juga dijangka akan dapat mengelakkan manipulasi dan penipuan lantaran anggota yang terbabit adalah dalam jumlah yang ramai.

    “Pembaharuan pemilihan UMNO ini adalah bukti jelas bahawa pemimpin UMNO tidak gentar dan terbuka untuk dicabar dan dinilai oleh anggotanya berlandaskan kepada kerja dan amanah yang telah dilaksanakan,” katanya.

    Sedang berlangsung sekarang ini siri jelajah penerangan berkaitan pemilihan UMNO ke tiap-tiap negeri dan dijangka akan berakhir penghujung bulan ini sementara Majlis Tertinggi telah menetapkan Persidangan Cawangan bermula pada 15 Julai 2013 sehingga 31 Ogos 2013.

    ReplyDelete