Tuesday, 25 June 2013

‘KABINET BAYANGAN’ TIDAK BERGUNA






Oleh : MD IZWAN

PAKATAN Rakyat (PR) menyambut baik cadangan Yang di-Pertua Dewan Rakyat (Speaker)  Tan Sri Pandikar Amin Mulia supaya penubuhan 'Kabinet Bayangan' tetapi menyifatkan ia tidak berguna selagi tiada perkongsian maklumat dengan kementerian-kementerian dalam kerajaan.

Dalam ucapan pemasyhuran semalam, Pandikar memberikan amanat kepada ahli-ahli Parlimen supaya berubah dan langkah tersebut boleh dimulakan dengan penubuhan 'Kabinet Bayangan' bagi memudahkan proses perdebatan dalam sidang Dewan Rakyat.

"Tidak ada perkongsian maklumat, kami tidak diberi maklumat dan boleh memperolehnya menerusi pertanyaan soalan di dalam Dewan Rakyat sahaja.

"Jadi, macam mana nak jadi menteri dalam 'Kabinet Bayangan' yang berkesan?" soal ahli Parlimen Seputeh (DAP), Teresa Kok kepada The Malaysian Insider selepas selesai majlis mengangkat sumpah di Parlimen semalam.

Naib Pengerusi Kebangsaan DAP itu juga mempertikaikan layanan tidak adil yang diberikan kepada ahli-ahli Parlimen pembangkang oleh Putrajaya sebagai salah satu faktor cadangan Pandikar tidak akan berjaya dicapai selagi sistem tersebut tidak diubah oleh kerajaan.

"Kalau di luar negara dalam sistem mereka sangat hormat kepada MP alternatif, walaupun bukan dalam kerajaan... Bukan macam disini, peruntukan kepada MP pembangkang pun tidak ada.

"Ini salah satu contoh saja, kami dipinggirkan begitu sahaja dan tidak diberikan maklumat. So, macam mana nak mainkan peranan? So ini nanti tinggal hanya nama sahaja," katanya lagi.

Ahli Parlimen Shah Alam (PAS) Khalid Samad juga senada dengan Teresa kerana menyifatkan sesebuah "kabinet bayangan" sewajarnya dibekalkan dengan maklumat-maklumat daripada kementerian kerajaan kerana setiap anggota Dewan Rakyat perlu mengetahui tentang isu dan perkara yang berlaku dalam sesuatu kementerian.

"Perkara-perkara ini perlulah dilaksanakan untuk menentukan keberkesanan seorang menteri 'kabinet bayangan', kerana kalau nak bercakap tentang sesuatu isu tersebut dia juga perlu tahu tentang isu tersebut," kata Khalid mengulas tentang cadangan Pandikar.

Khalid dalam pada itu juga berkata sekiranya kementerian-kementerian tersebut enggan berkongsi maklumat, sekurang-kurangnya Putrajaya memberikan kebebasan kepada media untuk melaporkan sebarang perkembangan ataupun berita bagi memudahkan kepada menteri "kabinet bayangan" mendapat akses.

"Itulah, kalau kita nak kabinet ini efektif, sekurang-kurangnya perlulah free media lah... Kalau tidak ada free media, payahlah nak kongsi maklumat," kata Khalid lagi disamping bertegas ia lebih baik sekiranya kebebasan media diberikan dan pada masa sama kementerian memberikan maklumat kepada menteri "kabinet bayangan".

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli bagaimanapun menyambut baik cadangan itu tetapi membayangkan barisan pemimpin yang akan berada dalam "kabinet bayangan" perlulah dikalangan mereka yang mempunyai kapasiti dan pengetahuan dalam portfolio bakal akan ditetapkan.

"Masanya sudah tiba untuk kita ada kabinet bayangan, ia tidak ada isu dengannya.

"Cuma kita kena pastikan mereka yang berada dalam Kabinet ini dia kena bagus lah... maknanya bila ada Kabinet ini, harapan rakyat juga mestilah tinggi dan kita kena juga kena pastikan kualiti mencapai tahap yang rakyat mahu," kata Rafizi.

Rafizi juga berkata ahli Parlimen yang dilantik berada dalam Kabinet juga perlu lebih mendekatkan diri mereka dengan pihak luar dan tidak hanya aktif semasa sidang Parlimen sahaja.

PR pada sidang Dewan Rakyat Ke-12 lalu tidak pernah mengemukakan sebarang "kabinet bayangan" malahan sebarang usaha ke arah mewujudkannya mendapat tentangan dan tidak mendapat persetujuan secara kolektif.

