Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak telah mengesahkan beliau tidak menandatangani perjanjian perdamaian
dengan Pakatan Rakyat (PR) yang dibroker oleh bekas naib presiden Indonesia
Jusuf Kalla, mengatakan beliau perlu mendapatkan persetujuan pemimpin Umno lain
dan ianya mengambil masa panjang.
Dalam wawancara bersama
majalah Tempo dari Indonesia, beliau mengatakan, walaupun tiada perjanjian
diantaranya untuk PR dan Barisan Nasional (BN) menerima keputusan pilihan raya
5 Mei dan memastikan peralihan kuasa secara aman jika pembangkang menang,
beliau komited kepadanya.
Najib mengatakan perdamaian
masih boleh dilakukan tetapi hanya jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima
keputusan pilihan raya. Berita mengenai perjanjian itu menjadi pengetahuan umum
apabila ianya dibocorkan kepada akhbar antarabangsa beberapa hari selepas
pilihan raya sengit menyaksikan BN mengekalkan kuasa dengan majoriti lebih
kecil tanpa undi popular.
Anwar dan PR berada dalam
keadaan tertekan berikutan daripada pendedahan perjanjian untuk menerima
keputusan pilihan raya itu.
Akan tetapi ketua
pembangkang itu mengatakan perjanjian itu tidak sah kerana terdapat penipuan besar-besaran
dalam pilihan raya dan Najib tidak menandatanganinya.
Tempo mengatakan idea untuk
perjanjian perdamaian itu berlaku sekitar akhir April, sebelum Malaysia
mengadakan pilihan raya umum ke 13. Anwar melawat Kalla di rumahnya di Jakarta
dan membangkitkan kemungkinan untuk mengakhiri ketegangan selepas pilihan raya
di Malaysia. Anwar meminta Kalla untuk menjadi pengantara dengan Najib. Tempo
mengatakan Kalla dan Najib rapat kerana latarbelakang Bugis mereka.
Pada ketika itu, Anwar yakin
PR akan menang pilihan raya itu. Tempo mengatakan isu perdamaian timbul kembali
dua minggu lalu selepas pertemuan Anwar dan Najib dengan Kalla.
DI bawah adalah petikan
temuramah Najib dengan Tempo semasa lawatan peribadinya di Jakarta.
Apakah iklim politik
Malaysia terlalu panas sehingga anda perlu bermain golf di Jakarta?
Saya masih belum berehat
selepas pilihan raya. Secara kebetulan, isteri saya mempunyai acara untuk
dihadirinya, jadi saya dapat datang bersama dan bermain golf, bertemu
rakan-rakan lama dan memerhatikan bagaimana pembangunan telah berlaku. Hubungan
dengan Indonesia penting dan banyak isu boleh diselesaikan secara tidak formal.
Apakah itu sebabnya anda
bertemu Jusuf Kalla? Dilaporkan anda berdua main golf di Halim.
Semasa saya memegang jawatan
timbalan perdana menteri, Jusuf Kalla adalah naib presiden. Kami rakan
sejawatan dan mempunyai latarbelakang sama. Dia Bugis dan saya Bugis. Isteri
kami kedua-dua Minang (berasal dari Sumatera Barat). Sepanjang banyak lawatan,
kebanyakannya secara tidak rasmi, kami berkomunikasi. Kali ini kami main golf
bersama.
Bukankah Jusuf Kalla cuba
menjadi pengantara diantara anda dan Anwar Ibrahim?
Anwar Ibrahim yang meminta
Kalla menjadi pengantara.
Apakah syarat kepada
perjanjian ini?
Pertama, keputusan pilihan
raya mesti diterima. Anwar Ibrahim sudah menandatangani surat komitmen di
hadapan Kalla. Tetapi setakat ini, Anwar masih belum menerima keputusan pilihan
raya secara rasmi.
Kami dengar anda enggan
menandatangani surat itu.
Sebagai presiden parti
(Umno), saya perlu mendapatkan persetujuan daripada pemimpin parti sebelum saya
menandatanganinya. Prosesnya panjang, tetapi saya kekal komited [kepada
perjanjian]. Pada ketika itu Pak Jusuf Kalla kata, sebagai seorang Bugis, kita
harus mempunyai integriti. Kata-kata kita adalah janji. Itu adalah prinsip
orang Bugis.
Apakah ini bermaksud anda
masih mahukan perdamaian?
