Monday, 24 June 2013

ADA ANGGOTA POLIS CEDERA, PATAH GIGI






KETUA Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, beberapa orang anggotanya cedera dalam pertembungan dengan kumpulan peserta perhimpunan berhampiran bangunan Parlimen hari ini.

Mohmad bekata, kejadian itu antara lainnya mengakibatkan seorang pegawai kanan polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sentul mengalami kecederaan di mata kanan dan hidung.

Seorang anggota polis IPD Dang Wangi terseliuh ibu jari tangan kiri dan patah gigi hadapan, katanya lagi.

"Peserta perhimpunan juga telah membuat provokasi dengan membaling botol air, telur dan menyimbah cat terhadap anggota polis yang bertugas," katanya dalam kenyataan berkenaan.

Tambahnya, seramai 29 orang lelaki dan tiga wanita ditahan perempuan termasuk Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin dan aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim ditahan dalam kejadian tersebut.

Suasana perhimpunan berkenaan bertukar tegang pada kira-kira jam 11.10 pagi apabila kumpulan tersebut cuba melepasi sekatan polis yang berkawal di kedudukan kira-kira 800 meter dari pintu pagar Parlimen.

Kumpulan berkenaan bagaimanapun tidak berjaya melepasi sekatan polis, yang berkawal di Jalan Parlimen dengan kekuatan kira-kira 300 orang anggota.

Kumpulan tersebut terdiri dari kira-kira 50 orang aktivis yang disuraikan dari tapak perkhemahan mereka di Padang Merbok dan disertai serami kira-kira 150 orang lagi yang seterusnya mengadakan protes dengan berbaring di atas jalan berkenaan sejak jam 10 pagi ini.

24 comments:

  1. Perhimpunan haram di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada Sabtu lepas mencatatkan kehadiran sekitar 20,000 penyokong pembangkang sedangkan sasaran awal mencecah lebih 500,000 orang.

    Untuk menutup malu dan kekecewaan, ada yang menambah jumlah itu kepada 30,000 sehingga lebih 50,000 mahupun 100,000 orang, walaupun itu cuma 10 ke 20 peratus daripada sasaran, di samping menyalahkan jerebu sebagai punca kurangnya sambutan.

    Walaupun jumlah peserta jauh lebih kecil daripada sasaran penganjur, beberapa insiden provokasi turut berlaku seperti serangan ke atas anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, mengibar bendera merah putih, sepanduk menghina pegawai kanan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan beberapa kejadian lain.

    ReplyDelete
  2. Pemerhati di perhimpunan itu pula mendapati peserta berbangsa Cina banyak berkurangan. Rata-rata yang hadir dilihat sebagai penyokong PKR ataupun anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut serta.

    Apa yang diharap dan didoakan majoriti rakyat akhirnya tercapai apabila perhimpunan haram itu tidak melarat menjadi huru-hara besar sehingga menjejaskan keselamatan dan keharmonian negara, khususnya kepada rakyat yang bekerja atau tinggal di kawasan berhampiran.

    Sungguhpun satu lagi hari hujung minggu dibazirkan, kebimbangan rakyat untuk keluar pada hari Sabtu lalu akhirnya berlalu secara aman tetapi kesannya tetap dirasakan rakyat di samping menconteng arang pada imej negara.

    ReplyDelete
  3. Tokoh akademik, Tan Sri Ibrahim Abu Shah merasakan apa yang dilakukan pembangkang selama ini telah menimbulkan persepsi negatif pihak luar terhadap rakyat dan Malaysia.

    "Gambar demonstrasi yang dipaparkan pihak luar akan menunjukkan seolah-olah kita menghadapi masalah besar, kononnya majoriti rakyat turut serta sedangkan segelintir kecil sahaja datang.

    "Persepsi buruk yang akan tersebar, Malaysia kini kacau bilau, tiada perpaduan. Ini tidak betul kerana negara kita aman, mereka yang tidak puas hati keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sahaja menuduh tanpa bukti sedangkan rakyat tidak mahu dan tiada sebab untuk adakan demonstrasi," tegasnya.

    Beliau bimbang implikasi ke atas sektor pelancongan dan ekonomi negara, khususnya pelaburan asing apabila masyarakat luar melihat Malaysia tidak amalkan demokrasi sebenar dan sama seperti negara-negara Arab yang bergolak.

    ReplyDelete



  4. Melihatkan sambutan yang jelas berkurangan dalam perhimpunan Sabtu lalu, beliau juga terkejut khususnya penyertaan orang Cina dan penyokong parti Pas yang nyata jauh berkurangan berbanding perhimpunan lain sebelum ini.