Malahan, pada Oktober 2012 lalu berlaku pertikaian antara parti dalam PR apabila satu senarai "kabinet bayangan" yang dikeluarkan oleh PKR telah bocor dan menyebabkan timbalan pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw mengecamnya sebagai sebagai khayalan kerana Parlimen belum dibubarkan tetapi sudah meletak calon dalam kementerian tertentu.

Pilihan Raya 2013 menyaksikan Barisan Nasional (BN)  yang diterajui Perdana Menteri Datuk Najib Razak kembali berkuasa dengan memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen, yang turut menyaksikan Anwar dan PR tidak berpuas hati dengan keputusan itu dan mengadakan perhimpunan Black 505 di seluruh negara sejak 8 Mei. (TMI)

26 comments:

  1. Dengan berlangsungnya majlis angkat sumpah 222 Ahli Parlimen semalam dan bermulanya Persidangan Dewan Rakyat bagi penggal ke-13, ia sekali lagi membuktikan proses demokrasi masih kekal subur di negara ini. Sebelum ini, bantahan demi bantahan dilakukan Ahli Parlimen pakatan pembangkang bagi memprotes keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei lalu kerana didakwa tidak telus dan memihak kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN). Mereka juga menggugut memboikot majlis angkat sumpah semalam, namun akhirnya semua Ahli Parlimen pembangkang itu hadir dan majlis angkat sumpah berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemimpin Umno dan BN pula kenalah ingat mereka berada di dewan rakyat dan mengangkat sumpah hari ini bukan kerana mereka kuat, berpengaruh dan berkuasa. Mereka diletakkan disitu oleh rakyat bukan oleh Umno. Umno hanya sebuah jentera yang meletakkan dan menamakan mereka dan kuasa yang mengangkat adalah rakyat.

      Delete
  2. Ia secara automatik mengesahkan pembangkang kini menerima dan mengiktiraf keputusan PRU-13 dibuat rakyat menerusi peti undi. Sekarang adalah masa terbaik menyuarakan harapan pengundi di dewan mulia itu bagi memastikan proses transformasi pembangunan dapat diteruskan. Suara akar umbi perlu dibawa, dibincang dan dibahaskan pada mesyuarat pertama, penggal pertama Parlimen ke-13. Tiada alasan lagi untuk mereka bertindak tidak matang dengan mengapikan perasaan penyokong yang kebanyakannya gagal mendapat gambaran sebenar mengenai proses demokrasi di Malaysia. Kekecohan yang cuba dicetuskan sekumpulan aktivis di jalan utama menuju Bangunan Parlimen ketika majlis angkat sumpah hanya perbuatan tidak bertanggungjawab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apabila Dap hanya berjaya mendapat 38 kerusi parlimen setelah berjaya menipu Melayu dalam Pas dan Pkr dan selepas kegagalan beberapa siri 505 mereka manarik hand brake. Sebab lain mereka menarik hand brake kerana al-jub menipu dalam isu petisyen. Semasa ceramah cakap lain tetapi masa petisyen cakap lain. Al-jub hanya membawa satu itu yang lemah iaitu isu dakwat. Isu blackout dan isu pengundi hantu tak ada.

      Delete
  3. Komposisi 133 wakil BN dan 89 pakatan pembangkang di Parlimen menggambarkan suasana yang lebih berbeza berbanding sebelum ini. Ketika kerajaan berusaha membawa Malaysia menuju negara maju menjelang 2020, wakil pembangkang perlu menjadi pembahas yang baik dan menilai dasar kerajaan secara bertanggungjawab. Peranan mereka bukan sekadar membangkang, bahkan menjadi peneliti dan penyuara hasrat rakyat yang terlepas daripada pandangan umum. Kita harap mereka menggunakan sesi persidangan secara matang dan berhemah, tidak mencetuskan polemik tidak sepatutnya. Rakyat memerhati secara terperinci setiap perbahasan di Dewan Rakyat dan akan menghukum kecuaian mereka jika gagal membawa amanah diberikan menerusi peti undi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang berkampung di padang tersebut adalah majoriti pelajar unversiti. Mereka lupa bahawa mereka telah diperalatkan oleh musuh mereka supaya menjadi bodoh dan gagal.

      Delete
  4. Saranan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia supaya pakatan pembangkang menubuhkan kabinet bayangan perlu dipertimbangkan. Cadangan berkenaan bertujuan memudahkan proses perdebatan dalam konteks mengenal pasti pembahas utama dalam isu membabitkan kepakaran mereka. Sekarang masa terbaik memikirkan kepentingan rakyat dan negara, serta mengetepikan kepentingan peribadi. Ahli Parlimen sepatutnya menghormati gelaran Yang Berhormat – YB, bukannya bertindak kebudak-budakan ketika di Dewan yang mulia itu.