Mereka mesti terlebih dahulu
menerima keputusan pilihan raya. Itu adalah keutamaan perjanjian dan Anwar
sendiri telah tandatangan. Kita terus memerhatikan perkembangannya. (TMI)
Sifat gila kuasa yang dimiliki Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakibatkan Ketua Pembangkang itu sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai angan-angannya menjadi Perdana Menteri.
ReplyDeleteBekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar berkata, Anwar sedang menghadapi situasi mental berikutan kegagalan pakatan pembangkang menerima mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.
ReplyDeleteBeliau yang pernah berganding bahu dengan Anwar ketika mengasaskan PKR memberitahu, Anwar berpegang teguh pada angan-angannya itu dan akan melakukan sesuatu bagi menggagalkan pihak yang menang. "Kami yang lama mengenali Anwar tahu matlamat hidupnya yang ingin menjadi Perdana Menteri.
ReplyDelete"Saya sendiri tidak faham bagaimana Anwar boleh begitu yakin pakatan pembangkang boleh memenangi PRU-13 dengan menjadikan bilangan penyokong yang menghadiri ceramah sebagai kayu pengukur kerana keyakinan itu tidak berasas," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
ReplyDeleteChandra mengulas kenyataan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang menyifatkan Anwar sebagai pemimpin yang mempunyai imaginasi sangat melampau kerana masih ingin menjadi Perdana Menteri meskipun pakatan pembangkang kalah dalam PRU-13.
ReplyDeleteTambah Chandra, Anwar akan terus berpegang pada keyakinan tidak berasas itu selagi ada pihak yang menyokongnya dari belakang. "Namun, saya berpandangan, sokongan terhadap Anwar dari dalam dan luar negara kini semakin merosot," ujarnya.
ReplyDeleteDalam pada itu, bekas rakan seperjuangan Anwar semasa mengasaskan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ismail Mina Ahmad menyifatkan Penasihat PKR tersebut sebagai seorang yang khayal.
ReplyDeleteBeliau yang juga Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) menjelaskan, keputusan PRU-13 secara logiknya menyebabkan Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri.
ReplyDelete"Bagaimanapun sifat Machiavellinisme pada diri Anwar mendorongnya menggunakan pendekatan sosiologi termasuk menganjurkan demonstrasi jalanan seperti yang disarankan penulis Barat, Gene Sharp bagi membantah keputusan PRU-13. "Kita bimbang kecelaruan akan berlaku dalam masyarakat ekoran pengaruh mobilisasi sosial yang didalangi Anwar," katanya.
ReplyDeleteIsmail Mina turut berpandangan, pengaruh Anwar tidak boleh dipandang remeh kerana beliau mempunyai jaringan luas dan hati cukup keras untuk melaksanakan perancangannya.
ReplyDeleteMengenai isu perdamaian nasional yang cuba diperlekehkan,Najib menyimpulkan situasinya bahawa pembangkang juga harus berusaha kearah itu dan tidak hanya desak kerajaan jayakannya.Beliau menegaskan langkah utama kearah itu ialah mereka wajib terima keputusan PRU13 sebagai keputusan yang muktamad.
ReplyDeleteKatanya ini kerana pilihanraya itu dijalakankan menurut perlembagaan negara,mengikut peraturan pilihanraya dan sekiranya ada apa yang tidak puashati ada saluran untuk petisyen di mahkamah.
ReplyDeleteNajib jelas merujuk kepada tindak tanduk pembangkang yang terus menerus buat macam-macam hal termasuk perhimpunan haram membantah keputusan PRU13 sedangkan waktu sama mahu perdamaian nasional dicapai.
Beliau juga membangkitkan mengenai ‘pelik’ sikap mereka dalam membantah keputusan PRU13 kerana masing-masing sudah angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen pada hari Isnin.
ReplyDeleteBaginya di satu pihak mereka terima keputusan di kawasan masing-masing dengan angkat sumpah dan di satu pihak lain membantah.
Beliau mengingatkan kalau pembangkang boleh menegur kerajaan maka kerajaan juga boleh menegur pembangkang.
ReplyDelete“Kalau kita tegur menegur dan terus berbalah sampai bila pun tak akan capai perdamaian nasional.Kalau nak mulakan proses ini pokoknya terima keputusan PRU13,”katanya.
patut Anwar terima saja keputusan PRU 13, jgn nak manipulasikan keputusan tersebut.
ReplyDelete