    "Perhimpunan selepas PRU13 majoritinya orang Cina tapi tidak seramai itu pada Sabtu lalu. Saya harap ini petanda mereka sudah buka minda akan implikasi terhadap jurang antara kaum jika terus menyokong DAP.

    "Puak pakai kopiah (Pas) pun berkurangan. Penyokong Pas mungkin berbelah bahagi dan ada kesedaran, yang rasional tidak sokong," katanya.

    Beliau turut menolak alasan jerebu sebagai punca jumlah kecil peserta seperti mana dikatakan Anwar Ibrahim semasa perhimpunan tersebut kerana penyokong tegar pembangkang sebelum ini sanggup meredah hujan untuk turut serta.

    ReplyDelete
  5. Tambahnya, acara demonstrasi yang telah lama diadakan pembangkang dilihat semakin hilang momentum, mungkin juga menandakan kepercayaan dan sokongan kepada kepimpinan pembangkang semakin berkurangan.

    "Sudah ada yang mempersoal kredibiliti pemimpin mereka, mungkin juga sudah buka minda selepas sedar ditipu dan tidak mahu bersekongkol. Lama-lama pasti akan sedar tuduhan 'bangla dan blackout' itu penipuan, berapa lama boleh tipu rakyat?

    "Walaupun perhimpunan itu sudah susun tempat berkumpul dan berarak tetapi tidak juga menjadi. Makin lama makin berkurangan, kini sokongan kepada kepimpinan pembangkang sudah menurun dengan teruk," jelasnya.

    Ibrahim menjangkakan penyertaan lebih merosot jika Anwar mahu membuat perhimpunan lagi selepas ini kecuali digunakan taktik kotor seperti melibatkan duit dan sebagainya.

    ReplyDelete
  6. "Saya berharap pihak berwajib tidak takut bertindak terhadap penganjur dan peserta perhimpunan haram, bukannya mahu digunakan kekerasan melampau tetapi gunakan undang-undang sedia ada sudah mencukupi sebelum mereka pijak kepala kita," ujarnya.

    Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohamad Faisol Keling pula melihat perhimpunan haram dan demonstrasi berterusan lebih mencemar imej pembangkang daripada imej negara.

    "Tindakan pembangkang yang sengaja mewujudkan suasana tidak selesa selama ini memang memberi kesan kepada imej negara tetapi imej mereka lebih teruk terjejas.

    "Tuduhan tidak berasas mereka tentang PRU13 memakan diri sendiri apabila masyarakat luar melihat pembangkang di negara ini tidak matang berpolitik, lebih memburukkan imej sendiri sahaja," katanya.

    ReplyDelete
  7. Menurutnya lagi, orang luar melihat pembangkang sengaja mereka-reka tuduhan agar masyarakat tempatan dan antarabangsa tidak yakin dengan kerajaan yang dipilih.

    Beliau mendakwa, kerana itu juga perhimpunan pembangkang Sabtu lalu tidak mendapat liputan meluas seluruh dunia kecuali dalam kalangan media dan pihak yang mempunyai agenda tertentu.


    "Masyarakat antarabangsa masih yakin dengan kerajaan Malaysia. Kesannya ada kerana dahulu kemakmuran kita dahulu tiada demonstrasi dan tindakan ganas tetapi kini sudah ada kebimbangan terhadap semua itu," jelasnya.

    Beliau melihat perkara penting kini adalah kerajaan masih berjaya mengawal daripada kejadian buruk mahupun kes keganasan besar sehingga darurat tetapi lebih penting tiadanya sokongan rakyat terhadap perhimpunan haram dan gerakan seumpamanya.

    "Perhimpunan haram hanya mendapat banyak sokongan di kawasan tertentu tetapi tidak di negeri-negeri lain. Tanpa sokongan, pembangkang tetap gagal mencetuskan situasi di luar kawalan seperti yang diharapkan sesetengah pihak," ujarnya.

    ReplyDelete
  8. Keadaan di negara ini sepatutnya kembali tenang dan bebas daripada kemelut politik selepas berlangsungnya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Tempoh selepas pilihan raya ini seharusnya digunakan dengan sebaik mungkin oleh wakil rakyat yang terpilih untuk berkhidmat di kawasan masing-masing bagi membalas jasa pengundi.

    ReplyDelete
  9. Tetapi apa yang dilakukan pembangkang sekarang adalah sebaliknya. Mereka kini sibuk dengan perhimpunan demi perhimpunan, kononnya atas alasan berlaku penipuan dalam pilihan raya umum lalu.

