MASIH ramai umat Islam di
negara ini mengambil mudah mengenai fatwa 'merokok adalah haram' yang
diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama
Islam pada 1995.
Justeru, Menteri Muda di
Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Sarawak Datuk Abdul Rahman meminta umat
Islam, khususnya di negeri itu memahami maksud tersirat di sebalik pengharaman
berkenaan.
"Kita tidak mahu
kehidupan kita dibelenggu dengan perbuatan yang diharamkan oleh Islam serta
memudaratkan kesihatan kita," katanya ketika berucap merasmikan Seminar
Pendidikan Fatwa Kesihatan 2013, di sini hari ini.
"Keputusan muzakarah
yang diputuskan banyak berkait rapat dengan kepentingan nasional dan masyarakat
awam yang perlu diberi perhatian dan dipatuhi. Program seperti ini merupakan
wadah yang amat baik bagi menyebar luas keputusan-keputusan fatwa yang telah
dibincang bagi pengetahuan kefahaman masyarakat
awam," katanya.
Seminar hari ini menumpukan
tiga isu penting iaitu rokok, pelalian, dan pengguguran bayi dengan penekanan
kepada isu kesihatan yang telah dikenal pasti bagi mendidik masyarakat Islam
tentang pandangan agama dan hukum mengenai isu berkenaan. (Bernama)
No comments:
Post a Comment