LABUAN: Mahkamah Tinggi
Labuan telah mengetepikan notis kebankrapan terhadap bekas Ahli Parlimen
Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman, sekali gus status muflis terhadapnya
dilepaskan. Keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Duncan Sikodol.
Pada 10 Mac 2010, Suhaili,
50, didenda RM10,000 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Sesyen kerana gagal
memaklumkan kepada pegawai Malayan Banking Berhad mengenai status muflisnya
ketika bertindak sebagai penjamin kepada syarikat Saraequity Sdn Bhd pada 3
April 1996.
Pada tarikh tersebut,
Saraequity mengemukakan permohonan pinjaman berjumlah RM110,000 dan kemudahan
overdraf sebanyak RM50,000 untuk membeli sebuah unit apartmen di tingkat dua
Pusat Api-Api, Kota Kinabalu.
Suhaili, yang juga bekas
ketua Umno bahagian Labuan, didakwa mengikut Seksyen 109(1)(m)(ii) Akta
Kebankrapan 1967 yang membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda
atau kedua-duanya.
Beliau diisytiharkan muflis
menerusi perintah mahkamah bertarikh 19 Februari 1993 yang hanya ditarik balik
pada 9 Mei 1997.
Pada 16 Mac tahun yang sama,
Suhaili memfailkan notis rayuan dan usul untuk semakan terhadap sabitan dan
hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen.
Pada 27 September 2010,
Mahkamah Tinggi mengetepikan sabitan dan hukuman terhadap Suhaili dan
mengarahkan denda yang dibayar oleh ahli politik itu dikembalikan.
Mahkamah Tinggi memutuskan
bahawa kebankrapan Suhaili telah dibatalkan kerana dia tidak sepatutnya
diisytihar muflis terlebih dahulu. (Bernama)
Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini mencadangkan agar individu yang diisytihar muflis, bankrap dan disenaraihitam oleh insititusi kewangan diberi peluang kedua keluar dari kemelut kebankrapan melalui pelepasan automatik selepas tempoh tertentu.
ReplyDeleteKetua pergerakan itu Khairy Jamaluddin berkata amalan tersebut dilaksanakan di beberapa negara luar bagi membantu golongan itu agar tidak terus dibebani kepayahan membuat pinjaman dan disekat untuk ke luar negara umpamanya.
ReplyDelete"Pelepasan automatik perlu diberikan selepas tempoh tertentu. Di luar negara, ada yang menetapkan diberi pelepasan ini selepas satu hingga tiga tahun (diisytihar bankrap).
ReplyDelete"Cadangan ini diharap dapat dimasukkan dalam pindaan Akta Bankrap 1967 yang saya difahamkan sedang dalam peringkat akhir untuk digubal sebelum dihantar ke Peguam Negara.
"Akta yang ada ketika ini terlalu ketat kepada mereka yang teraniaya ibarat pesalah yang menerima hukum mati ekonomi," katanya.
ReplyDeletePada Perhimpunan Agung Umno tahun lepas, Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi komitmen bahawa undang-undang kebangkrapan sedia ada akan dikaji dan dirombak bagi melepaskan individu dari kemelut kebankrapan.
ReplyDeleteKhairy berkata cadangan itu bagaimanapun perlu diteliti dan dikaji supaya golongan muflis dan bankrap itu tidak menyalahgunakannya sehingga wujud unsur penipuan.
ReplyDeletePemuda Umno juga mencadangkan agar satu insurans perlindungan khas diwujudkan kepada penjamin dalam pindaan akta tersebut agar tidak lagi teraniaya menanggung beban orang yang berhutang, katanya.
Katanya ketika ini institusi kewangan akan membekukan atau menyita aset dan harta penjamin demi melunaskan hutang pemiutang dan perkara itu menjejaskan ekonomi dan kehidupan penjamin.
ReplyDelete"Mereka juga terpaksa menanggung pelbagai kos termasuk kos guaman," katanya.
Perubahan gaya hidup dan kos sara hidup yang semakin meningkat terutama di bandar besar menyebabkan peningkatan kes muflis atau bankrap sejak beberapa tahun lalu.
ReplyDeleteSebahagian besar daripada mereka pula adalah generasi muda yang teruja menjalani gaya hidup mewah di kota besar walaupun baru bekerja selepas tamat pengajian di universiti.Banyak yang hidup dengan slogan “tak ukur baju di badan sendiri” atau “biar papa asal bergaya”.
ReplyDeleteTerdapat laporan lebih 50,000 orang muda berusia 34 tahun ke bawah yang diisytiharkan muflis dalam tempoh lima tahun lalu bukan sesuatu yang mengejutkan.
ReplyDeleteRekod Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) menunjukkan peningkatan jumlah kes muflis yang didaftar pada kadar 5.5 peratus setahun.Ianya bukan satu angka yang kecil sebenarnya.
ReplyDeleteKalau sebut pasal muflis atau bankrap di Malaysia, angka-angka yang ditunjukkan sekarang memang agak membimbangkan.Kalau dah kena akta kebankrapan ini, bukan senang nak selesaikan.
ReplyDeletebgslah lepas dari status bankrap
ReplyDelete