    ReplyDelete
  10. Adalah wajar pihak penganjur Himpunan 505 itu memikirkan soal keselamatan dan mengambil kira perasaan rakyat yang tidak suka pada keadaan yang boleh menimbulkan huru-hara.

    ReplyDelete
  11. Dari dulu hingga sekarang, mereka menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai kambing hitam dan menuntut supaya Pengerusi dan Timbalannya melepaskan jawatan masing-masing.
    Nada mereka sama saja dan tidak berubah sejak sebelum pilihan raya sehingga sekarang. Selagi tidak menang, selagi itulah ia menjadi perjuangan mereka. Inilah apa yang katakan sebagai ‘rumah siap, pahat berbunyi’.

    ReplyDelete
  12. Jelas bahawa mereka belum puas berkempen dan berpolitik. Mereka gagal memahami situasi di mana rakyat kini sudah muak dengan politik.
    Yang sudah itu patut sudahlah. Terimalah keputusan PRU-13 dan teruskan kehidupan.

    ReplyDelete
  13. Mereka seharusnya sedar bahawa segala janji yang ditaburkan ketika waktu berkempen dulu perlu ditunaikan. Kerja mesti diuruskan dengan baik. Pengundi berharap untuk melihat wajah wakil rakyat mereka untuk turun ke padang dan menyelesaikan beberapa masalah yang belum selesai.

    ReplyDelete
  14. Pihak pembangkang sebenarnya tidak puas hati kerana keputusan pilihan raya itu memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN). Seandainya mereka menang, sudah tentu mereka akan senyap sunyi dan tidak mempertikaikan apa-apa pun.

    ReplyDelete
  15. Katanya, tindakan tegas harus dikenakan ke atas mereka yang cuba membuat huru-hara supaya ia menjadi pengajaran kepada semua pihak.Beliau berkata, sekiranya pembangkang asyik menganjurkan perhimpunan, negara akan hancur kerana pelabur tidak akan datang jika negara menghadapi masalah.

    ReplyDelete
  16. PRU-13 sudah selesai dijalankan secara demokratik dan aman dan sudah sampai masanya setiap wakil rakyat berkhidmat kepada negara, bukan untuk melakukan huru-hara.

    ReplyDelete
  17. Semasa himpunan Blackout 505 di Padang Merbok tiga hari lepas, seluruh dunia dapat melihat bagaimana para penyokong bertindak kurang ajar menghalau kemudian mencederakan pula pegawai penguatkuasa DBKL yang menjalankan tugas.

    ReplyDelete
  18. Jaminan pemimpin PR dan penganjur kononnya himpunan itu akan berlangsung aman manakala pesertanya akan sentiasa menjaga tingkah laku masing-masing nyata hanya sekadar janji manis untuk mengabui mata umum semata-mata.

    ReplyDelete
  19. Peristiwa di petang Sabtu itu cukup untuk membuktikan budaya ganas dan kurang ajar yang serba bangsat memang sudah sebati dengan penyokong PR gara-gara wujudnya ketidakstabilan emosi selepas seringkali dihasut oleh pemimpinnya.

    ReplyDelete
  20. Selepas kejadian ganas itu mungkin ramai yang mengharapkan tiada lagi keganasan akan berlaku, tapi harapan tinggal sekadar harapan bila mana keganasan yang hampir sama berulang pula di hadapan Parlimen pada pagi Isnin semalam.

    ReplyDelete
  21. Sekumpulan penyokong PR yang asalnya berkhemah di Padang Merbok berkumpul dan melakukan provokasi mencabar pihak berkuasa yang mengawal keselamatan mengakibatkan seorang anggota polis cedera di muka sewaktu menghalang kumpulan pengganas ini yang cuba merempuh Parlimen.

    ReplyDelete
  22. Ini semua mengingatkan kita kepada keganasan penyokong PR semasa demonstrasi Bersih 3.0 pada 28 April 2012 di mana berbelas orang anggota polis dicederakan sementara sebuah kereta peronda polis pula dibaling dengan pelbagai objek dan diterbalikkan.

    ReplyDelete
  23. Segala unsur keganasan ini bermula dari perhimpunan yang didakwa aman untuk menyuarakan bantahan tapi resam manusia bila mana berkumpul beramai-ramai ditambah semangat bergelora hasil hasutan pemimpin politik dan NGO, kesudahannya keganasan yang bermaharajalela.

    ReplyDelete
  24. Kita tak tahu sampai bila senario sebegini akan berterusan dan bila ia akan berakhir, kemungkinan untuk beberapa tahun mendatang selagi mana polisi PR kekal sedemikian selagi itulah rakyat akan resah dan hidup dalam ketakutan.

    ReplyDelete