Thursday, 27 June 2013

KESEMUA JAWATAN BOLEH DITANDINGI






KUALA LUMPUR : Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini berkata semua jawatan tertinggi dalam parti itu terbuka untuk ditandingi pada pemilihan yang dijadualkan hujung tahun ini.

"Siapa sahaja yang mahu bertanding untuk jawatan tertinggi, daripada Majlis Tertinggi ke jawatan presiden, boleh mendaftarkan diri mereka sebagai calon," katanya kepada pemberita di luar Persidangan Dewan Rakyat, di sini.

Kenyataannya itu menyusuli gesaan beberapa pemimpin dan bekas pemimpin Umno yang mahu jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dicabar.

Berdasarkan format baharu pemilihan, beliau berkata antara 148,000 dan 150,000 anggota Umno dari 199 bahagian akan mengundi calon yang berkenaan.

Mengenai mekanisme pengundian, Tengku Adnan berkata satu bahagian dikira sebagai satu undi.

"Sebagai contoh, jika (Perdana Menteri dan Presiden Umno) Datuk Seri Najib Tun Razak ada pencabar, mereka harus bertanding di semua bahagian kerana setiap bahagian merupakan satu undi (kepada calon yang menang), sekalipun setiap bahagian mempunyai jumlah perwakilan berbeza," katanya.

Katanya taklimat Umno mengenai format baharu itu akan diakhiri dengan Umno Sabah esok.

Ini merupakan kali pertama Umno menggunakan mekanisme baharu pada pemilihannya susulan pindaan perlembagaan parti pada 2009.

Sebelum ini hanya sejumlah perwakilan dibenar mengundi bagi memilih pemimpin parti itu. (Bernama)

44 comments:

  1. Pemilihan UMNO yang bakal diadakan hujung tahun ini akan mengadaptasi sistem ‘Electoral College’ yang menggabungkan sistem pemilihan dari Amerika Syarikat dan United Kingdom.

    ReplyDelete
  2. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Tan Sri Tajol Rosli Ghazali berkata sistem itu dilihat sesuai dilaksanakan pada pemilihan pucuk pimpinan parti itu yang akan melibatkan 146,500 anggota peringkat akar umbi.

    ReplyDelete
  3. “Cara pemilihan kita berlainan sedikit daripada yang lalu. Kita akan menggabungkan sistem Amerika dengan sistem yang ada di United Kingdom.

    ReplyDelete
  4. “Kali ini satu bahagian ada satu undi. Misalnya, A dan B bertanding jawatan presiden, A menang maka A peroleh 1 undi,” katanya ketika berucap pada Taklimat Kaedah dan Pelaksanaan Pemilihan Ahli Jawatankuasa Bahagian peringkat Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

    ReplyDelete
  5. Tajol yang juga bekas menteri besar Perak berkata berdasarkan sistem itu, jika terdapat dua calon memperolehi jumlah undi sama, keputusan bergantung kepada undi daripada setiap 191 bahagian seluruh negara.

    ReplyDelete
  6. Beliau berkata penggunaan kaedah baharu ini mencerminkan proses pemilihan yang lebih demokratik dan inklusif apabila melibatkan lebih ramai ahli terlibat dalam proses pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti.

    ReplyDelete
  7. Jika sebelum ini hanya 13 wakil daripada setiap bahagian memilih anggota Majlis Tertinggi, tetapi kali ini ahli di peringkat bahagian juga boleh memilih calon mereka, katanya.

    ReplyDelete
  8. “Ini adalah kaedah dan peraturan baharu yang akan dilaksanakan pada pemilihan hujung tahun ini selepas pindaan perlembagaan parti diluluskan pada 2009.

    ReplyDelete
  9. Sementara itu, Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh berkata jawatankuasa pemilihan akan membentangkan kaedah pemilihan kepada pengurusan parti sebelum dibawa kepada Majlis Kerja Tertinggi UMNO selepas selesai taklimat di semua negeri.

    ReplyDelete
  10. Taklimat yang diberikan adalah untuk memperincikan kaedah pemilihan selepas pindaan perlembagaan parti yang baharu, katanya.

    ReplyDelete
  11. “Kita menerima segala cadangan dan pandangan untuk memastikan kaedah baharu ini bagi memilih jawatankuasa tertinggi yang akan diberikan kuasa kepada peringkat cawangan dapat berjlan mengikut kaedah yang diputuskan dalam pindaan perlembagaan yang diluluskan pada 2009,” katanya.

    ReplyDelete
  12. Ab Rauf berkata sekiranya waktu mencukupi, satu simulasi pemilihan akan dijalankan sebelum proses pemilihan dijalankan serentak di seluruh bahagian.