    ReplyDelete
  5. RASANYA tak perlu nak terkejut jika ada pemimpin politik yang bertindak menyokong kenyataan si penghina-penghina YDP Agong. Sudah acap kali kedengaran apabila ada yang berkaitan Melayu yang disebut oleh orang bukan Melayu, maka pasti adanya sokongan dari ahli politik pembangkang di Malaysia. Apa sudah jadi?

    ReplyDelete
  6. Gooi Hsiao Leung, Ahli Parlimen Alor Setar baru-baru ini menyokong kenyataan berbaur penghinaan terhadap YDP Agong oleh seorang penyokong pakatan yang juga dari kaum yang sama iaitu, Melissa Gooi.

    ReplyDelete
  7. Dalam satu status dalam akaun facebook beliau Melissa Gooi mempersoalkan sesiapa yang mendengar titah Agong semasa majlis Keputeraan YDP Agong

    ReplyDelete
  8. Status tersebut dibalas dengan komen-komen pedas dari rakan-rakan beliau yang berupa penghinaan terhadap Agong.

    ReplyDelete
  9. Dah dasar orang gasar memang adatnya begitu, apa sahaja yang tidak kena dengan Melayu pasti disanggahnya.

    ReplyDelete
  10. Jika hak Melayu dan Bumiputra berani disanggah, ini kan pula YDP Agong yang merupakan Raja Melayu di Malaysia. Sudah hilangkah jatidiri sebagai rakyat Malaysia? Sudah benci sangatkah kepada orang Melayu?

    ReplyDelete
  11. Sedangkan rakyat Thailand dihukum dengan seberat-berat hukuman kerana menghina Raja Thailandnya, ini kan pula di Malaysia. Syukur kerana kalian lahir dan diberi keistimewaan yang sama rata di Malaysia

    ReplyDelete
  12. Undang-undang dibuat oleh pemerintah untuk dipatuhi. Benar, memang di Malaysia punyai hak kebebasan bersuara yang paling longgar penguatkuasaannya tetapi bercakap biarlah berpada.

    ReplyDelete
  13. Yang salah tetap salah. Tiada campur tangan politik dalam hal sebegini. Perkara ini hanyalah melibatkan si penghina, Melissa Gooi dan kedaulatan YDP Agong sebagai mangsa penghinaan. Apa lagi yang Cina mahu?

    ReplyDelete
  14. Rafizi, Husam dan al-Jub gagal dalam usaha menjatuhkan kerajaan yang bermula Sabtu lalu dan hingga hari ini.

    ReplyDelete
  15. Kaum Cina Dap pula tidak menghadapi masalah untuk angkat sumpah kerana mereka mempunyai agenda lain.

    ReplyDelete
  16. Dap juga berasa kecewa kerana usaha mereka untuk menawan Putrajaya telah gagal. 2008 percubaan pertama mereka dan 2013 Dap telah all out secara total dan semaksima mungkin untuk menggulingkan kerajaan namum Allah tidak mengizinkan.

    ReplyDelete
  17. Anwar pula menonggang Dap chauvinist dan Pas kawarij untuk membolehkan beliau menjadi PM juga gagal.

    ReplyDelete
  18. Hanya tinggal Pas yang tidak beriman masih mempercayai Anwar.

    ReplyDelete
  19. Kegagalan Dap ialah kerana melayu bersatu dalam mempertahankan hak. Pas bukan parti melayu juga gagal kerana tidak memperjuangkan survival Melayu. Pas adalah "Party For All" yang menyokong semua tuhan, semua mazhab, semua agama dan menghalalkan LGBT

    ReplyDelete
  20. melayu bersatu untuk memenangkaan government of the day iaitu Umno dan BN dengan keupaayaan yang kecil dan terhad.

    ReplyDelete
  21. Ramai melayu tidak turun mengundi kerana kurang rasa tanggung jawab untuk mempertahankan hak melayu. Mereka ini ialah golongan yang tak ambil tahu hal dunia dan akhirat. Golongan inilah yang mudah dibeli oleh pembangkang untuk menyokong mereka.

    ReplyDelete
  22. Dap berkeyakinan bahawa untuk menang melalui petisyen memang susah, hanya Pas sahaja yakin sebab mereka mendapat nasihat daripada peguam yang bijak mencari pelanggan. Menang atau kalah belakang kira, yang penting ialah ada masyuk.

    ReplyDelete
  23. Sedarlah melayu, government of the day telah banyak berjasa kepada anak melayu. jika tidak ada kerajaan Umno tidak meresakan melayu duduk di Lembah Kelang dan bekerja di tingkat 50 atau 60. Semuanya akan terus duduk di pelantar melihat sawah dan parit di kampung mereka.

    ReplyDelete