Tuesday, 25 June 2013

BR1M DITAMBAH TERTAKLUK BAJET 2014






BANTUAN Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan ditambah nilai peruntukannya pada Belanjawan 2014 yang akan dibentang pada Oktober, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, kerajaan komited untuk menyediakan belanjawan terbaik untuk rakyat dan perlu terlebih dahulu melihat kedudukan tahunan kewangan negara.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan turut menyasarkan untuk menurunkan defisit negara dari 4 peratus kepada 3.5 peratus pada 2014 dan seterusnya kepada 3 peratus pada 2015.

Tegas Perdana Menteri, keutamaan kerajaan pada Parlimen ke-13 yang mula bersidang hari ini adalah kepada usaha-usaha untuk menunaikan AkuJanji Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

"Perbincangan tentang Bajet 2014 akan bermula minggu depan. Saya bagi pihak kerajaan berbesar hati untuk menjemput rakyat jelata menyuarakan pandangan serta pendapat bernas berhubung pelan belanjawan negara untuk tahun depan," katanya dalam entri terbaharu blog beliau hari ini.

"Sesungguhnya kami komited untuk terus mendengar suara rakyat, dan kami akan meletakkan kepentingan rakyat jelata sebagai teras kukuh dalam rangka perbelanjaan tahunan negara," katanya.

Najib berkata demokrasi berperlembagaan yang selama ini diamalkan di negara ini jelas semakin subur dan sihat, dan rakyat sudah bertambah matang dalam membuat pilihan serta menjaga dan mengamalkan prinsip-prinsip demokrasi.

"Keputusan PRU13 menjadi bukti bahawa amalan demokrasi begitu subur dan matang di negara kita ini," katanya.

Katanya persidangan Dewan Rakyat kali ini menyaksikan penyertaan lebih ramai anggota Parlimen muda yang boleh membawa aspirasi dan semangat golongan muda yang membentuk lebih daripada 40 peratus daripada jumlah pengundi berdaftar negara.

Sambil menyifatkan ia satu perkembangan yang sihat, beliau berkata golongan muda adalah penggerak sosio-ekonomi negara yang tidak boleh dipinggirkan sama sekali dalam usaha membangunkan ibu pertiwi.

Mengucap tahniah kepada anggota Parlimen yang telah dipilih oleh pengundi berdaftar dalam PRU13, Najib berkata anggota Parlimen adalah anggota Majlis Perundangan Persekutuan yang juga dikenali sebagai Dewan Rakyat.

"Dewan Rakyat bertanggungjawab untuk mencadang, membahas, merangka serta meluluskan rang undang-undang demi kepentingan bersama seluruh rakyat jelata.

"Anggota Parlimen juga memegang peranan untuk mengkaji pelan ekonomi, bajet kerajaan serta mengkaji undang-undang sedia ada demi memperbaikinya, dan kami juga perlu mendapat maklum balas rakyat dari kawasan parlimen yang diwakili masing-masing," katanya.

Katanya beliau yakin sebagai anggota Parlimen, mereka mampu berbahas secara berhemah dan tertib serta perlu menyumbangkan idea serta pendapat yang bernas demi kepentingan rakyat.

"Kita berharap supaya anggota Parlimen komited memberikan penyertaan yang aktif agar sesuatu perbahasan boleh dijalankan dengan efisien dan bermanfaat," katanya.

Beliau turut menyeru kepada semua anggota Parlimen untuk sama-sama bekerja keras demi membangunkan negara yang dicintai kerana rakyat bergantung harapan kepada mereka.

"Bagi pihak diri saya sendiri dan kerajaan BN, saya panjangkan rasa penghargaan kepada rakyat yang telah memberikan mandat kepada saya dan BN untuk terus mentadbir negara.

"Sesungguhnya kepercayaan yang anda berikan tidak sama sekali akan disia-siakan oleh barisan pemimpin di bawah tunjang kepimpinan BN," katanya. (Bernama)

12 comments:

  1. Masyarakat awam digalakkan memberi pandangan dan dan cadangan mengenai Belanjawan 2014 melalui kiriman emel, memorandum atau surat kepada Kementerian Kewangan untuk kerajaan meletakkan teras kukuh dalam rangka perbelanjaan tahunan itu.

    Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata setiap kumpulan masyarakat awam boleh mengemukakan apa sahaja pandangan atau cadangan dari perspektif mereka dan ia akan dinilai pasukan khas kementerian itu.

    ReplyDelete
  2. “Sesiapa sahaja, anda boleh menghantar surat kepada Kementerian Kewangan (MOF) mengenai apa sahaja pandangan anda, jangan bimbang, pandangan yang betul atau salah dari perspektif anda, tidak mengapa.”

    “Anda hanya berikan kepada kami dan kami mempunyai pasukan untuk mengkajinya dan membuat penilaian. Apabila kami bentangkan belanjawan itu, ia bukan belanjawan kerajaan semata-mata tetapi belanjawan negara, belanjawan rakyat,” katanya.

    ReplyDelete
  3. Katanya kementerian itu turut mengadakan perbincangan secara bersama dengan agensinya selain mula mendapat maklum balas daripada kumpulan fokus seperti badan profesional, pertubuhan bukan kerajaan, tenaga akademik institut pengajian tinggi dan perniagaan sebaik sahaja sesi perundingan belanjawan dimulakan.

    “Kini, kita melihat Belanjawan bukan sekadar bajet untuk perbelanjaan tahunan sebaliknya ia juga adalah bertujuan untuk kita membangunkan negara dalam jangka panjang, maknanya kita ada matlamat besar iaitu menjadi sebuah Negara berpendapatan tinggi pada 2020,” katanya.

    ReplyDelete
  4. Oleh yang demikian, Ahmad Husni berkata asas kepada pertumbuhan untuk mencapai matlamat besar itu perlu diletakkan sebagai teras dalam Belanjawan 2014 dengan kesemua maklum balas, pandangan, cadangan dan hasil perbincangan diteliti serta dinilai.

    “Kita berharap setiap rakyat tampil ke hadapan memberi pandangan dan cadangan mereka. Isu ideologi (politik) telah tamat, masa pilihan raya kita ada ideologi parti A, B, C dan D. Sekarang kita ada ideologi untuk membantu Negara mencapai pendapatan tinggi, kejayaan kita semua akan memberi kesejahteraan kepada rakyat, jadi kita menuju ke depan untuk mencapainya,” katanya.

    ReplyDelete
  5. Ahmad Husni, yang juga anggota Parlimen Tambun, berkata kerajaan akan memasukkan beberapa Aku Janji yang dibuat pada pilihan raya umum lepas dalam Belanjawan 2014 seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang akan ditambah nilai peruntukannya dengan melihat kedudukan tahunan kewangan kerajaan.

    Bagi belanjawan tahun ini, sasaran defisit 4.0 peratus dijangka dapat dicapai selepas mendapati pendapatan serta perbelanjaan negara menuju ke arah itu, katanya.

    ReplyDelete
  6. “Pada tahun depan, kita sasar ia diturunkan kepada 3.5 peratus, dan pada tahun 2015 sebanyak 3.0 peratus sebelum kita terus berusaha untuk mendapatkan belanjawan seimbang dan kemudian ada lebihan. Itu matlamat kita dari segi pengurusan kewangan negara,” katanya.

    Belanjawan 2014 dijangka dibentang di Parlimen pada Oktober ini, katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kita nantikan berita baik dalam belanjawan 2014.

      Delete
  7. Datuk Seri Najib Razak said the 1Malaysia People's Aid (BR1M) would continue to be given because it was a focused programme which had a major impact on the people.


    ReplyDelete
  8. The prime minister said BR1M reached the target group more than the bulk subsidy which he added also benefited the rich, foreign workers and law breakers such as smugglers.


    ReplyDelete
  9. "There is much leakage (in bulk subsidy), but with BR1M the recipients can make use of the money to shop, buy infant milk, school bags and clothing.


    ReplyDelete
  10. "This can indirectly help uplift the local economy such as the farmers' markets, retail shops and so on," he told reporters.


    ReplyDelete