    ReplyDelete
  13. “Kalau tidak (cukup waktu), kita akan berikan satu penerangan khas sebelum perjalanan persidangan di peringkat bahagian memilih majlis tertinggi diadakan,” katanya.

    ReplyDelete
  14. Tarikh pemilihan peringkat cawangan diputuskan iaitu dari 15 Julai hingga 31 Ogos, manakala tarikh pemilihan peringkat bahagian dan pimpinan tertinggi parti belum ditentukan.

    ReplyDelete
  15. Barisan Nasional (BN) disaran supaya menubuhkan institut kajian serta sekolah politik dalam usaha memastikan kelestarian parti itu pada masa hadapan.

    ReplyDelete
  16. Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, perkara itu perlu difikirkan segera berikutan keputusan pilihan raya umum lalu yang menyaksikan perubahan pola pengundian demi memastikan BN terus kekal relevan.

    ReplyDelete
  17. Beliau berkata, sudah tiba masanya BN dan parti-parti komponennya terutama UMNO melakukan perubahan drastik dalam usaha memahami denyut nadi rakyat.

    ReplyDelete
  18. "Cadangan penubuhan makmal politik merupakan langkah yang bijak tetapi saya melihat inisiatif itu berkemungkinan tidak mampu menyelesaikan masalah yang wujud pada masa hadapan, apatah lagi dalam senario politik yang semakin berubah kini.

    ReplyDelete
  19. "Sebaliknya, dengan kewujudan institut kajian serta sekolah politik itu diyakini mampu membantu parti dalam membuat kajian berterusan terutama bagi memahami kecenderungan rakyat sekali gus membincangkan hala tuju serta kelangsungan parti," katanya

    ReplyDelete
  20. Pemilihan UMNO yang bakal diadakan tahun ini akan memperkukuh keyakinan anggotanya terhadap kelansungan parti walaupun telah berusia lebih 67 tahun, kata penganalisis politik tempatan, Prof. Dr. Ahmad Atory Hussein.

    ReplyDelete
  21. Jelas beliau, apabila kepimpinan parti melaksanakan pembaharuan dengan melakukan pindaan dalam Perlembagaan UMNO dan kemudiannya diaplikasikan dalam realiti pemilihan yang sebenar maka ia telah memberi peluang kepada rakyat membuat penilaian bukan sahaja kepada UMNO tetapi juga kepada parti-parti politik lain di negara ini.

    ReplyDelete
  22. “Rakyat akan membandingkan dengan parti-parti pembangkang dan menilai sebagaimana pemilihan DAP yang berlangsung akhir tahun lalu dipenuhi dengan suasana kelam-kabut dan kemudiannya ada anggotanya mendakwa bahawa mereka telah dinafikan hak sebagai ahli untuk mengundi dalam pemilihan,” katanya

    ReplyDelete
  23. Katanya, sikap tidak demokratik telah digambarkan dalam pemilihan parti pembangkang apabila ada anggotanya sendiri yang tidak diundang dan akhirnya mengheret ke mahkamah untuk tuntutan keadilan.

    ReplyDelete
  24. “Kemelut yang berlaku dalam parti pembangkang menjadi cermin kepada masyarakat dalam melakukan penilaian dengan melihat bagaimana parti yang kononnya telus dan memperjuangkan demokrasi tetapi gagal mengadaptasikannya.

    ReplyDelete
  25. “Perkara tersebut diketepikan dalam UMNO apabila transformasi dilakukan dengan pemilihan parti akan melibatkan lebih ramai ahli dalam proses untuk menentukan pemimpin disemua peringkat termasuklah pimpinan pusat.”

    ReplyDelete
  26. Ujar beliau, dengan pembabitan lebih 150,000 perwakilan UMNO daripada 191 bahagian di seluruh negara maka tentunya individu yang benar-benar layak dan mampu bekerja untuk parti akan menjadi pilihan.

    ReplyDelete
  27. selain dapat mengetengahkan pemimpin terbaik untuk parti pemilihan terbabit juga dijangka akan dapat mengelakkan manipulasi dan penipuan lantaran anggota yang terbabit adalah dalam jumlah yang ramai.

    ReplyDelete
  28. terpulang pada kepimpinan UMNO nak pertanding smua jawatan atau tidak.

    ReplyDelete
  29. pastikan proses pemilihan berjalan lancar.

    ReplyDelete
  30. Disebalik pelbagai cadangan agar jawatan nombor satu dan dua parti tidak ditandingi,pemilihan UMNO kali ini yang memberi kuasa memilih kepada hampir 150,000 orang ahli adalah ' free for all'.

    ReplyDelete
  31. "Siapa sahaja yang mahu bertanding untuk jawatan tertinggi, daripada Majlis Tertinggi ke jawatan presiden, boleh mendaftarkan diri mereka sebagai calon,",kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Khamis.

    ReplyDelete
  32. Beliau yang ditemui di luar persidangan Dewan Rakyat berkata berdasarkan format baharu pemilihan, beliau berkata antara 148,000 dan 150,000 anggota UMNO dari 199 bahagian akan mengundi calon yang berkenaan.

    ReplyDelete
  33. Mengenai mekanisme pengundian, Tengku Adnan berkata satu bahagian dikira sebagai satu undi.

    ReplyDelete
  34. "Sebagai contoh, jika (Perdana Menteri dan Presiden Umno) Datuk Seri Najib Tun Razak ada pencabar, mereka harus bertanding di semua bahagian kerana setiap bahagian merupakan satu undi (kepada calon yang menang), sekalipun setiap bahagian mempunyai jumlah perwakilan berbeza," katanya.

    ReplyDelete
  35. Katanya taklimat UMNO mengenai format baharu itu akan diakhiri dengan UMNO Sabah Jumaat. Ini merupakan kali pertama UMNO menggunakan mekanisme baharu pada pemilihannya susulan pindaan perlembagaan parti pada 2009.Sebelum ini hanya sejumlah perwakilan dari bahagian-bahagian dibenar mengundi bagi memilih pemimpin parti itu.

    ReplyDelete
  36. Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Tan Sri Tajol Rosli Ghazali menjelaskan pemilihan UMNO yang bakal diadakan hujung tahun ini akan mengadaptasi sistem 'Electoral College' yang menggabungkan sistem pemilihan dari Amerika Syarikat dan United Kingdom.

    ReplyDelete
  37. Katanya sistem itu dilihat sesuai dilaksanakan pada pemilihan pucuk pimpinan parti itu yang akan melibatkan 146,500 anggota peringkat akar umbi. "Cara pemilihan kita berlainan sedikit daripada yang lalu. Kita akan menggabungkan sistem Amerika dengan sistem yang ada di United Kingdom.

    ReplyDelete
  38. "Kali ini satu bahagian ada satu undi. Misalnya, A dan B bertanding jawatan presiden, A menang maka A peroleh 1 undi," katanya ketika berucap pada Taklimat Kaedah dan Pelaksanaan Pemilihan Ahli Jawatankuasa Bahagian peringkat Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, Khamis.

    ReplyDelete
  39. Tajol yang juga bekas menteri besar Perak berkata berdasarkan sistem itu, jika terdapat dua calon memperolehi jumlah undi sama, keputusan bergantung kepada undi daripada setiap 191 bahagian seluruh negara. Beliau berkata penggunaan kaedah baharu ini mencerminkan proses pemilihan yang lebih demokratik dan inklusif apabila melibatkan lebih ramai ahli terlibat dalam proses pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti.

    ReplyDelete
  40. Jika sebelum ini hanya 13 wakil daripada setiap bahagian memilih anggota Majlis Tertinggi, tetapi kali ini ahli di peringkat bahagian juga boleh memilih calon mereka, katanya. "Ini adalah kaedah dan peraturan baharu yang akan dilaksanakan pada pemilihan hujung tahun ini selepas pindaan perlembagaan parti diluluskan pada 2009.

    ReplyDelete
  41. "Ini juga membuktikan keterbukaan dan UMNO sedia melakukan perubahan supaya ia terus kekal relevan dan perkasa berdasarkan landskap politik yang kian mencabar," katanya.Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh berkata jawatankuasa pemilihan akan membentangkan kaedah pemilihan kepada pengurusan parti sebelum dibawa kepada Majlis Kerja Tertinggi UMNO selepas selesai taklimat di semua negeri.

    ReplyDelete
  42. Taklimat yang diberikan adalah untuk memperincikan kaedah pemilihan selepas pindaan perlembagaan parti yang baharu, katanya. "Kita menerima segala cadangan dan pandangan untuk memastikan kaedah baharu ini bagi memilih jawatankuasa tertinggi yang akan diberikan kuasa kepada peringkat cawangan dapat berjlan mengikut kaedah yang diputuskan dalam pindaan perlembagaan yang diluluskan pada 2009," katanya.

    ReplyDelete
  43. Ab Rauf berkata sekiranya waktu mencukupi, satu simulasi pemilihan akan dijalankan sebelum proses pemilihan dijalankan serentak di seluruh bahagian.

    ReplyDelete
  44. "Kalau tidak (cukup waktu), kita akan berikan satu penerangan khas sebelum perjalanan persidangan di peringkat bahagian memilih majlis tertinggi diadakan," katanya.Tarikh pemilihan peringkat cawangan diputuskan iaitu dari 15 Julai hingga 31 Ogos, manakala tarikh pemilihan peringkat bahagian dan pimpinan tertinggi parti belum ditentukan.-27/6/2013

    ReplyDelete